CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6775|Reply: 36

Mole people (wujud ke?)

[Copy link]
Post time 11-10-2009 08:04 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20
batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
'Cerita ini harus diberitahu,' kata sumber itu. 'Ia terlalu besar untuk disorok'. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. 'Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah', beliau berkata,
'Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English'.
'Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)', kata sumber itu.
'Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
'Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. 'Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi'.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
'Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole'
'Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi'.
'Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
'Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau'.
'Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu'.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
'Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria', mengikut kata sumber.
'Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi'.
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. 'Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia'.
'Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?'
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
'Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.  Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran 'mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat'.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan  projek rahsia yang di beri nama Operation Mole
Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan 'teknologi bawah tanah'.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah
muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih
tidak diketahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2009 08:13 PM | Show all posts
erkkk.... org mole???? hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:14 PM | Show all posts
interesting.... camne rupe diorg tuh... tupe omputih ke.. africa ke.. cina ke,,, melayu kee
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:15 PM | Show all posts
interesting.... camne rupe diorg tuh... tupe omputih ke.. africa ke.. cina ke,,, melayu kee
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:25 PM | Show all posts
segala macam bende pelik ni sumer kat US je la gamaknyer yg ader....
kat tempat2 lain takder ke? kat us la ader ufo...kat us la ader alien...
skrg ni kat us jugakla ader mole.....naper erk bendasing nie sumer suker sgt
kat us....kat tempat2 lain tak best ke? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:28 PM | Show all posts
xde bukti pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2009 08:30 PM | Show all posts
bukan dulu da ade ke cite nih..yg orang dok heboh speku2 kengkononnya yakjud makjud tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 08:38 PM | Show all posts
Dulu dah pernah dgr kes camni...Tapi katanya terdengar bunyi cakaran dari bawah perut bumi...Kalau fikir pecah kepala....Kata seorang kawan apabila Mendengar satu ceramah yg bertajuk Kewujudan TUHAN....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2009 08:59 PM | Show all posts
bila tarikh artikel nih?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 09:19 PM | Show all posts
mengapa Mole ni ada di tempat yg popular je

kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 09:37 PM | Show all posts
bukan dulu da ade ke cite nih..yg orang dok heboh speku2 kengkononnya yakjud makjud tu
MetalFire Post at 11-10-2009 20:30


haah.. betul2... citer ni dah kuar dulu.. speku tul..kononnya ni laa makhluk yg di panggil yakjud makjud tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 10:15 PM | Show all posts
tggl 20 batu dalam nya? tak lemas ke ? mesti ade air klo dalam tu..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 10:28 PM | Show all posts
da lama da cite ni..ni paper melawak je..takder btul pon cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 11:40 PM | Show all posts
sukar utk dipercayai
pic xde...
tarikh artikel xde...
sumber xder..
sgt meragukan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 11:42 PM | Show all posts
hensem la gamabr bro tuh.....tergoda makcik jiran aku tengok gambar tuh,encik remy...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 03:24 AM | Show all posts
hensem la gamabr bro tuh.....tergoda makcik jiran aku tengok gambar tuh,encik remy...
GRINDSAKHTANIC Post at 11-10-2009 23:42


eh mekasih
huhuhu
ni la gambar Ferr
ahaks~
biase jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 03:30 AM | Show all posts
zaman batu punya citer pun ada lagi org paste kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:32 AM | Show all posts
dia baru dpt tahu kot citer ni... tak leh salahkan dia gak... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:44 AM | Show all posts
citer lama
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 10:52 AM | Show all posts
hmm x caya ar...
US mmg suke buat citer. ufo la..lochness la..bigfoot la..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.141684 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list