CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5654|Reply: 23

Mainkan Hukum Islam, Bukan Main Sakan Golongan Wanita Berangan Nak Kahwin Lebih Satu Suami

[Copy link]
Post time 6-12-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Segelintir wanita didakwa mempermainkan hukum Islam berkaitan poligami yang mana sekiranya golongan tersebut dibenarkan memiliki lebih daripada seorang suami.


Kecaman itu susulan tular di media sosial hantaran didakwa seorang pengguna TikTok yang kemudiannya mendapat maklum balas segelintir pengguna lain yang dikatakan turut memainkan hukum poligami.


Antara komen yang ditinggalkan seperti seronok jika wanita boleh mengamalkan poligami selain mahu mencukupkan kuota suami empat orang.








“Bapak bestnya kalau perempuan boleh poligami,” kata seorang pengguna.


“Risau anak nak bin atau binti dengan suami yang mana satu pula,” kata pengguna TikTok yang lain ditambah dengan emoji ketawa.


“Kalau boleh nak empat terus cukupkan kuota, senang hahaha,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.


Gurauan dianggap melampau itu turut mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong menerusi hantaran pada Instagram beliau hari ini sekali gus menerima maklum balas daripada pengikutnya yang bersetuju, hukum Islam tidak boleh dipermainkan.


“Apabila hukum dijadikan gurauan dan imaginasi pula tidak dipasakkan pada al-Quran dan sunnah. Kenapa selama ini saya berusaha mendidik masyarakat agar jangan terlalu emosional dan berfikiran rasional?


“Kerana saya tahu apabila emosional seseorang itu tinggi, maka rasional seseorang itu akan menjadi rendah. Seorang yang emosional akan senang dimanipulasi.


Dimanipulasi oleh orang lain dan bisikan syaitan sehingga bertindak di luar batasan syariat agama Islam.


“Apabila seseorang itu mampu berfikir rasional, dia akan berfikir dan bertindak berpandukan al-Quran dan Sunnah. Islam menggalakkan manusia berfikir. Nak bergurau? Boleh silakan, Islam tidak melarang manusia bergurau, tetapi ada batasannya. Jangan menjadikan agama sebagai bahan gurauan,” tegasnya.


Firdaus turut menegaskan bahawa Islam mempunyai prinsipnya yang tersendiri.


“Selepas berimaginasi dengan kalaulah perempuan boleh berpoligami, apakah akan ‘dihalalkan’ pula dengan imaginasi songsang tentang Allah dan Rasul pula?


“Saya tidak terkejut andai semua itu berlaku apabila manusia yang mengaku muslim membiarkan dirinya bertindak mengikut emosi bukan mengikut ajaran Islam,” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:30 PM | Show all posts
Bodoh     
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti pondan gila ketagih cop ko napsu gajah napsu kuda pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja bodoh ilusi merepek gersang sape la ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:53 PM | Show all posts
konten mengarut dan menyimpang. ntah ape ape sekarang ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:56 PM | Show all posts
aku baca komen tu aku rasa sarcasm ja tu, saja melawak. kalau kata perempuan mempermainkan hukum islam, lelaki dah lama dah buat.  bab poligami kemain kan nak ikut islam sunnah katanya, tapi bab lain mcm solat dan tanggungjawab dia buat main-main je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 05:03 PM | Show all posts
Edited by nolya at 6-12-2023 05:18 PM

Jgnlah lelaki yg tau hukum cepat sangat terkucil dn melatah dgn andaian begitu "sekiranyalah pompuan pun boleh brsuami empat". Cepat juga marah dn tersenggolnya ye? Cepat juga mengatakan kenyataan begitu mempersendakan hukum poligami.  Walhal, realitinya, siapa yg selama ini mempersendakan hukum poligami?  Tak perlu berdalih itu inilah bila mana isteri dan anak2 sering teraniaya dek sifat suami2 yg berpoligami,  tak terkena kpd isteri pertama, terkena juga kpd isteri kedua. Saya berpendapat bahawa kenyataan begitu hanyalah satu sindiran/tamparan halus kpd para lelaki ttpi lelaki mengelak dn melemparkan pula kononnya kenyataan begitu sbg sendaan kpd hukum poligami.  Itu cuma omong2 kosong sajalah wei..... marah besar nampak?

Sbg wanita Islam, tentu fham/jelas dan nyata memang poligami di kalangan wanita tak akan sama sekali terjadi.  Status wanita ketika hendak menikah pasti dijelaskan: adakah bikir, janda, tidak dlm edah/ehram atau isteri orang? Tak juga wanita itu boleh berbohong kerana kenyataannya melibatkan wali dn dua saksinya? Masakan wali dn dua saksi turut ikut membohongi kadhi demi meluluskan akad. Tak mugkin dn tak akan terjadi dlm negaraku M'sia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 6-12-2023 04:56 PM
aku baca komen tu aku rasa sarcasm ja tu, saja melawak. kalau kata perempuan mempermainkan hukum isl ...

Ntahnya.
Tibah nk kait mainkn hukom agama.
Yg jantan selama²nya dok pelekeh hukom mcm chuols sebut tu purak² tatau lak.
Hanat ja sekor².
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg berangan tu Acik2 kepam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 08:02 PM | Show all posts
Dia ada sebut Islam ka?

serupa ja macam fantasi kalaulah lelaki kena beranak. Sikit2 terhina lobai ni.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa dia perli je tu. Sarkastik. But bila ke social media ni, memang mengundang la. Especially bila dapat ke orang yang cepat menghakimi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaf replied at 6-12-2023 06:58 PM
Tu korang tak masuk group prompters malaya..ya Allah imaginasi sorg2..menakutkan..kalau yang laki ta ...

Yg pompuan imagine apa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-12-2023 08:02 PM
Dia ada sebut Islam ka?

serupa ja macam fantasi kalaulah lelaki kena beranak. Sikit2 terhina lobai  ...

Gambar tu pakai tudung....bila masa plk pompuan jepun tutup aurat
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentap pulak lobai. Kaum2 lobai yang amal poligami tapi pergi nikah di siam + tak berlaku adil dengan isteri2 tu tak mempermainkan agama ke?
Bila orang buat gambar untuk sarcasm banyak pulak dalil2 keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
lebai bodoh
betul kata cina sokong israel tu
pemikiran melayu dah dicelup anasor pemikiran arab yakni wanita adalah harta dan duduk bawah tapak kaki suami/lelaki
tgoklah berapa bnyak khalifah wanita? 0
berapa bnyak pemimpin wanita dlm bangsa arab?0
berapa ramai pahlawan wanita dlm bangsa arab?0
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nengokkan laki adira tu... Hampeh sehampehnye.... Mmg xnakla pompuan di madukan... Buat sakit mental je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan sekarang dah xsegan silu share imaginasi derang kat socmed. Satu dunia bleh tgk imaginasi kau yg x tally dgn wajah tu.
Dulu2 ning baizura je berani share imaginasi dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:57 AM | Show all posts
tiba2 teringat Ning Baizura....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-12-2023 10:31 PM
Gambar tu pakai tudung....bila masa plk pompuan jepun tutup aurat

Still fantasi beliau tidak mengaitkan lslam kenapa lobai trigger? Kalau lelaki melayu instead yang berfantasi kalaulah boleh kawin sepuluh dikira menghina islam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:39 AM | Show all posts
yg 1 tu pun ko x larat nak tadah,sanggup ke ko nak layan gambang,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.208163 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list