View: 6377|Reply: 55
|
"Tolong Jangan Fitnah,"-Aishah Bengang Sherry Al-Hadad Perlekeh Orang Buat Pembedahan Bariatrik
[Copy link]
|
|
Datuk Aishah menggesa pengacara Sherry Alhadad berhenti menyebarkan info tidak benar tentang pembedahan bariatrik yang didakwa sebagai jalan mudah menurunkan berat badan.
Aishah atau Aishah Wan Ariffin, 57, berkata, dia gembira melihat perubahan fizikal Sherry semakin kurus dipercayai mengambil produk pelangsingan badan.
Bagaimanapun, pelantun lagu Janji Manis Mu ini kurang senang apabila Sherry memberi reaksi negatif terhadap individu yang melakukan pembedahan tersebut.
Foto: IG
"Adik Sherry Alhadad yang katanya telah kurus dengan menggunakan produk, Alhamdulillah akak tak mahu menghakimi asalkan awak rasa lebih sihat.
"Namun, apa yang akak rasa tak sedap sikit bila awak kondem individu yang melakukan pembedahan bariatrik itu sengaja mahu cari jalan mudah," katanya.
Aishah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Terdahulu, Sherry memuat naik sebuah video yang mengatakan dia tidak melakukan pembedahan bariatrik, sebaliknya mengamalkan produk yang membuatkannya berjaya menurunkan berat badan.
Menurut penyanyi itu, pembedahan bariatrik adalah jalan akhir bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti melampau sehingga menganggu kesihatan.
"Bila buat pembedahan ini, kadang-kadang ini sahaja jalan yang kami ada kerana sudah sampai tahap menganggu kesihatan.
"Awak jangan pukul rata kerana ini bukan pembedahan kosmetik, tetapi satu rawatan medikal yang disarankan oleh doktor.
"Sherry tolong jangan fitnah mengatakan ini hanyalah satu jalan mudah untuk kurus," jelasnya.
Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi pengalamannya dan memberitahu dia juga sebenarnya takut untuk melakukan pembedahan berkenaan.
Namun, disebabkan masalah kesihatan dan tidak mahu menyusahkan anak-anak, penyanyi itu mengambil keputusan untuk memilih jalan ini.
"Saya pernah berjalan di atas treadmill sejauh lima kilometer setiap hari. Tetapi, dalam sebulan langsung tidak turun walaupun satu kilogram. Awak rasa saya nak putus asa tak?
"Lutut saya jadi semakin sakit. Pada waktu itu saya tahu saya perlu melakukan sesuatu. Saya pun tidak mahu menyusahkan anak-anak apabila sakit nanti," katanya.
Tambahnya lagi, pembedahan bariatrik bukan hanya dilakukan semata-mata untuk kelihatan cantik, tetapi lebih kepada mementingkan faktor kesihatan.
"embedahan bariatrik bukan seperti pembedahan kosmetik yang orang lakukan untuk nampak cantik. Ya, mungkin selepas kurus kita lebih mudah untuk pakai baju menarik, tetapi itu sahaja orang lain nampak.
"Selain daripada cantik, orang tak tahu berapa lama kita menanggung masalah ini. Buat apa nak cantik, saya dah tua pun. Saya lakukan semuanya atas faktor kesihatan," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurus sangat dia sampai nampak sangat tua. |
|
|
|
|
|
|
|
Sherry ade ke mention name dia? Kenape kak ecah petik nama sherry? Dia cakap general je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdela kurus mana sherry tu...
sama jah di mata iols
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya si nek ecah ni..dgn smua org nak sentap. Org tu bg pandangan dia je. Yg ko melenting kenapa?
Mcm makan cili pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Ecah ni semua hal dia nak address. Baikla dendiam aja. Haritu masa finals GV, oranglain dpt slot nyanyi kan, tapi dia tak dapat. Dan dia dah kurus tapi dia kelihatan cam orang sakit. Boleh je nak kurus, tapi dia terlalu kurus, jangan ada penyakit lain sudah le… |
|
|
|
|
|
|
|
Makan produk ape tu? Harap2 janganlah makan produk timbang kilo. Dh ramai dh mengalami masalah buah pinggang, rahim selepas mkn produk timbang kilo ni... Diet + senaman je... Cepat kurus... Atas rajin n malas je sebenarnya.. Ghituuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Produk timbang kati haruslah backup selagi dibayar jd duta produk koserr |
|
|
|
|
|
|
|
Nek Ecah nampak tua lepas kurus. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ehhh, si tua niii. Semuaaaa kau nak sentap!
Ko ni, dulu Dr potong perut kau ke, potong otak kau?!
Pikir la sikit. Si Sherry tu, nak lariskan produk dia, of course lah dia ckp mcm2. Ko nak terasa, dah kenapa, situa?? Sherry sebut nama kau ke?? Kau ingat, ko sorang je potong perut?? Ha, situa?
Nih, dah mmg kau pemalas! Jln treadmill sehari 5km,tapi lepas tu kau mencekik nasik, ayam goreng berlemak, minum air manis, cake2 bagai, cemana nak turun??? Eh situa niii. Aku panggg kan nanti, makin kemek idung ko nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ko dh kenapa macik, semua benda tak kena dengan ko kan. ko takde anak cucu ke nak bebelkan kat telinga dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang pun ada yang buat surgeri ni sebagai jalan mudah untuk kurus. Acik Aishah takyah la terasa jika acik buat kerana kesihatan/saranan doktor. Acik anggap saja la si Sherry tu tujukan ayat dia untuk yang ambik jalan mudah ha. |
|
|
|
|
|
|
|
Gemuk memang antara punca utama kebanyakan penyakit kan?
So betullah baraitrik tu terus mudah utk kurus, dgn harapan kurang penyakit2 tadi? Tak gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke sherry ckp mcm tu
Klu iye iols percaya sgt sherry kurus sbb jaga mkn dan gym
Bukan sebab produk kurus
Keji sgt org yg kata kurus mkn produk pdhal ko susah payah jaga mkn dan gym. |
|
|
|
|
|
|
|
Back up la dr mustafa bariatic tu..hari tu masa anak nora meninggal pandai pula diam membisu tak beri komen. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la sape yg sgt gumux dan ada mcm mcm penyakit kronik buat potong perut.. nak diet kurus nie disipline dia sgt sgt tinggi atleast setahun la kalo nak capai beat ideal dgn tidak kacau mental.. setengah org nafsu mkn dia lain mcm.. pastu masa nak prep healthy meal dan exercise .. buat accordingly your determination, kewangan anda.. |
|
|
|
|
|
|
|
kurus sgt ke sherry tu? dr dulu aku tgk dia gebang mkn mcm2, minum mcm2, tp hujung2 masih sama je badannya |
|
|
|
|
|
|
|
tp iols kinda agree dgn sherry. sbb kwn lama yg iols jumpa, buat operation tu sbb malas nak bersenam and jg makan. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang ye nak jaga lepas operate pun.
Tengok kawan sndr tgh tunggu turn nak operate , sbelum operate kena jaga makan apa smua . mcm2 check & ujian kesihatan kena buat
Lepas operate pun lg kena jaga kalau tak sama je nant badan akan naik semula .
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak kecut uoollssss...
lepas tu bebel2.. sentap... nampak sgt da nenek2...
hahahhahaha....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|