CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3140|Reply: 37

Minta Nasi Dan Sambal Lebih, Pelanggan Buat Muka Bila Peniaga Caj Lebih RM1

[Copy link]
Post time 18-10-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Seorang peniaga berkongsi kisah pelanggan yang selamba meminta nasi tambah dan sambal belacan tetapi kedekut untuk buat bayaran.


"Tengah hari tadi ada datang seorang pelanggan, dia minta nasi ayam goreng kunyit. Sedang saya masukkan nasi dalam kotak, dia minta nasi untuk ditambah. Apabila dah ditambah, dia minta tambah lagi sikit.


"Apabila saya nak masukkan bungkusan nasi dia ke dalam plastik, dia minta juga sambal belacan ekstra satu bungkus. Jadi maksudnya dia minta tambah nasi dan sambal.


"Ketika tiba masa untuk bayar, saya minta caj tambahan RM1, tapi dia terus buat muka tak puas hati sampai tak menjawab pun ucapan terima kasih saya. Saya jadi terpinga-pinga, ibarat saya kena marah tanpa tahu punca," kata lelaki itu.


Gambar Hiasan




Tambahnya lagi, keuntungan yang diraih daripada perniagaan itu tidaklah seberapa dan dia sangat sedih kerana pelanggan itu tidak memahami situasi dirinya.


"Tiba-tiba hati saya jadi sebak, saya jual nasi ayam goreng kunyit RM5 je, terus terang cakap kalau sebelum kenaikan harga barang mentah ni, saya cuma untung antara 70 sen dan 80 sen je sebungkus.


"Tak banyak pun untung saya tu, lagi-lagi sekarang selepas harga barang dah naik, untung saya mungkin tinggal dalam 40 sen dan 50 sen macam tu je. Tapi saya tetap kekalkan harga nasi saya RM5 sebungkus.


"Saya buat ni atas dasar berkongsi rezeki dengan pelanggan, walaupun harga beras dan bawang naik mencanak selain ada komitmen untuk bayar sewa kedai.


"Saya nak lihat pelanggan saya kenyang ketika mana ramai yang terpaksa ikat perut untuk berjimat cermat," luahnya di media sosial.


Peniaga itu turut memohon maaf kepada pelanggan tersebut jika caj tambahan RM1 itu mengguris hatinya.


"Kepada pelanggan tadi, kalau disebabkan RM1 tu encik tak puas hati, saya mohon datang semula untuk saya gantikan keseluruhan harga nasi ayam goreng tu, anggap saya belanja encik RM6 tu.


"Sampai sekarang, masih melekat lagi dalam fikiran tentang kejadian tu, tak tenang hati saya ni.


"Dan untuk pelanggan yang lain, jika ada yang tak berpuas hati mungkin sebab barang jualan saya tak elok atau basi, saya mohon beritahu saya terus.


"Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan, mohon maaf sekali lagi," ujarnya.


Di ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan pelanggan tidak wajar untuk mengambil kesempatan atas kemurahan hati peniaga.


"Saya kalau minta apa-apa lebih daripada peniaga memang saya akan bayar, tak senang hati nak minta free macam tu je. Hidup ni jangan kedekut sangat sampai ambil hak orang lain.


"Kalau setakat seorang minta lebih free kita boleh terima lagi tapi kalau dah ramai, mahu ruginya kita.


"Kalau ambil makanan ikut tekak sendiri tapi bayarnya tak mahu, mohon masak sendiri di rumah," kata sebahagian warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi peniaga hati kena kering dik. Kalau sikit2 koyak cari kerja lain. Pernah dengar ungkapan 'we mean business'? Hadamkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha.. pernah beli pecal. sorang aunty ni semua nak lebih.. sayur, bihun extra.. jd kita org ramai2 ckp. aunty beli dua lah!
sesekali kena tegur walau gelak-gelak.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Luahan hati dia tak sama dengan niat berniaga.
Kepada peniaga - anggap saja lah silap diri sendiri. Kalau nak suruh pelanggan tambah duit bila dorang minta extra, print notis dan tampal siap-siap supaya pelanggan alert.

Kepada pelanggan - bengap tu simpan sikit kat rumah. Dah tau nak extra itu ini, bersedialah bayar lebih.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ada org mcmni? Pttnya tiap kali kau minta apa2, ready duit extra, set je dalam kepala apa2 extra request tu pasti akan menyusahkan/membebankan org. Please ada mentaliti taknak menyusahkan sesapa, asal kau minta tlg biarpun dari kuarga sendiri, siapkan duit asal ada buat penyejuk hati. Ini lg minta extra nasi la sambal la, entitled much? Byr laa! Sikap mcmni moga2 tak menurun kat anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah ler.
Aku ni selama²nye dr zmn brg² xsemahal skarang bila mintak extra ape² mmg ckp aku boleh byr lebih kt penjual baik yg tepi jln @ dlm restoren.
Menda tu common sense.
Brg² dia beli pakai duit.
Toksah sembang pasal amal jariah dlm bniaga.
Pokok pangkal dia bniaga.
Ko mintak portion extra expect dpt free,org caj ko ckp kedekut,bkira.
Kepala otak kau bjambul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Habaq dulu kalau extra kena bayaq extra baper.. pelanggan pun tau kena caj baper extra..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:06 AM | Show all posts
baru smlm kena beli nasi kerabu mintak sambal extra diam2 dia caj 11.50 lauk daging kicap je. lauk apa takdak kerpok takdak. kenapa makin mahal keda pata timo ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 18-10-2023 09:35 AM
Luahan hati dia tak sama dengan niat berniaga.
Kepada peniaga - anggap saja lah silap diri sendiri.  ...


Ala dekat USA...diorang okey je bayar tips.

Kat Malaysia je Melayu sengkek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-10-2023 09:45 AM
Habaq dulu kalau extra kena bayaq extra baper.. pelanggan pun tau kena caj baper extra..

Kan dalam artikel dah sebut dia caj RM1.

Btw RM1 tak buat ko jadi miskin pun dari korang menderma kat Gaza, Rohingya ratusan ribu ringgit baik ko bagi tips kat peniagaan bersuku etnik Melayu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 18-10-2023 10:06 AM
baru smlm kena beli nasi kerabu mintak sambal extra diam2 dia caj 11.50 lauk daging kicap je. lauk a ...

Sebab uols orang luar...tu dia caj mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 18-10-2023 09:44 AM
Ntah ler.
Aku ni selama²nye dr zmn brg² xsemahal skarang bila mintak extra ape² mmg ckp aku boleh ...

Tu la nak mende sedap tapi tak nak bayar.

Sepatutnya supportive la sikit....support peniaga tu. RM1 tu bukan buat jadi miskin pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:27 AM | Show all posts
Peniaga ni tak letih ke setiap kali kena explain ada extra charges pastu merintih? Better ko tampal notis besar2, ada tambahan nasik, sayur, sambal etc kena caj 50 sen ke singgit ke...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:29 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-10-2023 10:22 AM
Sebab uols orang luar...tu dia caj mahal.

hok aloh...kawey mmey ore klatey ssjkp tapi dah migrate
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 18-10-2023 10:38 AM
rospinki replied at 18-10-2023 10:29 AM
hok aloh...kawey mmey ore klatey ssjkp tapi dah migrate


Mungkin dia tengok kereta, gaya, sbb tu dia charge mahal.

Sebab meols pernah kena dulu kat Trong, Perak...meols isi minyak kat BHP Trong. Kawan meols jalan kaki pergi beli cempedak kat depan tu sikit. Dapat kurang bila tawar menawar.

Masa nak bayar dan ambil buah tu, tiba tiba naik harga.

Sebab kawan meols tu jalan kaki sebab tu harga murah...kalau naik kereta jadi mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-10-2023 10:19 AM
Ala dekat USA...diorang okey je bayar tips.

Kat Malaysia je Melayu sengkek.

Tu lah! Dah lah sengkek...perangai pun musibat!

Aku dapat bayangkan pelanggan tu mesti gundu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 10:45 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-10-2023 10:34 AM
Mungkin dia tengok kereta, gaya, sbb tu dia charge mahal.

Sebab meols pernah kena dulu kat Trong, ...

pulok doh..gitu kalu kawe mengeresot beli nasi kerabu untung2 dpt freebtw semalma mmng nmpk kaya pun hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:54 AM | Show all posts
org tu meniaga kut.. bukan sedekah

ada beza

some meniaga sambil bersedekah

some mmg meniaga je.. so as customer bayar and halalkan.. then cari kedai lain, but now cost pun meningkat sana sini.. rm1 tu nilai tak sebanyak sebelum2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 18-10-2023 09:43 AM
Kenapa ada org mcmni? Pttnya tiap kali kau minta apa2, ready duit extra, set je dalam kepala apa2 ex ...

Kannn..kalau takde suit make byr..ko go masak sendiriii je lah...acah acah nak semua lebih to byr kurang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kpla otak dia kalau aku pn caj
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.085131 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list