CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4699|Reply: 54

Isteri Mengeluh Suami Pelik- Suka Pakai Lampin, Mahu Minum Susu Dalam Botol Dan Dimanjakan Macam Bayi

[Copy link]
Post time 11-3-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Bukan pelik, namun masyarakat harus sedar memang wujud individu yang digelar ‘bayi dewasa’ atau dipanggil Sindrom Bayi Dewasa atau AB/DL (Adult Baby / Diaper Lover).


AB (Adult Baby) ini mahu menjadi bayi dan dilayan seperti bayi, memakai pakaian bayi, minum susu di dalam botol dan dimanjakan pasangannya. Manakala DL (Diaper Lover) pula suka memakai diaper yang akan menyebabkan keinginan seksual mereka meningkat.


Seperti kisah yang tular di laman sosial baru-baru ini apabila seorang isteri mengadu akan sikap suaminya yang suka memakai lampin pakai buang dan mahu minum susu panas dalam botol susu.




Gambar Hiasan




“Aku terserempak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita-cerita yang dikongsi di dalam platform ini.


“Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita-cerita yang dikongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini.


“Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab.


“Nafkah diberi dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung. Cuma kadang-kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah.


“Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian Muslimah melalui online.


“Satu sahaja yang kita belum memiliki ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki.


“Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami. Memang kita jarang ada masalah.


“Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang dinamakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover.


“Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan dianggap sebagai bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas.


“Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia.


“Sebelum kita nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya.


“Bila kita sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku.


“Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu menunaikan kehendak dia. Tetapi lama kelamaan, aku layan kemahuan suami.


“Pada hari tertentu atau hari cuti, dia akan suruh aku pakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu.


“Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil sehinggalah dia tertidur atau menonton kartun atau rancangan yang dia minat.


“Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan suapkan makanan ke dalam mulutnya.


“Kegiatan ini berlaku apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suamiku. Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila mahu teruskan minat dia.


“Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin memberi dia kebahagiaan.


“Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini.


“Niat aku menulis ini nak tahu, adakah suami lain yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik,” kongsinya.


Menurut kajian, Sindrom ABDL ini terjadi atas keinginan sendiri dan ia juga bukan pedofilia. Menurut pakar seksologi Ray Blanchard & Kurt Freund, AB/DL tidak menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu sebaliknya mereka hanya berperangai seperti bayi apabila bersama pasangan atau ketika berseorangan. -CARI


Sumber: Utusan TV/Facebook IIUM Confessions
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gundunya. Kalau comel mungkin boleh dimaafkan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemahhh

Hantar lah balik rumah mak bapak nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
macam2 ye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
“Sebelum kita nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya.

Lengkali pay attention... sungguh merbahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 05:51 PM | Show all posts
kt iium confession. ada confessor reply confession pasal ni. masalah yg sama dia face dgn ex husband. nafkah tak bagi sebab spend utk pampers, keje pon tak harap elaun dr mak ayah, tido dgn bini, sampai tido basah baju bini kena kencing suami. tukar cadar tak yah cerita la katanya. last p cerai jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga rupanya rakyat tempatan ada masalah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi sepak je lah..mengada2 pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko racun je la laki ko tu masa ko bagi makan tu
Menyusahkan je dpt suami spesis mcm ni baik stay single jah.bukan asalkan berlaki
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo income lakibini B40 and mmg takde anak kecik pun, membazir jah beli pampers dewasa botol susu bagai
Eloklah bini2 ni sume lari cepat2
Selamatkan duit memasing dr perkara membazir
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringat lemak adik lopat liat..
Agaknya kalau sheol kawin nnt, sheol pakai diapers lagi tak utk tingkatkan nafsu seks sheol
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa dia dah penat nak basuh kencing berak laki dia tu la kot hahah
Kalau takat pakai sesaja ok lagi ni sampai kencing dlm tu haih ntahlaa
Mujurla dia nyusu botol kalau dia nak menetek jenuh gak blm ada susu badan.
Terpikir cemana kalau dah ada ank nnt masih diteruskan lagi kah tabiat ini?
Anak tak rasa pelik ke? Tp ni mesti rahsia laki bini kan? Hanya dlm bilik tidur jelaa dia berkelakuan gituh.
Tapi depan public hamboii kemain normal silap2 jadi pak imam kat sejid bagai.
Pemimpin dalam masyarakat bagai tp di bilik tidur hanya isteri jelaa tau sisi lain si suami yg tak puas merasa jd baby tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shark_eow7 replied at 11-3-2022 05:51 PM
kt iium confession. ada confessor reply confession pasal ni. masalah yg sama dia face dgn ex husband ...

Adoii selama ni iols igtkan yg pakai acah2 baby nih hanya sbb fetish aneh or obses nk jadi baby mcm yg obses nak jadi elvis ka mikel jeksen ke apa rupanya dia jd baby bebetul siap kencing berak merata.
Dah mcm split personality time dia jd baby terus tiber takleh kencing kat toilet ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka ummah local pun ada fetish seperti ini. Disgusting.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
So ini bukan Hashanah yang bercerita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan cite obersea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-3-2022 07:23 PM
Adoii selama ni iols igtkan yg pakai acah2 baby nih hanya sbb fetish aneh or obses nk jadi baby mc ...

kalo baby2 yg kencing berak merata, tu kita boleh sabar lg.sbb baby2 cuma makan liquid food yg byk vege based jah
tp dah kalo si suami jenis makan kambing bakar la, itik salai la, beef steak la, petai jering la bagai...mau tak pitam si bini kalo si somi berak merata
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan syuk tadi..salah orang laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-3-2022 08:34 PM
kalo baby2 yg kencing berak merata, tu kita boleh sabar lg.sbb baby2 cuma makan liquid food yg byk ...

Tau takpe adoii baby ni montot dahla gebu org tua nya montot erkknak plak montot org lelaki
Kalau mmg sakit terlantar tu faham la juga, tinggi tul kesabaran bini2 yg melayan tabiat pelik ni membazir masa dan duit jerr
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
euwww siap kene tuko lampin basah bagai. dah tua bangka bau mesti satu rumah. nati nak beraktiviti malam2 teringat laki pakai pampers+susu botol smbil tepuk2 bontot dia smpai tetido. cissss potong mood
bagus dia bertahan takde merempan nak bercerai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070494 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list