View: 10118|Reply: 59
|
Ayda Jebat Dah Lost Contact Dengan Fyna " Dia Menghilangkan Diri, Tak Jawab Telefon Dan Mesej Lepas Cerai"
[Copy link]
|
|
Ayda Jebat dah lost contact dengan Fyan Jebat.
"Fyna kini mungkin masih dalam tempoh bertenang. Saya pun sudah tiga bulan 'lost contact' dengannya. Dia menghilangkan diri. Tak jawab telefon dan tak jawab mesej juga," katanya kepada Harian Metro.l
Ayda tidak terkejut dengan tindakan adiknya itu kerana menyifatkan cara Fyna berhadapan masalah memang sebegitu yang lebih membuatkannya selesa.
 Foto: IG
"Sebenarnya kira-kira dua bulan lalu, dia memang ada menelefon saya, tapi ketika itu saya tidak sempat menjawab panggilannya sebab sibuk dengan penggambaran drama. Saya ada minta dia hubungi semula pada waktu malam, namun dia terus senyap sampai sekarang.
"Saya pun kalau boleh tak mahulah masuk campur dalam kisah hubungan peribadi dia. Bagi saya, jika dari segi karier seni kalau nak suruh buat lagu ke atau berlakon, dia boleh datang kepada saya untuk bantuan," katanya.
Ditanya status Fyna yang sudah bercerai dengan suami yang juga bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61, Ayda berkata, mereka memang sudah bercerai.
"Fyna sebenarnya masih tidak biasa dengan media dan netizen. Jadi, saya rasa dia mungkin sedang cuba lari atau cuba faham situasi, tapi saya tak pastilah.
"Cuma, apa yang saya tahu Fyna kalau tahap tekanan dihadapinya kritikal, dia mesti akan cari saya. Namun, kalau dia berdiam diri dan menyepi itu, bermakna dia dalam keadaan okay saja," katanya.
Mengulas mengenai tekanan dihadapi keluarganya dengan situasi isu rumah tangga dan perceraian Fyna, Ayda berkata, sebagai keluarga mereka menerima apa saja jalan yang dipilih dan diingini Fyna.
"Saya harap benda yang jadi ini terbaik untuk Fyna dan orang sekeliling yang turut terkesan dengannya terutama ibu saya. Ditambah lagi, orang yang dia kahwini itu pun seseorang dikenali, ramai kerana bekas suaminya seorang legenda. Dia (Zainal) mesti tahu bagaimana kawal keadaan," katanya.
Terdahulu, Zainal dan Fyna dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu.
Zainal sudah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zalina Zaini pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga anak.
Kisah hangat membabitkan rumah tangga Zainal dan Fyna semakin jadi perhatian ramai selepas Fyna mengesahkan status perkahwinan mereka kepada media ketika menyertai program Famili Duo di TV3.
Namun, perkahwinan dibina itu hanya bertahan hampir empat bulan dan berita perceraian mereka mula diperkatakan awal Mei lalu dan disahkan oleh saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
fina sibuk cari laki baru lah, yg lebih cerah baru cerah masa depan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ko dek kena scam dgn atok kertu rugi je.baik ko persiap diri tekel dato dato kaya raya vvip |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 7-8-2023 07:31 PM
Nak kesian ke tak?
tak perlu kesian, mmg padan muka, dh la kahwin kena diam2 pastu kena serang ngan bini no.1 dan2 tup tup siap diceraikan!! semoga yg bakal terjadi kat mieea liyana juga |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah.... tak kesian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu la fyna cari pasal kawin laki org
Ikut je la ayda cari yg bujang walau cacat otak sikit
Janji bujang |
|
|
|
|
|
|
|
Tak popular mana punnnn..kalau tak selit ' jebat' kat belakang takde sapa tau ...anggap la macam mana2 kes cerai jee. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada isi blom dak fyna tu? |
|
|
|
|
|
|
|
botol kicap punya pasal... |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 7-8-2023 07:37 PM
Kesian ko dek kena scam dgn atok kertu rugi je.baik ko persiap diri tekel dato dato kaya raya vvip
Betul, meols pon kesian sbb bdk ni muda lagi, tak ada pengalaman hidup. Tiba2 org tua kutuk ni pegi scam dia. Tak ade nye si Fina tu seret org tua kutuk tu pegi nikah kat thai. Kalau bukan janji2 manis dari org tua kutuk ni nak bahagiakan si Fina ni. Meols tak sokong 100% si Fina ni sbb kwen dgn laki org tapi bab scam tu ye..mmg minah ni kene scam. Dia dah serahkan jiwa raga sanggup relakan 7 keturunan dia menjadi tinted. Tu satu pengorbanan besar ya. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 7-8-2023 08:32 PM
Betul, meols pon kesian sbb bdk ni muda lagi, tak ada pengalaman hidup. Tiba2 org tua kutuk ni peg ...
yela kaka
kesian kan
bodohnya fyna
demi sbotol kicap |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk sgt adikmu mmg jahat. Evil, bithcy |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo fyna yang kena cerai dgn laki botol kicap tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa
Xpelah
Ramai lg yg muda kt luar sane
Carik yg ensem plk
Chinese look plk |
|
|
|
|
|
|
|
Entah la noksss sendiri cari masalah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian la anak dara skg. Dh lelaki ensem byk jd gay. Yg straight x biawak, dadah, laki org. Tu la rmi hadap laki gemuk tua jnji berduit. |
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun taklah muda dan naive sangat. Should be dah ada serba sedikit pengalaman bercinta dengan jantan, kecualilah dia budak sekolah pondok yg tak terdedah dengan dunia hiburan.
more like bad judgment makes bad decisions and gets bad results
|
|
|
|
|
|
|
| |
|