CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6507|Reply: 74

Rumah PPRT Nak Roboh, 10 Sekeluarga Daif Hidup Berhimpit Macam Sardin

[Copy link]
Post time 17-10-2023 06:41 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: 10 sekeluarga terpaksa hidup berhimpit macam ikan sardin dalam tin di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Laut.


Lebih menyedihkan apabila ketua keluarga, Amiruddin Mohd, 48, lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak Januari 2022, sekali gus tidak mampu bekerja serta hilang punca pendapatan.


Amiruddin berkata, dia simpati melihat isterinya, Rohana Harun, 47, bekerja sendirian semata-mata untuk menampung perbelanjaan keluarga.


Foto: Berita Harian




"Isteri bekerja sebagai pelayan kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari dan melalui pendapatan itu kami sekeluarga makan dan minum.


"Empat daripada lapan anak masih bersekolah manakala tiga anak lelaki bekerja buruh binaan dan seorang anak perempuan tidak bekerja.


"Anak lelaki yang bekerja hanya mampu menanggung keperluan diri masing-masing sahaja kerana pendapatan mereka tidak besar serta masih tinggal bersama keluarga," katanya kepada Berita Harian.


Amiruddin berkata, dia bekerja sebagai tukang rumah sebelum diserang angin ahmar dan sekarang hilang kemampuan untuk bekerja seperti biasa.


"Masalah kewangan yang menghantui keluarga menyebabkan saya kerap meminjam wang daripada kenalan selain terpaksa makan ala kadar.


"Nasi kosong berlauk telur goreng antara menu pilihan kami setiap kali tidak mempunyai wang untuk membeli bahan makanan lain," katanya.


Dia sekeluarga hidup dalam kebimbangan berikutan rumah PPRT yang didiami sejak 30 tahun lalu kini semakin uzur dan akan runtuh.


"Dinding rumah mengalami keretakan dan setiap kali hujan dan ribut berlaku ia seakan ingin runtuh dan menghempap kami sekeluarga.


"Rumah PPRT itu terlalu uzur untuk didiami 10 orang dalam satu masa dan hanya menunggu masa untuk roboh," katanya.


Amiruddin berharap keprihatinan semua pihak untuk membantu keluarganya yang dihimpit kesusahan.


"Kami perlukan bantuan bulanan dan bantuan baik pulih rumah daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana lah ada lagi gaji kedai makan sehari rm20
Area kampung pun rm50
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
beranak 8? ok..case closed, no comment.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols hanya sekadar hurm 8 harkat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 17-10-2023 08:50 PM
beranak 8? ok..case closed, no comment.

yg ni aku boleh husnuzon lagi sbb kena strok, lagipon 3 anak lelaki dah kerja boleh la sara diri sendiri kurang2. yg ni patut dibantu sbb ketua keluarga bukan pemalas tapi lumpuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 17-10-2023 09:02 PM
yg ni aku boleh husnuzon lagi sbb kena strok, lagipon 3 anak lelaki dah kerja boleh la sara diri s ...

Anak ramai..tapi x bg education yg sepatut.. setakat kerja buruh...yg 4 org kecik tu pun silap2 nasib yg sama...
Taktau nak cakap apa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 17-10-2023 09:02 PM
yg ni aku boleh husnuzon lagi sbb kena strok, lagipon 3 anak lelaki dah kerja boleh la sara diri s ...

Btl tu setuju. Saat ada org yg bisa makan lunch dgn harga 1k sekali mkn, namun di Ms yg sama ada orang yg pendapatannya x smpi 1k sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurul8001 at 17-10-2023 09:13 PM

Yg ni, bapa bekerja. Tapi kena stroke. Kesiannya.
Tentang anak ramai tu, takut la pulak nak komen lelebih. Setakat ni, saya berjaya muatkan anak dlm Axia (anak 2 jah, dapat kerjasama baik, teknik ABS). Esok2 kalau tiba2 anak bertambah, takut terkena batang hidung sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan melayu haprak kan selalu kata
Ank tu rezeki bt apa nak pancut luar dan guna perancang.nahhhhhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-10-2023 09:11 PM
Yg ni, bapa bekerja. Tapi kena stroke. Kesiannya.
Tentang anak ramai tu, takut la pulak nak komen le ...

ada macam2 cara nak planning. tak mahal mana... paling senang ocp (pil perancang) ...  Tapi kalau jenis susah dpt anak, mahal teramat2 nak dapatkan anak, or worse , dah usaha pun still tetap tkde rezeki. so sbnrnya usaha utk planning tu ada, antara nak cari ilmu dan praktikkan atau sengaja ignorance
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ada lagi bg gaji 20 sehari... sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tu la kalau kedai makan bagi harga murah, means gaji pekerja pun murah la. serba salah kita sbg pengguna. kalau support means macam perah keringat org susah sampai kering kontang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hanya kemiskinan yang dia dapat wariskan pada anak-anak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 17-10-2023 08:17 PM
Mana lah ada lagi gaji kedai makan sehari rm20
Area kampung pun rm50

Jenis kedai mkn buka lunch je kut. Dtg kedai utk cuci pinggan dn kemas je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde no acc ke? Siannya sb bpk tb2 kne strok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:36 PM | Show all posts
nw111: Anak ramai..tapi x bg education yg sepatut.. setakat kerja buruh...yg 4 org kecik tu pun silap2 nasib yg sama...Taktau nak cakap apa...

orang melayu ni ramai hidup susah sebab tanggungan je ramai.
sepatutnya susah tu bersifat sementara bila anak tu dah besar dan bekerja.
dah ringankan sikit beban ibu bapa.
tapi dalam kes ni macamm nak kena sara anak sampai akhir hayat.
kena harapkan yang 4 lagi tu habis sekolah. mungkin takdir akan berubah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 11:38 PM | Show all posts
shernazz replied at 17-10-2023 01:01 PM
Iols hanya sekadar hurm 8 harkat...

i yakin la.
kalau anak perempuan dia yang tak bekerja
tu dapat bekerja ( bukan di kerjakan )
dapat jadi kerani ke cashier ke
ada la sinar sikit . sebab gaji minimum kerani atau cashier dah RM 1500 sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nombor akaun?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 17-10-2023 09:13 PM
Jantan melayu haprak kan selalu kata
Ank tu rezeki bt apa nak pancut luar dan guna perancang.nahhhhh ...

Setuju...nasib tak pernah berubah walaupun kerajaan perkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 17-10-2023 09:11 PM
Yg ni, bapa bekerja. Tapi kena stroke. Kesiannya.
Tentang anak ramai tu, takut la pulak nak komen le ...

Kita ni akan rasa lega bila semua anak2 dah masuk University...kalau ditakdirkan kita mati, sakit teruk ke...tu  boleh diterima...tp tgh anak2 masih kecik bersekolah mmg hidup x kan tenteram....kita beranak ni bukan utk serinok2 tapi sekali anak tu lahir kita penuh rasa tanggungjawab...nk bg mkn, bg pelajaran dan jdkan anak tu manusia yg berguna..

Kes topik ni aku lebih kesian kat anak2 yg x minta pun dilahirkan...kesian kat anak2 yg tercicir pelajaran..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.288433 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list