View: 7550|Reply: 25
|
Pengembara Masa Dari 2714 Bagi Amaran Virus Baru Datang Dari Dalam Lapisan Ais
[Copy link]
|
|
Lelaki mengaku dirinya dari tahun 2714 mengeluarkan amaran mengenai virus baru. Kata 'pengembara masa' itu, virus pandemik seterusnya akan datang dari dalam lapisan ais yang mencair.
Daily Star melaporkan, individu itu mengeluarkan amaran terperinci mengenai peristiwa pada dekad akan datang termasuk dakwaan wabak yang mengancam dunia.
TikTok
Eno Alaric juga dikenali sebagai @theradianttimetraveller di TikTok memperoleh lebih 26,000 pengikut kerana menyiarkan amaran berkenaan.
Dia sebelum ini mengeluarkan amaran mengenai planet berkembar dengan bumi, makhluk asing dan pembukaan dimensi lain.
Dalam rakaman video yang mendapat lebih 3,000 tanda suka, lelaki itu mendakwa virus akan muncul apabila lapisan ais kutub mencair akibat pemanasan global.
"2023: Teleskop James Webb menemui makhluk asing. Makhluk angkasa dilihat menyerap sejumlah besar tenaga daripada bintang dan matahari adalah seterusnya.
"2024: Virus muncul daripada lapisan ais menyebabkan satu lagi pandemik dunia. Virus itu menjangkiti lebih 350 juta orang dan menyebabkan orang takut untuk keluar di khalayak ramai," katanya.
Selain itu, dia mendakwa pada 2025 angkasawan pertama tiba di Marikh menemui tulang manusia membuktikan manusia berasal dari Marikh manakala pada 2026 solar terbesar melanda bumi menyebabkan pemadaman global dan tiada bekalan elektrik selama enam minggu berturut-turut.
Pada 2027 pula pembersihan atau Purge bermula di California, Amerika Syarikat sebelum menjadi perayaan di seluruh dunia.
Pengikut TikTok bagaimanapun berbelah bahagi sama ada mahu mempercayai senarai amaran itu dan memberi pendapat masing-masing.
Seorang pengguna berkata 2024 masuk akal.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo memang tiap 3 bulan or so ada time traveller datang ye. Dah tu naper tak dtg time2 before covid ckp akan ada vumirus dr negeri chinna jgn kasi masuk negara masa2 gini gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Trend dia semua sama. Datang dari tahun 2714 lah, 3000 lah pastu share sekian2 event. Better ko provide evidence yg ko datang dari sekian2 tahun tu. Yg ni biasa ramai terkangkang nak jawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam dah kiamat je sebelum dari tahun 2714 |
|
|
|
|
|
|
|
at least bawaklah teknologi dari zaman akan datang tu share ngan kitorang |
|
|
|
|
|
|
|
mohon pi Melaka...sebelum tuah & jebat bertikam... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tahun 2714 TU kereta terbang ke atau Masih kat atas jalan biasa lagi mcm sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca kat forum,masa tahun 2012 kot,ada forumer bagitau yg memang akan kembali penyakit2 lama,virus2 dulu kala kalau ais dikutub sana mencair.
|
|
|
|
|
|
|
|
coosswan la tu dari masa depan,
zaman skrg ni dah bermacam2 jenis dadah baru |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 2714, Mahathir masih lagi merayu undi orang Melayu dengan menubuhkan parti ke 100. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 24-3-2023 05:40 PM
Pada tahun 2714, Mahathir masih lagi merayu undi orang Melayu dengan menubuhkan parti ke 100.
Hidup lg ke atok time tu
Kita ni pun dh takde masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Main tekan je nombor 2 714 tu kn… |
|
|
|
|
|
|
|
Sama dengan penganut kultus satu lagi tu.
Main tikam-tikam tarikh, tak kena laku.... ejas lagi timeline.
|
|
|
|
|
|
|
|
Permafrost yg ada macam-macam bakteria/virus purba dah lama mencair.
Harap mengembara masa depan tu kenal apa itu rancangan berbayar National Geographic.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut dia dtg 3tahun lepas sebelum covid bg amaran. tu perkara terbesar abad ni.
btw kalau korg time traveler ke 700 tahun lepas, apa peristiwa nak inform umat bumi masa tu. hafal ke sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 24-3-2023 08:26 PM
Permafrost yg ada macam-macam bakteria/virus purba dah lama mencair.
Harap mengembara masa depan ...
‘Pengembara msa depan’ ni x layan channel ilmiah…sumber dorg vid tiktok je n any vid yg kurang 10min… |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 24-3-2023 08:26 PM
Permafrost yg ada macam-macam bakteria/virus purba dah lama mencair.
Harap mengembara masa depan ...
Yg kes ameba makan otak tu,tu pun penyakit dulu2 punya kan?
Kat afrika pun ada kes penyakit purba yg tiber menjelma kembali.
Takyah acah2 pengembara masa,memang dah diketahui pun penyakit2 purba akan dtg semula |
|
|
|
|
|
|
|
kalau time tu donyaaa dah dihancurkan camne?
choyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 24-3-2023 09:03 PM
Yg kes ameba makan otak tu,tu pun penyakit dulu2 punya kan?
Kat afrika pun ada kes penyakit purba ...
Theyols randomly cedok apa2 info then terus tikam date bila benda tu nak jadi. Confident is the key. Tak betul pun takpe.Buat2 tak malu, nanti tikam lagi. Macam orang main sports toto, mana reti serik uols. Nak tikam lagi dan lagi even tak penah menang lottery. |
|
|
|
|
|
|
| |
|