CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4473|Reply: 53

Demi Beras RM1

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Kepala Batas: Orang ramai sanggup beratur panjang demi membeli beras putih import seberat lima kilogram (kg) pada harga RM1 sekampit di Dewan Simpang Empat, Permatang Buluh, di sini, hari ini.


Pesara, Mazlan Idris, 63, berkata pada mulanya dia tidak percaya kerana harga beras berkenaan ditawarkan terlalu rendah memandangkan harga jualan runcitnya adalah RM25 untuk 5kg.


Ribuan penduduk sanggup beratur panjang demi membeli beras seberat lima kilogram (kg) pada dengan harga RM1 sekampit dianjurkan Misi Rakyat di Dewan Simpang Empat, Permatang Buluh di sini. FOTO DANIAL SAAD




"Tapi saya mai (datang) juga beratur 7.30 pagi. Ramai lagi yang sudah sampai lebih awal. Barisan memang panjang. Tapi mereka bahagikan beberapa barisan dan juga ikut kategori warga emas dan wanita.


"Saya rasa berbaloi 8.40 pagi sudah dapat beras. Kalau jual murah begini, hari-hari beratur pun tak apa, saya sanggup," katanya bapa lima anak dari Tasek Gelugor itu ketika ditemui, di sini.


Asiah Ariffin, 49, dari Padang Serai, Kedah, berkata dia bersyukur sempat singgah ke program jualan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah orang tuanya di Permatang Binjai, di sini.


"Alhamdulillah, keluarga kami ramai. Beras 5kg ini boleh tahan dalam seminggu saja. Saya memang tidak akan melepaskan peluang kalau dapat tahu ada program jualan murah sebegini.


"Sekarang bukan masa memilih, tak apa bersesak sedikit sebab ia memang barang keperluan harian," kata ibu kepada empat anak dan seorang cucu itu.


Dalam pada itu, penganjur yang juga Pengasas Yayasan Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, berkata program jualan menggunakan sistem kupon bermula 9 pagi terpaksa diawalkan kerana sambutan amat mengalakkan.


"Sebanyak 1,000 kampit beras yang disediakan habis diedar kepada orang ramai dalam tempoh kurang 15 minit. Namun, masih ramai yang beratur dan ada juga datang dari Kedah dan daerah yang jauh," katanya.


Katanya, program jualan beras RM1 digerakkan sendiri 'rider' Misi selepas diadakan di Manjung, Perak; Langkawi serta Sungai Petani, Kedah dan Kangar, Perlis.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalnya sumer beras tu dpt dr mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-10-2023 01:39 PM
Asalnya sumer beras tu dpt dr mana?

Kan beras import dia kata dlm artikel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nya rakyat malaysia..,ini semua angkara menteri yg tak capable utk bagi solutions.,,
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dgn subsidi tu baik turunkan je harga...rakyat dah jadi beggar..next pru jgn bagi lagi beruk2 mat yeh ni perintah..kembalikan pada BN...baru 5 thn dah huru hara mcm ni..ke nak kekal bodoh...terpulanglah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari mana datang beras itu? Keluar dari gua? Bangkit dari kuburan? Tak kiralah tempatan atau import.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa sedih tengok ramai warga emas beratur mcm ni. Nampak kan rakyat skrg bergelut dengan kesusahan akibat kenaikan harga barang asas
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betul gomen of the day. Rindu zaman Najib dan Tun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa perintah tetap sama jugak, rasa jika najib masih lagi mhu org berarak kt jalan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 7-10-2023 04:42 PM
Kan beras import dia kata dlm artikel tu.

Ye tapi import dari mana.. itu soklan iols.. telen ka india ka betnam ka.. sbb murmur, org sponsor ka apa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 10:07 PM | Show all posts
Baguslah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 10:41 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 7-10-2023 09:55 PM
Ye tapi import dari mana.. itu soklan iols.. telen ka india ka betnam ka.. sbb murmur, org sponsor ...

Beras nak makan tu memang ada, cuma mahal (import) dan murah je (tempatan).  You baca la artikel, Misi Rakyat yg sponsor (baca, dari duit derma orang ler).  Founder dia kan yg suka pakai ketayap eh silap apa benda yg tanjak.  Kontroversi sebab pernah kena pulangkan balik duit orang sbb kutip derma tanpa permit.  Bukan u pun banyak komen ke masa thread tu ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 7-10-2023 10:41 PM
Beras nak makan tu memang ada, cuma mahal (import) dan murah je (tempatan).  You baca la artikel,  ...

Eh ada ka iols komen? Menda dah lama ni, iols ingat2 tak ingat langsung..
So mmg la org derma bg kat org.. tapi deme caj singgit tu nnt pi mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 05:44 AM | Show all posts
develop balik kemampuan negara untuk hasilkan beras.. krisis beras adalah bahaya. sepatutnya dapat lihat kemana masalah ini akan berlaku jika tak diperbaiki .. bila ada krisis akan semakin teruk
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 7-10-2023 05:39 PM
Teruk betul gomen of the day. Rindu zaman Najib dan Tun.

Kalo windu kenapa sampai fitnah jibun sehingga dia kena meringkuk dalam penjara?...kalau windu kenapa sampai hukum tun seberat beratnyer hingga deposit pru pun hangus? Negarawan kena hina sedahsyat iteww?

Kahkahkahkahkahkahkahkhakah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 8-10-2023 05:44 AM
develop balik kemampuan negara untuk hasilkan beras.. krisis beras adalah bahaya. sepatutnya dapat l ...

Nak hasilkheun beras siapa yg nak usahakheunz?

Harlowwwww...skg majority seme nak jadi content creators ler....

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 8-10-2023 06:02 AM
Kalo windu kenapa sampai fitnah jibun sehingga dia kena meringkuk dalam penjara?...kalau windu ken ...

Ni kan akhir zaman. Perlu ke iols nk citer lebih lanjut?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-10-2023 07:59 AM
Ni kan akhir zaman. Perlu ke iols nk citer lebih lanjut?

Akhir zaman ini disebut sebut dari era parents anak jiran aku yg 3 tahun, waktu mereka bercinta dimrsm lagi tau .....so timeline akhir zaman ini sebenar benarnyer memang for the lifetime keww?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 10:29 AM | Show all posts

Haduiii sampai gini. Kesian rakyat. Ramai yang struggling.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki le pada yg dpt grab beras nih. Rezeki aiol sampai sekarang cuba memburu beras 26 hinggit pun tak dapat2 lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068289 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list