View: 4789|Reply: 53
|
Percikan Darah Pada Dinding Sepadan Dengan DNA CEO Cradle Fund Nazrin
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Percikan darah (blood spatter) pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund berkenaan.
Semasa berhujah, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Amril Johari mengatakan pegawai forensik mengkaji percikan darah Bukit Aman, Asisten Superintenden, Mohd. Nizam Husain (saksi pendakwaan ke-39) telah mengesahkan kesan darah yang dijumpai di dinding tempat kejadian adalah konsisten dengan kesan terkena objek tumpul dan bukan kesan tembakan mahupun letupan.
“SP39 turut mengesahkan bahawa kesan darah yang terjadi pada dinding adalah sebelum kebakaran kerana ia wujud di sebalik jelaga kebakaran. Berdasarkan keterangan SP39, adalah jelas menunjukkan bahawa saksi ini adalah saksi pakar dan mempunyai pengalaman yang luas dan membuat pemerhatian berkenaan ‘blood spatter’ di tempat kejadian,” katanya.
Samirah Foto: Kosmo
Menurut Mohd. Amril, bagi menguatkan lagi keterangan SP39, 15 butir putik kapas mengandungi sampel ‘blood spatter’ yang diambil dari tempat kejadian telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
“Selepas dianalisis, SP43 iaitu Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia S.Jayasilan mengesahkan bahawa terdapat tiga putik kapas yang berpadanan dengan profil DNA si mati (Nazrin). Ini turut menguatkan teori perayu (pendakwaan) bahawa mayat si mati telah dialihkan,” katanya.
Dalam prosiding terdahulu, pihak pendakwaan pernah berhujah, tiada mana-mana saksi yang benar-benar dapat memastikan telah berlaku letupan sehingga menyebabkan kematian Nazrin.
Selain itu, kesan kecederaan pada mayat mangsa juga tidak menunjukkan kecederaan selari dengan dakwaan berlakunya letupan.
Menurut pihak pendakwaan, Mohd. Nizam sendiri mengesahkan bahawa kesan darah yang dijumpai di dinding tempat kejadian adalah konsisten dengan kesan terkena objek tumpul dan bukan kesan tembakan mahupun letupan.
“SP39 turut mengesahkan bahawa kesan darah yang terjadi pada dinding adalah sebelum kebakaran kerana ia wujud di sebalik jelaga kebakaran,” kata pendakwaan lagi.
Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli bersambung lagi pada 23 Oktober ini.
Mengikut pertuduhan, Samirah Muzaffar, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga pukul 4 pagi 14 Jun 2018.
Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga responden selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 48, dan dua remaja berusia 18 dan 21 tahun berkenaan.
Kemudian pada 23 Jun 2022, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja terbabit daripada pertuduhan membunuh Nazrin. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kutip kacang.. Tumpang lalu.. Awal sangat masuk... Nak follow ending je |
|
|
|
|
|
|
|
Wow kes buka semula
Yang percikan darah tu takkan baru revel
Mula2 takda bukti DNA ke cmne |
|
|
|
|
|
|
|
wah bkn setel ke kes ni..
tkt tgk muka bini dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 kes gini biarlah perkara mistik yg datang, klu peguambela jenis pandai dia putar belit. Cth si pelaku ternampak 'roh' dia kt mahkamah ke, so pelaku tetiba terìak "pergi, pergi , jgn ganggu aku ". Lalu hakim berkata ' defendan , awak okey ke". Tiberh genre drama law + mistik keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
kes bersambung sebab masuk mahkamah rayuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Brg bukti awal kejadian mesti dikumpul sebaik2nya .kalau tak..yg bersalah akan sng terlepas mcm tu jer.
Plus
Lawyer pun kena yg hebat hebat utk buktikan pesalah dihukum.
Mangsa ni mati kena panah archery ker |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 17-10-2023 04:32 PM
kes bersambung sebab masuk mahkamah rayuan...
ptt tgk kt tt kakak arwah ckp psl ni |
|
|
|
|
|
|
|
ikut bukti pada mayat arwah begitu la, sebab ada kesan lubang kat kepala arwah.
kes ni menarik sebab byk bukti tapi pihak pendakwa still tak dpt dakwa yang kene tuduh.
Pembantu rumah yang sampai sekrg hilang jejak tu entah masih hidup ke tidak eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah masuk mahkamah balik. Aku sendiri yg baca pendakwaan pun sakit hati. Ni kan pula keluarga mangsa. Konon charger meletup tp xda kesan pun letupan akibat charger |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 17-10-2023 04:23 PM
Wow kes buka semula
Yang percikan darah tu takkan baru revel
Mula2 takda bukti DNA ke cmne
Appeal ni... pendakwaan appeal...harap lekat la minah ni...jahat sungguh bunuh laki atau subahat bunuh laki tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aah sblm baca cite aku ingat tok bomoh mai mesia ke.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 17-10-2023 04:49 PM
ikut bukti pada mayat arwah begitu la, sebab ada kesan lubang kat kepala arwah.
kes ni menarik s ...
Nape tak dpt tuduh ekk wpun bukti ade.. |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 17-10-2023 04:32 PM
Kadang2 kes gini biarlah perkara mistik yg datang, klu peguambela jenis pandai dia putar belit. Cth ...
Aah aku pun ade baca.. omputih tuu yg serah diri pd polis dan ngaku sendiri dia yg bunuh bla bla sbb tak tahan kena kacau.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian: Kadang2 kes gini biarlah perka ...
Silap2 hakim arahkan defenden mendapat rawatan di hosp bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
apa tiktok kakak arwah.. cer share link
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni kesian dgn arwah nazrin. Pembunuh org terdekat tapi bijak spin cerita. Dkk lah katakan |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 17-10-2023 06:07 PM
Silap2 hakim arahkan defenden mendapat rawatan di hosp bahagia
Aah ye x ye jgk, xpun roh menghantui peguambela / peguambela dpt hidayah xnk membela org salah , tp peraturan peguambela mmg kena membela jgk kn. Harap jela pendakwa betul2 terer kali ni. X adil utk mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh asyik aim pompuan ni je, anak2 dia lagi bahaya, mana boleh lepas macam tu je, kecik2 dah buat macam tu, apatah lagi nanti ke keluarga dia sendiri.. bahaya weh, tak guna billiunair kalau saiko kelurga nya.. semoga ramai2 ban keluarga ni sampai lenyap nasab.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|