|
Pelakon Azwan Kombos, 37, telah membuat satu pengakuan berani kepada isterinya, pelakon Ezzaty Abdullah.
Memetik Gempak, dalam satu video yang dikongsikan di akaun TikTok, Azwan memohon maaf kepada isterinya kerana dia sudah berkahwin lain.
"Saya Azwan Kombos, saya nak minta maaf dekat isteri sebab saya kahwin lain. Dia marah dengan saya, bila saya nak borak, dia tak nak borak dengan saya. Bila saya ajak keluar, dia tak nak.
"Tapi tula, saya minta maaf sebab saya nak kahwin dengan orang lain.. eh saya dah kahwin dengan orang lain. Lepas itu ada anak luar nikah...astaghfirullahalazim," katanya.
Bagaimanapun, Azwan yang kini popular dengan watak Dr.Mikael dalam drama Kerana Cinta Itu Ada menjelaskan segala yang berlaku itu bukanlah perkara betul sebaliknya ia hanya terjadi dalam mimpi isterinya sahaja.
"Saya nak minta maaf dengan dia walaupun semua itu berlaku dalam mimpi dia saja. Saya harap mimpi itu tidak berulang lagi la." jelasnya lagi.
Ezzaty turut berkata dalam mimpi itu juga dia memfailkan saman terhadap Azwan sebanyak RM200 Juta kerana memilih wanita lain.
"Lepas itu i suruh you pilih tapi you pilih dia. Lepas itu i saman you RM200 juta. You cakap, anak macam mana. I cakap tak kisah anak luar nikah itu, yang penting anak-anak i kaya raya," katanya.
Menjengah keruangan komen, ramai terhibur kerana seolah-olah di "prank" selepas habis menonton video tersebut.
Zetyizzati89 : "Jangan main-main ya, dalam mimpi pun boleh jadi hal tau"
SafiahArifin : "Dia punya drama berlakon sampai dalam mimpi haa terbawa-bawa"
Zulieza : "Kita pernah mimpi exgf suami siap bagi coklat dan bunga"
Aiza1575 : "Pernah juga macam ni habis laki aku kena marah walaupun dalam mimpi"
Namun ada juga dikalangan netizen beranggapan mimpi juga menjadi petanda terutamanya perbuatan sihir.
Isza : "Kalau tak salah mimpi suami curang tu kena sihir pemisah. Maaf kalau salah ya"
Pu3 : "Jangan buat lawak..bahaya tau kang mimpi jadi realiti"
Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Harum Dalia dan Ahmet.
Apapun, nasib baiklah hanya sekadar dalam mimpi sahaja. Korang pernah tak mengalami mimpi yang hampir sama macam Ezzaty? - CARI
|
|