CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4698|Reply: 29

Kerajaan Jamin MRSM Berbayar Tak Guna Tanah Mara, Dana Kerajaan

[Copy link]
Post time 23-3-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dijamin tidak menggunakan tanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dikhaskan buat golongan miskin.


Sebaliknya Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beberapa pihak akan bekerjasama untuk pembinaan tersebut.


Tambah Timbalan Perdana Menteri itu, peruntukan untuk membangunkan MRSM tersebut juga tidak melibatkan dana daripada kerajaan.




FB




“Untuk makluman, dalam perancangan, kami tidak akan menggunakan peruntukan daripada kerajaan sebaliknya menggunakan pendekatan kewangan swasta. Dan kita akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan.


“Ini merupakan satu pelan yang sangat futuristik yang sedang disusun atur oleh Mara kerana permintaan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih daripada 300 peratus daripada kemampuan untuk memasuki MRSM,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau berkata demikian semasa sesi pertanyaan menteri oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) yang ingin mengetahui berkenaan proses, sumber pendanaan dan juga tanah untuk membina MRSM berbayar tersebut.


Tambah Ahmad Zahid, melalui kajian kebolehlaksanaan yang telah dilakukan, ia mendapati bahawa ramai pelajar berkelayakan untuk memasuki MRSM dari segi akademik namun tidak layak dari aspek pendapatan ibu bapa.


Jelasnya, ia terutama bagi kumpulan T20 dan M40.


“Saya ingin menyebutkan juga terdapat terlalu banyak permintaan daripada alumni MRSM yang telah menjadi ibu bapa yang mahu anak-anak mereka masuk ke MRSM tetapi pendapatan mereka menyebabkan anak-anak tidak layak.


“Oleh demikian, tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang yang seluasnya untuk anak-anak alumni MRSM untuk masuk ke MRSM yang sedia ada dan apatah lagi yang berkemampuan bawa anak-anak mereka memasuki MRSM yang akan diwujudkan cara berbayar nanti.


“Dalam hal ini, kita mesti keluar daripada kepompong untuk laksanakan ini. Saya yakin ini pendekatan baharu Mara untuk menyantuni permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang berminat tetapi tidak ada peluang untuk anak-anak masuk MRSM cara biasa,” ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 bukanke dah ada mrsm berbayar. nama MYPM  . salah sorang alumni penyanyi fazley yg katanya straight A spm tapi tak sambung degree, sebok buat roadshow bertahun2 nak dpt straight a macam heshe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:12 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 23-3-2023 01:13 PM

jangan namakan MRSM ... namakan dengan nama lain ...
nanti wujud pula MRSM orang miskin MRSM elit kayangan
tak perlu kaitkan dengan MARA
buat jer la sekolah asrama penuh berbayar cth: yayasan saad; KTJ etc tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kolej swasta atau MRSM yang bertopengkan swasta untuk kerabat dan kroni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 23-3-2023 01:12 PM
jangan namakan MRSM ... namakan dengan nama lain ...
nanti wujud pula MRSM orang miskin MRSM elit ka ...

mypm tu nama dia maktab yayasan pelajaran mara. tak igt plak kenapa dia tutup dulu, masa bila katup oun tak perasan…  i ada kawan sekolah situ.. zaman tu gelemer sungguh, time tu ada citer beverly hills 90210.. depa sama kan dgn mypm ni laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:37 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 23-3-2023 01:12 PM
jangan namakan MRSM ... namakan dengan nama lain ...
nanti wujud pula MRSM orang miskin MRSM elit ka ...

Setuju.  Berikan nama lain.  Esok2 lain cerita pula naik ie MRSM B40 tak puas hati MRSM T20 have all the best teaching professionals and facilities, etc etc derang pun nak sama macam tu.  Tak aci kata nya nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 01:42 PM | Show all posts
kepompong replied at 23-3-2023 01:23 PM
mypm tu nama dia maktab yayasan pelajaran mara. tak igt plak kenapa dia tutup dulu, masa bila katu ...

My sis was in MCC kuantan, eh ada lagi ke yg ni?  iols lepas SPM terus dapat ITM dihatimu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-3-2023 01:42 PM
My sis was in MCC kuantan, eh ada lagi ke yg ni?  iols lepas SPM terus dapat ITM dihatimu.

mcc bukan sekolah. tu persediaan pegi obesi tajaan mara.. mypm ni mmg sebijik mrsm tapi berbayar. macam private school jugak la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
speaking of which, abang adek tknk mencapub ke dia keluaran mrsm berbayar???? heheee
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:49 PM | Show all posts
dah kenapa banyak tered mrsm neh? tabuleh merge ke?

ayoyoyooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:03 PM | Show all posts
kepompong replied at 23-3-2023 01:43 PM
mcc bukan sekolah. tu persediaan pegi obesi tajaan mara.. mypm ni mmg sebijik mrsm tapi berbayar.  ...

Then, buka je la balik MYPM ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-3-2023 02:03 PM
Then, buka je la balik MYPM ni kan...

tu la. nak politikkan isu apasal entah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
fazley kan suka mencapub, dulu nak bukak affiliate kolej tak lepas sbb bogus degree.. skrg cuba bukak private school atas nama mrsm/mypm. mesti boleh sbb heshe alumni . kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kesah la result spm beliau dulu ramai yg pertikaikan pun…
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:07 PM | Show all posts
kepompong replied at 23-3-2023 02:06 PM
fazley kan suka mencapub, dulu nak bukak affiliate kolej tak lepas sbb bogus degree.. skrg cuba buka ...

oh patutlah si zahid jawa pun sibuk nak tumpang sekaki kut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda tkde apa2 nak isukan, nak polltiltikkan…. Buang masa tul kat ci skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong: Dulu2 bukanke dah ada mrsm ber ...
Betul2 my friend mmg kata ada MYPM. Ni nak menambah dalam poket masing2 la tu. Dah semua masuk situ nanti bayar mesti ribu riban. Tak ada bezanya dengan sekolah swasta lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:15 PM | Show all posts
mengarut je, punyala belambak private school kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:20 PM | Show all posts
Baik kaw hantar anak kaw masuk international school jer daripada ber-mrsm bagai. Duet dah banyak sebok nak join felda lar mara, kedekut bebenor!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:29 PM | Show all posts
sori kalau off topic skit

motip nak mem-B40 kan mrsm, pastu nak buat yang lain pula utk m40 dan t20? aku tak paham knapa nak tatang sangat b40 ni? m40 & t20 yg bayar cukai ni gomen tak ambik peduli. habis tu m40 & t20 dok bayar cukai selama ni semata nak bela hidup b40 ke???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.194459 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list