|
Debaran protege Siti NurhalizaOleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
| ARTIS-artis SNP… Saida(tiga dari kiri), Sairah (empat dari kanan) dan kumpulan Coda bersamatunggak utama SNP, Siti Nurhaliza (empat dari kiri).
|
DALAM sibuk menjalani ibadah puasa dan menguruskan persiapan hariraya, tiga artis baru yang bernaung di bawah syarikat rakaman SitiNurhaliza Productions (SNP) iaitu Saida, Sairah dan kumpulan Codasememangnya tidak senang duduk menanti ketibaan Syawal yang bakaldiraikan awal Oktober ini.
Seperti Sairah yang terlebih dahulu merasai nikmat berhari rayasebagai anak seni sejak empat tahun lalu, kini perasaan yang sama turutdirasai oleh kakaknya Saida dan juga ahli kumpulan Coda.
Aidilfitri kali ini bagaikan membuka ruang kepada mereka untukmendekati peminat kerana inilah kali pertama mereka berpeluangmenghiburkan para peminat pada majlis-majlis berbuka puasa danprogram-program hari raya sebagai artis SNP.
Ketiga-tiga mereka kini telah pun muncul dengan produk terbaru.Saida baru sahaja lahir dengan single pertama berjudul Sedalamnya Cintaciptaan Sharon Paul manakala lirik oleh PSNN.
Ketika dihubungi baru-baru ini, menurut Saida singlenya yangberkonsepkan pop balada itu telah pun diputarkan di corong-corong radiosejak sebulan lalu.
Menanti reaksi peminat terhadap single pertamanya tentulah tidaksemudah yang disangka, kata bintang Akademi Fantasia musim keenam (AF6)itu: “Tentunya bermacam-macam perasaan yang saya lalui, mana tidaknyainilah pertama kali saya menyanyikan lagu sendiri sebab selalunyanyanyi lagu orang.
“Dalam menanti penerimaan peminat bermacam perasaan yang timbultakut ada, berdebar pun ada. Bagaimanapun, setakat ini, penerimaanpeminat semuanya baik. Alhamdulillah,” kata Saida yang bakal menyambutSyawal dirumah mertuanya di Teluk Intan, Perak.
Menurut empunya nama Siti Norsaida Tarudin, 32, ini lagi, selainsibuk dengan aktiviti-aktiviti promosi singlenya oleh SNP, dia jugaterlibat dengan pelbagai program Ramadan seperti Maxis Tour danMarhaban anjuran Astro yang dijadualkan oleh Maestro Records.
Sairah pula yang kini popular dengan lagu Hero Wayang bakal munculdengan single keduanya yang dicipta oleh Sharon Paul dan lirik olehPSNN iaitu Akhir Cinta.
Menurut Sairah, lagu ciptaannya Hero Wayang yang liriknya ditulisoleh Allahyarham Loloq bukan sahaja sedang hangat diputarkan di corongradio tempatan tetapi juga di corong radio Singapura.
Ternyata, pengalaman mengikuti kakaknya, Datuk Siti Nurhaliza dalammenjayakan banyak persembahan pentas memberikan kelebihan kepada Sairahdalam menimba pengalaman.
Malah, bekas peserta One In A Million (OIAM) musim pertama itu kinisemakin berkeyakinan muncul sebagai artis rakaman SNP dan membuatpersembahan pentas sejak Mei lalu.
Ramadan ini, Sairah bakal ke set pengambaran klip video singlepertamanya, Hero Wayang sebagai usaha mempromosikan lagu tersebutselepas hari raya nanti.
Bercerita tentang sambutan Syawal, kata Sairah, seperti biasa diabakal pulang berhari-raya di rumah keluarganya di Kuala Lipis, Pahang.
Jika Saida dan Sairah berdebar menanti reaksi peminat terhadapsingle mereka, kumpulan Coda pula pastinya lebih berdebar menantimaklum balas terhadap album pertama yang bakal dipasarkan selepas hariraya nanti.
“Tentu sekali kami berdebar dengan reaksi peminat terhadap album pertama kami yang bakal dipasarkan selepas hari raya nanti.
“Takut juga dengan penilaian peminat terhadap lagu-lagu dalam album kami nanti.
“Kami telah buat yang terbaik, terpulanglah kepada penilaian peminat nanti,” kata vokalis Coda, Fahimie.
Menurut Fahimie, album yang telah siap lebih 90 peratus itu memuatkan 10 buah lagu termasuk single Buai dan Lebih Dari Cinta.
Enam lagu yang terkandung dalam album tersebut merupakan ciptaananggota Coda sendiri. Manakala empat lagu lagi adalah ciptaan komposeryang tidak asing lagi antaranya Tam, Spider dan Aidit Alfian.
Lagu Buai pernah dinyanyikan oleh Coda ketika muncul dalam rancangan Zoom In Bersama Siti Nurhaliza di RTM tidak lama dahulu.
Kumpulan yang dianggotai oleh empat lagi anggota iaitu Akir (gitarutama), Jasher (bass), Freddy (gitar) dan Ejam (dram) itu telahbernaung di bawah SNP sejak pertengahan tahun lalu.
Bercerita tentang raya, tahun ini anggota kumpulan Coda bakalberhari raya di kampung masing-masing di sekitar Johor dan Kuala Lumpur.
P/s glemer gak sekrah ek..smpai singapore lagunye dimainkan...huhuhuhu...cantiklak siti dlm pic ut...tp kecik jee..huhuhh |
|