View: 4797|Reply: 56
|
Anak Najib Razak Cuma Gadis PowerPoint
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui pernah cuba mendapatkan pekerjaan di bank Amerika Syarikat (AS), Goldman Sachs.
Nooryana Najwa mengakui ada bertanya sama ada bank AS itu menawarkan peluang pekerjaan berkaitan kewangan dan dasar kerajaan ketika bertemu bekas Pengerusi Goldman Sachs South Asia, Tim Leissner dan bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng.
Bagaimanapun, Nooryana Najwa dimaklumkan tawaran pekerjaan kepadanya mungkin menjadi konflik kepentingan memandangkan Goldman Sachs ada menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia.
Jelasnya, peluang bertemu ahli perbankan profesional kanan seperti Leissner dan Ng disifatkan sebagai peluang mengetahui lebih lanjut mengenai program penganalisis di Goldman Sachs, selain usaha membina jaringan dengan individu dalam industri itu bagi mendapatkan pekerjaan kompetitif.
 Foto: Harian Metro
"Saya berminat dalam dasar luar dan kerajaan (saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Georgetown University Washington DC), jadi saya mahu mencari pekerjaan yang menggabungkan kewangan dan dasar kerajaan.
"Ya, saya ada bertanya sama ada Goldman Sachs menawarkan pekerjaan seperti itu, dan saya sedia untuk ditemuduga untuk jawatan berkenaan.
"Dan ya, saya dimaklumkan Goldman Sachs ada menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia, jadi ia mungkin menjadi konflik kepentingan," katanya menerusi Facebook, malam tadi.
Susulan itu, katanya, Leissner membantunya mendapatkan tawaran sebagai pelatih di firma ekuiti swasta global, TPG.
Katanya, pekerjaan di firma itu selaras dengan latarbelakangnya sebagai bekas pelajar dalam bidang dasar luar, kerana TPG bertanggungjawab mengumpul dana pelaburan daripada institusi pelaburan strategik seperti tabung pencen dan dana kekayaan berdaulat.
"Saya menghadiri temu duga untuk jawatan pelatih penganalisis di pejabat TPG London. Ya, sebagai pelatih. Bermakna saya berada di kedudukan paling bawah.
"Selain bidang tugas asas, saya juga bertanggungjawab pada tugas sampingan. Sayalah gadis PowerPoint, gadis fotokopi, gadis kopi dan gadis penghantar, selain beberapa tugas lain," katanya.
Nooryana Najwa memaklumkan dia berkhidmat sebagai pelatih selama 11 bulan, sebelum dinaikkan pangkat sebagai penganalisis sepenuh masa dan dipindahkan ke TPG Hong Kong dan bekerja selama 18 bulan.
"Saya kemudian meninggalkan TPG pada Jun 2015 untuk memberi fokus pada perniagaan dan permohonan menyambung pengajian," katanya.
Media melaporkan, Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah memberitahu, satu pertemuan antara Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, Lloyd Blankfein, berlangsung pada 2009 yang membawa kepada satu agenda.
Leissner mendakwa, sebagai balasan kepada perniagaan lumayan, peluang kerja diberikan untuk tiga anak Najib di bank pelaburan multinasional AS berkenaan.
Leissner yang juga saksi penting dalam perbicaraan jenayah membabitkan bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, memberitahu perkara itu kepada juri di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York.
Ng dituduh mengaut AS$35 juta (RM146 juta) sebagai 'sogokan secara rahsia' dalam dakwaan kecurian berbilion dolar wang pelaburan 1MDB milik Malaysia.
Leissner memaklumkan, BNM membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak AS$1 bilion daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu disogok supaya ia terlaksana.
Difahamkan, AS$D1 bilion itu termasuk AS$700 juta bagi anak syarikat PSI, Good Star Ltd yang didakwa dikawal oleh ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
"Selain bidang tugas asas, saya juga bertanggungjawab pada tugas sampingan. Sayalah gadis PowerPoint, gadis fotokopi, gadis kopi dan gadis penghantar, selain beberapa tugas lain"
Iya ker? Sudikah mama kau terima kamu buat kerja-kerja begitu? Alang-alang kenapa tak letak tugas cleaner sekali.. hurmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shernazz at 25-2-2022 01:00 PM
Kiranya kau kerani.saja.lahhhh
Cum tea lady..
Mmg gitu je ke keje pelatih? |
|
|
|
|
|
|
|
Btw
Pic atas tu mmg btol2 mcm.mak dia..
Terutama.hidung..
Mmg hidung rosmah ori mcm ni ka? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-2-2022 05:01 AM
Btw
Pic atas tu mmg btol2 mcm.mak dia..
Terutama.hidung..
Adik dia sebijik najib. Hidung dia macam maknya rosmah, tp feature lain langsung tak ke arah najib atau maknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Anyway, berapa gaji sebagai trainee? |
|
|
|
|
|
|
|
jadahnya
kerja paling bawah
hidup gah kalah ceo |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-2-2022 01:01 PM
Btw
Pic atas tu mmg btol2 mcm.mak dia..
Terutama.hidung..
Yg copycat sgt rupa si bini fazley kan |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe la..intern ajo kan....mmg kena start dr scratch..bkn nya opis megah holding terus masuk duk kerusi empuk |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz: Btw Pic atas tu mmg btol2 mcm.mak dia..Terutama.hidung..Mmg hidung rosmah ori mcm ni ka?
knnn.. hidung mak nye btl.. |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah..sukar utk dipercayai 
baik mintak keje kat malaysia je kalau nk jadi gadis power point..
Najib sekeluarga ni takde consultan ke utk hal2 tipu menipu? nampak benor nipunyee  |
|
|
|
|
|
|
|
meamng pon itu jawatan dia
ko ada bukti lain ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 25-2-2022 01:44 PM
Yg copycat sgt rupa si bini fazley kan
Hahahaja
Betul2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 25-2-2022 01:24 PM
Adik dia sebijik najib. Hidung dia macam maknya rosmah, tp feature lain langsung tak ke arah najib ...
Haah tu la
Kiranya anak lrlaki sama dgn ayah
Anak pompuan sama.dgn maknya..
Yang anak nya riza aziz tu sama.dgn mak nya tak.ek?
Yang pasti hidung mmg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik lessner tak tibai ko wawa |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah rakyat kita sibuk sangat pasal anak najib yg minta kerja tak dapat di Goldman sach..
senyum sinis penyamun lesnner, ng..yg curi juta2 duit rakyat...citer anak najib lebih rakyat kisah dari citer dia curi duit rakyat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Eh smlm ckp bancuh teh today upgred jadi power point ke..xpela..kuli2 Pon kawen have2 event meriah Bak hangggg... duit rakyat of course |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 25-2-2022 04:22 PM
dia cakap sekali aje mcm2 bidang tugas asas yg dibuat......mana ada smlm, today...
wartawan aje yg pilih tajuk tugas lain-lain....
lebihkurang sama aje tugas pelatih di luarnegeri dgn dlm negeri...kerja2 tu jugak yg sering disuruh buat...
"Saya menghadiri temu duga untuk jawatan pelatih penganalisis di pejabat TPG London. Ya, sebagai pelatih. Bermakna saya berada di kedudukan paling bawah.
"Selain bidang tugas asas, saya juga bertanggungjawab pada tugas sampingan. Sayalah gadis PowerPoint, gadis fotokopi, gadis kopi dan gadis penghantar, selain beberapa tugas lain," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 25-2-2022 06:21 PM
dia cakap sekali aje mcm2 bidang tugas asas yg dibuat......mana ada smlm, today...
wartawan aje yg ...
Oyeke...so tukang sexplain macai mcm ko ni dia byr bpe plk |
|
|
|
|
|
|
|
Hina gila powerpointt up la sikit ke prezi ka |
|
|
|
|
|
|
| |
|