CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4002|Reply: 41

Buli Budak 14 Tahun Sampai Hilang Pendengaran, Lima Bekas Pelajar Diarah Bayar RM616,634.20

[Copy link]
Post time 17-10-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini memerintahkan bekas pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Terengganu dan empat pihak lain untuk membayar ganti rugi kepada seorang pelajar mangsa buli.


Dalam kejadian lapan tahun lalu itu, mangsa yang berusia 14 tahun telah hilang pendengaran.


Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.




Mangsa (dua dari kanan) bersama barisan peguamnya selepas prosiding secara dalam talian, Foto: Kosmo




Dalam prosiding secara dalam talian itu panel-panel memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir pelajar itu selaku perayu selain mendapati sembilan pihak berkenaan bertanggungjawab dan cuai ke atas mangsa selaku plaintif (kini berusia 22 tahun).


Untuk rekod kejadian pukul, buli dan serangan itu berlaku di bilik ketua pengawas sebuah sekolah di Terengganu, pada 26 April 2015 lalu.


Mereka ialah pelajar tingkatan lima sebagai defendan pertama hingga kelima (kini berumur 25 tahun), penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM) (keenam), pengetua (ketujuh), Ketua Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (kelapan) dan Kerajaan Malaysia (kesembilan).


Pada 29 September 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mendapati, semua defendan bertanggungjawab atas kecederaan itu dan membenarkan semua tuntutan gantirugi termasuk gantirugi am kecederaan, khas dan teladan sebanyak RM616,634.20.


Bagaimanapun, pada 20 Mei 2021, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengenetepikan keseluruhan keputusan itu dan memutuskan plaintif gagal membuktikan liabiliti lima defendan itu telah memukul, membuli dan menyerangnya.


Panel hakim Mahkamah Rayuan ketika itu juga berpendapat menetapkan bahawa defendan keenam dan ketujuh termasuk warden dan pengetua tidak cuai dalam menjalankan tugas terhadap pelajar.


Dalam prosiding semalam, plaintif diwakili peguam, Wan Azliana Wan Adnan dan Hisyam Yusof.


Sementara itu, Wan Azliana yang juga Ketua Penggerakan Penggubalan Akta Anti Buli berkata, kes ini merupakan kemenangan untuk anak guamnya termasuk semua mangsa kejadian buli di seluruh Malaysia.


“Saya berharap keputusan kes ini dapat dijadikan pengajaran dan bertindak sebagai ‘deterrent’ bagi kes-kes buli yang lain.” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke duit nak bayar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:16 PM | Show all posts
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease the victim's life...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:20 PM | Show all posts
yang 4 pihak gomen tu ok lagi la ada cover insurance kalau kena saman rasanya..
yang bekas pelajar masak la cari duit bayar denda..
koman-koman kena ada 100k jugak la nak bayar sekali kos lawyer bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:23 PM | Show all posts
semoga insaf lah, jangan buat benda bodoh pulak makin berdendam. past dah huduh jangan lah huduhkan masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:24 PM | Show all posts
Untuk rekod kejadian pukul, buli dan serangan itu berlaku di bilik ketua pengawas sebuah sekolah di Terengganu, pada 26 April 2015 lalu.

biasa kat sbp kalau junior buat kes pastu tanak bawak ke atas mmg jadi mangsa belasahan prefek2 babi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2023 03:28 PM | Show all posts
hudalarva replied at 17-10-2023 03:16 PM
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease th ...

amin amin amin ya rabb......

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:30 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-10-2023 03:20 PM
yang 4 pihak gomen tu ok lagi la ada cover insurance kalau kena saman rasanya..
yang bekas pelajar m ...

semoga menjadi pengajaran!  doa saya semoga kelima2 tu insaf, tapi kalau tak insaf jugak, semoga mereput....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak sila jual rumah dan tanah kalau x nk anak masuk jail.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:33 PM | Show all posts
hudalarva replied at 17-10-2023 03:16 PM
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease th ...

buat aja implant cochlear .tapi jumpa doktor dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu diaa..
Ni yg sek sains tuh
Pengetua sampai bsara (awal kot).
Gigih dok sorok kes buli takut nama sbp busuk.
Budak tu cacat kekal kot.
Alhamdulillah.
Justice has prevailed.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:40 PM | Show all posts
All is not lost. Mangsa bukan pekak sejak lahir so dah pandai bercakap. Membaca, menulis semua dah pandai maybe in 2-3 languages.

Boleh terus belajar pertingkatkan diri macam orang lain.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:43 PM | Show all posts
ya Allah kesiannyaaaa. padan muka pembuli. sampai pekak org tu kau buat. walaupon duit tak boleh gantikan segalanya tp at least biar padan muka kena bayar segepuk tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:44 PM | Show all posts

tong2 9 orang. ada kot


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:48 PM | Show all posts
nicely served in a plate. but still....permanent damage done
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:48 PM | Show all posts
hudalarva replied at 17-10-2023 03:16 PM
sampai hilang deria tu... RM10juta pun belum tentu dpt ganti nikmat pendengaran... may Allah ease th ...

kalau tak silap sebelum ni mahkamah dah buat keputusan mungkin kes ni dirujuk ke mahkamah yang lebih tinggi. jumlah ganti rugi tetap sama tapi plaintif initially demand ganti rugi RM2 juta tapi mahkamah tetapkan 600K sahaja. Budak tu bukan saja hilang pendengaran tetapi kesan dari kecederaan tu dia tak boleh involve sebarang aktiviti melibatkan air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 03:49 PM | Show all posts

kalau ikutkan asal tuntutan adalah RM2 juta
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:50 PM | Show all posts
mizruncing replied at 17-10-2023 03:43 PM
ya Allah kesiannyaaaa. padan muka pembuli. sampai pekak org tu kau buat. walaupon duit tak boleh gan ...

600k tak setimpal pun, budak tu cacat pendengaran
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:52 PM | Show all posts
ala apa nak takut kene saman, bukan kene byr pon, lain la kene penjara ke apa...tgk si ali puteh tu mana ad byr pon saman kat hidayah balu abam bocey tu..relax2 je happy2 je
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 03:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.293919 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list