CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7075|Reply: 45

Hantu Jacko di Neverland?

[Copy link]
Post time 7-7-2009 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 7-7-2009 07:46

Hantu Jacko di Neverland?

GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan lembaga hitam di rumah di Neverland Ranch, milik Jacko di Santa Barbara.

LOS ANGELES - Peminat-peminat Raja Pop, Michael Jackson kini berdebat sama ada satu bayang seperti lembaga hantu yang muncul ketika satu siaran stesen televisyen CNN disiarkan secara langsung itu merupakan roh penyanyi berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.  


Satu lembaga dilihat bergerak di koridor rumah Michael iaitu Neverland Ranch di Santa Barbara di sini tetapi ketika itu ia tidak disedari oleh jurukamera dan pengacara siaran CNN.

Lembaga itu kemudian hilang ketika stesen televisyen CNN membuat liputan berhubung rumah Michael itu.

Liputan itu berjudul Inside Neverland yang menyiarkan temu ramah dengan abang Michael, Jermaine Jackson.

Peminat-peminat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika diamasih hidup berdebat di laman web sama ada hantu

Raja Pop itu yang berjalan menuju dalam rumah itu atau ia cuma merupakan bayang-bayang.

Salah seorang peminat Jacko berkata dalam satu laman web: "Ia pastinya bukan satu bayang-bayang, Tidak ada sesiapa pun di sana (rumah Jacko) yang membuat bayang-bayang."

Seorang lagi peminat memberitahu: "Kemungkinan ia (lembaga itu) ialah Michael bagi memberitahu kita bahawa dia masih lagi bersama kita tetapi dalam bentuk roh."

Bagaimanapun, terdapat peminat yang tidak mempercayai kewujudan hantu Jacko.

Menurut seorang lagi peminat, lembaga itu terlalu tinggi untuk kelihatan seperti Jacko.

Imej itu turut disiarkan di laman web YouTube sekali gus tersebar dengan cepat di Internet.

Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti.

Jenazahnya akan dikebumikan pada hari ini di Hollywood Hills. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 08:11 AM | Show all posts
ish ish ish.. mcm2 laa..
umah besar cm tu laaa... mcm2 bende keluar
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 08:21 AM | Show all posts
A'ah.. umh besar.. bkn arwah sorg je y duduk situ.. Sian arwah, trsebar cite y bukan2 lak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 08:29 AM | Show all posts
Selagi x kebumi selagi tu la roh dia x tenang kot?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 08:30 AM | Show all posts
Mudah2an rohnya dicucuri rahmat...
sian dia..mesti ada jin pedajal kat dia ni buat macam tu..so, orang yang lemah iman atau takde iman ingat dia masih berlegar2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 08:34 AM | Show all posts
roh  org mati berkeliaran selama 40 hari kan...........

kalo salah ampun kan kami yer...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2009 08:53 AM | Show all posts
ntahnye... dikebumikan tanpa otak plak tu... sadisnye..
cian (suddenly give the terms of  'takde otak', whole new meaning)
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 09:08 AM | Show all posts
Dulu pkcik aku mninggal mkcik tiap2 ari dia kata pkcik balik umah.
3 bulan pastu makcik lak menyusul.
Mlm kedua masa buat kenduri tahlil nmpak kelibat arwah kat dapur..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:08 AM | Show all posts
org dh meninggal mcm2 la citer... aku heran la... kat pasar malam pun siap sibuk main lagu2 si jacko ni.. org dh x de baru la sibuk nak promo lagu dia..  kat jusco pun sama juga.. x abes2 ngan lagu billy jeans  kat satu kedai baju ni... dlm kedai cd pun sama... tu yg roh dia x tenteram kot... satu dunia gitu...:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:17 AM | Show all posts
hotak dia napa x tanam skali...
napa dia kluarkan hotak tu??
atas tujuan apew?
ala ciannyew...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:29 AM | Show all posts
aku rasa dia punya bedah siasat sebab dia mati tak abih lagi kot.....
tu yg otak dia tak tanam skali tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:36 AM | Show all posts
Keluarkan otak dia?
Ntah hape2 je la dorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:40 AM | Show all posts
lepas ni.....
musti ada wat lelongan otak MJ...........

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2009 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 09:48 AM | Show all posts
cian MJ.. mcm nerla nak RIP.. apesallah nak dibedah2 bagai.. seksa siot mayat tuh.. ustazah i ckp.. mayat neh even tersentuh sikit dh sakit sbnrnye.... cume dia takleh nk bitau.. tu psl org mandikan jenazah kene wat sepelan2nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 10:03 AM | Show all posts
aku rasa Otak MJ tu diorg simpan nak buat research .. mcm otak einstein pun diorg simpan .. for the name of Science.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 10:17 AM | Show all posts
aku rasa Otak MJ tu diorg simpan nak buat research .. mcm otak einstein pun diorg simpan .. for the name of Science.
ocho Post at 7-7-2009 10:03


masok akal jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 10:55 AM | Show all posts
Aku dh tgk dh video tu..
bayang2 tu agak tinggi klu nk dikatakan tu Jacko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2009 11:01 AM | Show all posts
aku tgk bayang tu

kepala jer

kaki mcm takde

hantu tinggi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.082069 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list