CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5871|Reply: 46

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha

[Copy link]
Post time 17-11-2009 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by catstitch at 17-11-2009 10:41

Asalamualaikum semua.....
Rasanya Thread tentang Hari Raya Aidil Adha yang dijangka jatuh pada 27.11.09 iaitu hari Jumaat belum ada lagi. So, cat ujudkan thread ni khas kepada anda semua untuk mengucapkan selamat menyambut Raya Qurban kpd sesiapa sahaja. Boleh juga nak ucapkan selamat bercuti. Disebabkan ini adalah MPS, so klo anda, saudara mara atau kenalan mempunyai pengalaman menarik, ganjil,seram lagik mistik semasa, sebelum, sesudah megerjakan haji pon boleh. Harap ianya boleh dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua. Klo dapat diselitkan dgn gambar2 yang merarik pon boleh.


Ok, dikesempatan ini, cat nak mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua Warga MPS dan kepada sesiapa yg baca thread ini. Pada umat Islam yang mengerjakan haji di Mekah Al-Mukkaramah.. semoga mereka mendapat haji yg mabrur. Dan selamat bercuti selama 3 hari dari Jumaat Sabtu dan Ahad kepada semua...



harap mod perkenan thread ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2009 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 17-11-2009 09:40

Part 1
http://members.tripod.com/nieza_azhar03/cerita2.htm

PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI
     Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. kebetulan ketika itu saya balik ke mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

          Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

          Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

          Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal, sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut, sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 17-11-2009 09:41

Part 2

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?

          Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis? "Mazlan ..kakak taubat dah Lan... kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" Tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?" "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi". "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini". "Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan".

"Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti diazab di neraka kakak ni...seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. "Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar, kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita, habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. "Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 17-11-2009 09:41

Part 3

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah."Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yang soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

         Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. "kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

          Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa. "Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah... "kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Akak nak ajak suami pergi haji seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

          Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-quran dan Hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik. Tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal"... itu dah terlambat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 09:40 AM | Show all posts
selamat hari raya aidil adha jugakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 09:42 AM | Show all posts
selamat hari raya aidil adha jgn lupa puasa sunat masa hari wukuf...9 zulhijah besar fadilatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 09:43 AM | Show all posts
salam semua..
tot nak ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh warga MPS..semoga pada yang pulang beraya tak kira di mana anda berada..pandu dengan cermat dan berhati2..
semoga selamat pergi dan balik hendaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 09:48 AM | Show all posts
Damien, ketotmerah dan sansuria
selamat hari raya haji...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 09:48 AM | Show all posts
moga citer di atas buat pedoman dan pengajaran buat kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 09:50 AM | Show all posts
8# catstitch

selamat hari raya aidil adha juga buat cat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 09:52 AM | Show all posts
moga citer di atas buat pedoman dan pengajaran buat kita semua
ketotmerah Post at 17-11-2009 09:48


kan....
tetiba insaf dan terasa dosa2 ini lebih dari 7 lautan
dan pahala mungkin tak sampai setitis pon
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 09:58 AM | Show all posts
kan....
tetiba insaf dan terasa dosa2 ini lebih dari 7 lautan
dan pahala mungkin tak sampai setitis pon
catstitch Post at 17-11-2009 09:52


mcm tu lah cat..tu baru dosa fizikal, belum masuk dosa mulut lidah kita, belum masuk lagi apa yg dalam hati kita..
sebab tu lah kita dituntut supaya lakukan solat taubat setiap hari..mohon keampunan dariNya
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:01 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk semua warga MPS..
Abe Medang, Cat, Ketotmerah, Abe Ismi, Kak Hani, Kak Pu3, Kak Frey, Ilah, F_zal
Abe Selimut, Abe Secawankopi, Arris, Ferr_Remy, Mas, Sky, Damien, Sunsuria
Eima, Amy, dan kepada kengkawan yg yg anniez terlupa sbt nama..(sori sbb manyak sgt x ingat)..juga sesiapa yg mengunjungi BOARD MPS ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 10:03 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk semua warga MPS..
Abe Medang, Cat, Ketotmerah, Abe Ismi, Kak Hani, Kak Pu3, Kak Frey, Ilah, F_zal
Abe Selimut, Abe Secawankopi, Arris, Ferr_Remy, Mas, Sk ...
anniez08 Post at 17-11-2009 10:01


begitu jugak pada N....
Selamat menyambut bulan mulia bulan Haji....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:10 AM | Show all posts
selamat hari raya aidil adha jugak utk semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 17-11-2009 10:35
selamat hari raya aidil adha jugak utk semua

atreyu05 Post at 17-11-2009 10:10


atreyu05....... Selamat Menyambut HAri Raya Haji
Ini untuk kamu yea....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 10:20 AM | Show all posts
misteri sunguh bod ni
hehe
semua selamat ari jadi ek
mintak maap ek kalu salah silp
hhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:24 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha...dan selamat bercuti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 10:32 AM | Show all posts
misteri sunguh bod ni
hehe
semua selamat ari jadi ek
mintak maap ek kalu salah silp
hhuhu
ismiulammraja Post at 17-11-2009 10:20


hehehe
ada cerita ganjil masa hari raya haji?
share la sini........
thread ini hanya setahun sekali jew




































harap mod pekenan...............
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:33 AM | Show all posts
misteri sunguh bod ni
hehe
semua selamat ari jadi ek
mintak maap ek kalu salah silp
hhuhu
ismiulammraja Post at 17-11-2009 10:20


ari raya aji ke.. ari jadi nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069133 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list