CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6059|Reply: 112

Masalah Ruang Parkir Hospital Serdang, KJ Terkejut Banyak Kereta Tepi Jalan

[Copy link]
Post time 4-3-2022 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Kesihatan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tempat letak kereta yang semakin meruncing di Hospital Serdang.


Khairy Jamaluddin  akan mengadakan perbincangan pihak yang berkenaan terlebih dahulu sebelum untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.




Kredit foto: FB KJ




“Kita akan bincang nanti, satu penyelesaian yang lebih tuntas untuk masalah tempat letak kereta ini.


“Dulu ada cadangan buat tempat letak kereta bertingkat tetapi tidak diteruskan contohnya di  Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan sebagainya jadi kita bincang balik perkara tersebut.


“Saya pun terkejut banyak kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan di Serdang ini,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Hari Pendengaran Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang hari ini.


Beliau mengaku menerima banyak aduan berkenaan masalah tempat letak kereta di beberapa biah hospital dalam negara sejak dilantik menjadi Menteri Kesihatan.


“Memang tempat letak kereta menjadi isu yang besar semenjak saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan saya terima banyak aduan tentang tempat letak kereta untuk hospital-hospital,” katanya.


Isu tempat letak kereta di Hospital Serdang merupakan telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.


Sebagai rekod, masalah ini turut berlaku di  Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
@Suchi dan @kechikchomel tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:28 AM | Show all posts
mmmm
baru tau ke

lalu jln mn selama ni

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:45 AM | Show all posts
orang orang atasan ni hidup di dimensi lain kah di msia ni? mmg tak nampak langsung realiti hidup rakyat ke?

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:45 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 4-3-2022 09:28 AM
@Suchi dan @kechikchomel tersenyum sinis

anak kakak iolss dulu ada check up kat sini. tiap kali appointment, ayah iolss drop dorang, pastu balik.
tapi skrg dah ditukar ke HPUPM. aman2 dorg parking kat depan main building HPUPM tu. senyum sinisss je dorg kat hospital serdang tu

hospital ni la kan yg dorg amik tapak parking buat bangunan apa ntah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 09:56 AM | Show all posts
lorrrrr..selama beratus tahun hidup kat malaysia tak kannnnnnnnnnn la xtau kebanyakan sepital memang xcukup parking.. bulls** sangat dia ni pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Opocot terkajut









Prfttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:11 AM | Show all posts
alahai...mana2 hospital pun deal masalah yg sama..baru tau ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 10:12 AM | Show all posts
depa mana bwk kete...g spital pn private pahtu driver anto kn..mana nk tau psl parking penuh,jln jem,tol berapa,minyak petrol berapa seliter...

aku yg terkejut tgk menteri terkejut..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:19 AM | Show all posts
Semoga dipercepatkan permasalahan ummah ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
KJ dan propa brpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Terkezut Den Apo ni
Walhal dah berjaman mcm tu[em:8:]
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:34 AM | Show all posts
selalu yg jual produk tahpape yg suka guna perkataan terkejut ni... 'makan ubat yada yada, doktor pun terkejut tengok sel kanser hilang'.. gitu ayat demer
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:35 AM | Show all posts
Iolls penah kena bawak adik iolls pegi spital Selayang. Nak masuk parking kat bawah tu ada dua arrow. 1 utk staff hospital, 1 utk orang awam. Iolls pon yelahkan orang awam, pegi ke zone orang awam. Pukul 7 pagi dah penuh. Double park kejap. Alih2, turun nurse reramai baru habis shift nak amik kereta deyols. Hampeh sungguh, staff sendiri parking kat tempat orang awam, sebab tu orang awam pon takde parking! Pastu parking staff yg reserved utk Head itu la, Head ini la, yg kosong bersawang tu, mansuhkan aje la. Skang ni dah tukar ke spital UiTM Selayang, aman2 je iolls parking depan tangga pintu spital.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembanggg
Lama dah weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu masa ikn nak mak iols refer sini
Iols cakap.takyah la..
Mintak.hukm.je
Spital.shaden.ni.banyak.pakarnya.tapi parking payah sikit..rela.gi hukm..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 10:48 AM | Show all posts
Malaysia ni suka buat bangunan tapi tak buat parking space mencukupi.  Aku tak pasti sekarang, yang aku faham memang ada regulation parking space per building population or something yang outdated, so bila bina depa ambik paling minima, tak pasti bila date regulation tu.. tapi meme outdated la, sebab tu bina bangunan sampai 10 floor tapi parking 1 floor je.  Banyak bangunan build in 70s, 80s, 90s or even 2000 memang tak cukup parking space.  Satu contoh 1utama, aku stop pergi lama dah pasal parking hauk.  Midvalley pun sama.  Lama gila tak pergi.  Tapi recently built mall macam IOI city mall tak pernah aku menyumpah tak de parking.   

Hospital sepatutnya treat parking space need sama macam mall.  Bukan pesakit je pergi.. keluarga, sanak saudara sahabat handai semua datang.  So kena la prepare banyak skit parking.  Orang tak kisah sangat kena bayar janji ada parking.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:51 AM | Show all posts
Punyalah banyak kawasan lapang dekat hospital tu, boleh je nak selesaikan masalah. Kawasan parkir sedia ada tu naik taraflah buat parkir basement dan bertingkat. Buatlah step by step, siap satu baru upgrade yang lain. Bukannya takde otak diorang ni, cuma malas nak fikir je pasal tiap bulan gaji masuk ma, kerja lebih lebih buat apa, yedak?

Agak-agak nak kekalkan kawasan hijau yang luas, buat parkir basement je, tapi buat lah terus connected dengan building sedia ada. Bukannya tak boleh buat, belanja lah sikit untuk kemudahan awam. Teknologi pun ada, buat usahasama dengan kepakaran sedia ada macam MRT undeground tengah buat tu. Alah, aku pulak yang kena fikir, cibai betul lah orang gomen ni. Makan gaji buta. Pengarah dengan management hospital semua macam taik, mentang mentang parkir free ada, tak kisah langsung kebajikan pesakit. Menteri jugak kena selesaikan. Tu pun tak selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang pun dia masih tak tahu banyak lagi hospital yg hadap dengan masalah parking ni.
Kalau nak buat parking bertingkat pun  agak2 berapa tingkat, luas mana semua kena ambil kira. Macam tempat ai diarg buat tp satu floor boleh 8 10 kereta je x 5 tingkat kalau tak salah... Berapa ja. Nak lak staff je konker parking suma tu mmg tak membantu langsung. Nak parking motor pun tahap pusing sana sini cari ruang nak jolok muncung pun kadang tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhu..bila org kayangan jadi pak mentri...risau plak aku mati tekejut je nanti...ini baru masalah parking...belom lagi masa janji temu jumpe pakar...sampai 6 bulan tunggu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.440800 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list