CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7691|Reply: 28

Dugaan pulau keramat

[Copy link]
Post time 16-8-2009 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 16-8-2009 23:24

Dugaan pulau keramat
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan MOHD. NAIM AZIZ


Wartawan yang ditugaskan untuk menyiasat amalan khurafat di  Pulau Besar, Melaka, diganggu peristiwa aneh.


SELAIN mengunjungi pulau ini untuk tujuan percutian, masih ada sekelompok manusia yang datang denganpelbagai niat lain termasuk mengikuti ritual yang menyalahi hukum syarak.

BANYAK perkara  bermain di fikiran saat hendak melaksanakan tinjauan ke destinasi kali ini. Mengikut kepercayaan sesetengah orang lama di Pulau Besar, hanya mereka yang terpilih mampu menjejakkan kaki ke tempat persemadian ahli-ahli sufii tu. Benarkah begitu?

Penulis sempat bertanyakan seorang warga emas di sebuah kampung di Umbai tentang kisah mistik pulau tersebut. Sambil menghisap rokok daun di beranda rumahnya, wanita itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia sekadar mengingatkan penulis dan jurugambar, Mohd. Naim, bahawa pulau  itu bersifat ‘keras’ dan kami perlu berhati-hati.

“Lagi satu, kau ni perempuan, kalau ke sana biarlah bukan dalam keadaan kotor (haid), bahaya. Macam-macam boleh kau jumpa.


“Sudah ramai orang pergi tapi tak dapat balik. Dekat pulau nanti,jangan cakap lepas. Kalau tak, ‘balasannya’ sekejap saja,” katanyafseperti memberi amaran. Namun, dia juga berpesan agar penulis sentiasafmembaca ayat-ayat suci al-Quran.

Perjalanan dengan bot dari Jeti Umbai ke Pulau Besar menyaksikan flangit petang perlahan-lahan berganjak ke senja. Dugaan pertama kami adalah terpaksa berjalan sejauh tiga kilometer ke kawasan perkhemahan gara-gara van penumpang yang sudah penuh.

Walaupun bebanan beg yang dipikul memperlahankan langkah dan meletihkan tubuh, namun akhirnya kami tiba di tapak perkhemahan yang terletak berdekatan dengan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Makam Tujuh Beradik.

Difahamkan, makam itu paling menjadi tumpuan. Di situlah kelihatan  pengunjung pelbagai kaum dan dari latar belakang agama menjalankan upacara pemujaan mereka.

Malam itu, penulis agak terkejut bila tiba-tiba didatangi haid. Walaupun tidak sedap hati, misi untuk menyiasat aktiviti penyembahan yang dikatakan kerap berlaku di situ tetap diteruskan. Tepat pukul 11malam, destinasi pertama ialah Makam Sultan Arifin.

Sementara Mohd. Naim merakam gambar pengunjung makam yang khusyuk meratib dan membaca mantera, penulis pula menaip maklumat di telefon bimbit.

Pada satu ketika tanpa diduga, penulis bagaikan diseru untuk mendongakkan kepala dan melihat ke arah makam yang jaraknya 60 meter dari tempat penulis.

Kering darah penulis apabila ternampak lembaga putih yang pakaiannya persis seorang pedagang Arab sedang berdiri bertentang mata. Menjadi lebih menakutkan adalah kelibat itu sangat tinggi, hingga hampir mencecah ketinggian pokok kelapa di sebelahnya!


KETIKA di tapak perkhemahan,Firdaus (kanan) diperkenalkan sebagai jurupandu kepada wartawan Jurnalyang buntu memulakan tinjauan di Pulau Besar.

Jantung laju berdegup dan kaki pun menggeletar. Macam-macam  surah dibaca dengan harapan kelibat itu tidak mengganggu.

Walaupun tidak berlaku apa-apa, tinjauan tersebut berlanjutan hingga pukul 3 pagi. Penulis tidak berani bercakap tentang pengalaman tersebut kepada jurugambar selepas pulang ke khemah.

Penulis cuba melelapkan mata namun sering saja gagal. Suara bayi menangis, wanita ketawa mengilai, bunyi tapak kaki orang berjalan,serta sahutan burung hantu, bertubi-tubi menembusi gegendang telinga.“Tidak, aku tidak bermimpi,” getus hati penulis.


Budak bernama Firdaus


Tidak mudah hendak bergerak di pulau itu jika tiada penunjuk arah. Jurupandu yang berjanji membawa kami meronda di pulau seluas 168 hektar itu secara tiba-tiba membatalkan niatnya.

Mujurlah kami dipertemukan dengan seorang budak lelaki berkulit hitam manis bernama Firdaus. Dia peramah dan nampak comel dengan tubuh gempalnya. Umurnya baru sembilan tahun. Firdaus berulang-alik ke sekolah di Umbai dari Pulau Besar setiap hari.

Menurut cerita, dia mahir dengan semua makam yang ada di  sekitar pulau itu.

“Firdaus bukan calang-calang budak. Dia disukai oleh bunian. Diadulu pernah kena culik dengan makhluk Allah tu. Jangankan waktu siang,waktu malam pun dia berani berjalan,” kata tuan punya tapak perkhemahan.

Ternyata Firdaus tahu semua laluan di pulau itu. Dia juga begitu dikenali hinggakan mereka yang sedang bermeditasi di beberapa makam akan memberi salam dan menegurnya.

Semasa berjalan bersamanya, penulis dapati Firdaus kerap bercakap sendirian dan kadang-kadang seperti berbual dengan seseorang.

“Firdaus temankan kakak dan abang jalan-jalan ke Batu Belah, mereka baik,” begitulah antara butir bicara yang penulis dapat dengar.

Selepas penat berjalan, kami berhenti seketika. Mohd. Naim yang keletihan cuba melabuhkan punggungnya di satu sudut tembok batu sebelum Firdaus berteriak, Abang! Dia seperti mahu menghalang Mohd. Naim daripada duduk di situ.


BERDEKATAN dengan Makam Tok Janggutinilah kelibat lembaga putih yang berpakaian seperti seorang pedagangArab dilihat hingga membuatkan penulis menggeletar lutut.

Selepas itu, Firdaus tidak berkata apa-apa. Seketika kemudian, Mohd.Naim membisikkan kepada penulis: “Ingat tak Firdaus panggil aku tadi? Bila aku terus duduk, seperti ada orang cubit aku. Entah-entah aku dah terduduk di atas tempat bunian!”

Pada malam ketiga, penulis asyik membebel seolah-olah menyalahkan cuaca panas yang menyebabkan penulis sukar melelapkan mata. Namun,tidak sampai tiga jam kemudian, angin datang menderu dan bertiup kencang. Khemah penulis nyaris diterbangkan.

Penulis menjerit memanggil Mohd. Naim di khemah sebelah, namun diatenggelam dalam dengkurannya. Ketakutan terasa menjalar ke seluruh tubuh. Penulis hanya mampu menekup muka dan malam itu terasa sangat panjang.

Keesokannya, Mohd. Naim berjalan keadaan terdengkot-dengkot. Entah apa yang dilihat atau ‘ditegurnya’ di sebuah hotel terbengkalai di Pulau Besar. Dia mengadu ada sesuatu yang menolaknya secara tiba-tiba lalu menyebabkan kecederaan di kakinya.

“Ini satu petanda akhir untuk kita beredar dari tempat ini,” kata Mohd Naim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2009 11:21 PM | Show all posts
uish....seram...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 11:26 PM | Show all posts
weh seram la..kalau la aku yang jadi reporter tu mampus tak pegi....ada tak forummers lain ada kesah pasal pulau ni? mcm menarik je cerita dia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 12:25 AM | Show all posts
aku pun rasanya tak sanggup pegi tempat2 cenggitu ...  ampunnnn ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 01:00 AM | Show all posts
dulu aku penah bukak thread
pasal pulau besar nih
tapi dah takde dah thread tu

nanti aku ulang tepek gambo2 kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 01:47 AM | Show all posts
ok beres, tq syd...weh dah abis belajar ke...sorry off topic jap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2009 10:16 AM | Show all posts
dah penah pegi sana..mmg byk kubur2 dan makam kat sana..seram kalau nak jalan mlm2 terutama sorg diri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 01:59 PM | Show all posts
PULAU BESAR MEMANG BYK MISTERI NYER....
SAPA YG NAK TUNTUT ILMU...ATAU CARI NO KER....
LEH GI SANA..........

AKU PON ADA BACA MACAM2 CRITA MISTIK KAT PULAU NI.....
TAPI LUPA LA PULAK BACA KAT MANA............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2009 02:35 PM | Show all posts
kat pulau ni kawan aku penah citer..
depa pegi sana camping..tepi laut..guide tu dah bagitau kalau guna torch light, jangan suluh muka..suluh jer kaki..
masa malam patrol tu, kawanku itu sedang meronda2..tetiba tersuluh kain putih terapung2 takde kaki..depa pun cabut la dari situ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 03:30 PM | Show all posts
so basically pulau neh tpt melayu2 islam bangsat dok puja kubur lah eh???
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 03:58 PM | Show all posts
so basically pulau neh tpt melayu2 islam bangsat dok puja kubur lah eh???
ashna Post at 17-8-2009 03:30 PM


bukan melayu je....cina bangsat....india bangsat....pon puja jugak....
sekaum seagama bangsat ngan ko pon puja jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 04:17 PM | Show all posts
so basically pulau neh tpt melayu2 islam bangsat dok puja kubur lah eh???
ashna Post at 17-8-2009 15:30


Bukan melayu rasanya tp india muslim...depa nie taksub sgt ngan benda2 pelarih kedai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 04:24 PM | Show all posts
ishh,seramnya..kalo haku x saggup nk dok situ lama2
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 01:32 AM | Show all posts
masa sy teman kazen berubat, ustaz ni ckp benda tu die hantar ke pulau besar...
dulu kan ada event kat pulau besar, mcm mane lah agaknyer dieorg menari ngan setan2 kat sane tuh yea?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 08:20 AM | Show all posts
scary meri la... mcm menakutkan je pulau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 09:22 AM | Show all posts
betul tu syd pulau besar banyak sejarah nyer jadi berhati2 lah apabila pergi ker saner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 09:30 AM | Show all posts
ramai org kita suka bayar nazar kat Pulau Besar...
kekadang buat upacara korban lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:30 AM | Show all posts
17# cmf_princess06

bayar nazar kat setan eh??
since when org melayu islam sembah setan sebagai tuhan??
no wonder la allah turun bala bertimpa2 kat melayu islam sbb mereka adalah kaum yg murka persis yahudi zaman nabi2 dulu..
yahudi skang jauh lagi mulia drp melayu islam
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 11:39 AM | Show all posts
penulis dtg haid.....
kan pompuan tua tu dh igtkankan jgn datang haid....
tp nk wat cmne... dh terdtg haid di sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 01:03 PM | Show all posts
kan ker yg selalu pg sana tu kebanyakan org india...
tp x tau la muslim ke tidak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.434254 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list