View: 88898|Reply: 173
|
ALL ABOUT JAMBATAN PULAU PINANG
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by BabeYSHa at 5-11-2011 17:49
Kalangan kaki pancing di Pulau Pinang khususnya peminat Kerapu, Siakap dan Alu-Alu memang tak boleh tolak kalau diajak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tidak bagi Husaini Musa, 31, seorang bekas kakitangan sambilan USM yang mencari rezeki dengan berniaga air tebu di pesisir pantai Seagate yang terletak di bahagian pulau. Husaini terpaksa melupakan jawatannya di USM setelah kehilangan kedua-dua penglihatannya akibat "sumpahan tiang 56". Misteri tiang 56 menjadi buah mulut ramai setelah banyak berlaku kejadian misteri yang sukar diterima akal.
Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana (70-80km/j). Tiang 56 atau lebih dikenali sebagai Tiang Mulut [email=Poka@Puaka]Poka@Puaka[/email] oleh para nelayan persisir di sana telah menimbulkan ketakutan dan trauma ke atas lebih daripada 20 orang nelayan yang mendakwa mereka pernah cuba "disedut" masuk ke dalam pusaran sebesar padang bolasepak di situ. Kejadian yang berlaku dalam tahun 2004 tersebut juga pernah disaksikan sendiri oleh Azmi Hadi seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge Sdn Bhd yang menggambarkan pusaran air tersebut berbentuk wajah wanita tua yang sedang marah sambil membuka mulut seperti sedang menyedut sesuatu. Beliau bagaimanapun dilaporkan cuba merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon namun gagal kerana angin yang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan kelam kabut tersebut berakhir selepas nelayan yang terlibat malaungkan azan sambil melepaskan tembakan dari pistol isyarat api kecemasan yang dibawa bersama-samanya ketika berada dilaut.
Siapakah wanita tua yang cuba digambarkan oleh kakitangan PBSB itu? Misteri bukan...?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jambatan ni mmg bnyk cerita yg best didengar sambil menyembang |
|
|
|
|
|
|
|
macam mastika yerk............ |
|
|
|
|
|
|
|
cerita laaa.. tak pernah dengar pon |
|
|
|
|
|
|
|
tiang ke 56?
xpe.. nnt aku pegi tgk.. huehue |
|
|
|
|
|
|
|
hmm tuan rumah ni mcm sesuatu hoccay? thread combo KFC dia tu buat aku tak puas ati! |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum siap jambatan ni pun byk nyawa yg ditelan... |
|
|
|
|
|
|
|
yer ker...mane ko dpt citer NI TUAN UMAH...bg ar kat cnie boleh kiterorg bacakan lebih lanjut yer...bg ar ape tunggu lagi...pendek sgt xpuas aku bace...aku nk gak tau lebih lanjut pasal tiang 56 ni...ader sesaper yg teramik gambar pusaran tu ker mase korg ader lalu kat ctu paste ar kat cni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku org penang..n aku rasa citer ni betoi (even aku tak sure tiang yg ke berapa). Sebab ada sorang brader kt kg aku..pi memancing kt jambatan pulau pinang..then dgr cerita dia terjatuh ke laut (tak pasal2...org cakap..mcm kena tarik). Sib baik dia tak lemas..tapi bila diselamatkan..otak dia jadi tak center dh. mcm biol..smpai la skang. kindda freaky laa jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa x kat tiang2 lain.... semangat 56 kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
ni pon aku dengar criter org... aku ari tuh borak2 ngan pegawai bomba yg akan menhhadiri mesyuarat keselamatn pasal jambatan pulau pinang ke dua.. soo ni lah criter dia...
dulu buruh adelah dari banduan terakhir ( yg nak kene hukuman bunuh) dari korea... soo kl mati pon time wat jambatan tuh tak per... diorg guna konkrit yg tuang jer terus keras .....
. sbb piling dlm laut kan perlukan concrete jenis gitu.. soo memnag ader kemungkinan lahh tiang2 jambatan tuh ade mayat buruh yg terjatuh ketika konstruction.. sbb skali jatuh dlm tuh dah tak leh angkat dah.. sbb konrete terus jadi keras.
ade batu perintatan untuk buruh dari korea yg mati ketika konstruction tuh...
kl korunk perasan ade monumen batu putih besar berhampiran Tol jambatan,.. kl dari pulau belah kiri korunk lahhh... berhampiran ruang tempat kereta berhenti berehat tuh lepas jambatan...
ahli keluarga depa.. dengar kata tiap thn datang wat sembahyang kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
dolu2 pernah lepak tgh jmbtn masa study usm....mujur takde pape..
citer2 seram biasa gak dengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersediakah anda..?
Tiang 56 tidak bermaksud tiang bernombor 56 atau ke 56. Tiang 56 dikatakan mendapat gelaran setelah 56 kematian ngeri di laporkan berlaku di kawasan di mana terdapatnya tiang tersebut. Dipercayai juga tiang 56 menjadi tempat tinggal 56 semangat yang berjaya dipujuk oleh sami-sami Budha yang dibawa khas dari Korea untuk meredakan kemarahan "para semangat laut" yang banyak menimbulkan masalah kepada syarikat pembinaan Korea,Hyundai Engineering & Construction yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menyiapkan jambatan ke tiga terpanjang di Asia tersebut.
Encik Hashim Pawanteh, 56 yang kini tinggal di kampung Bagan Luar, Butterworth mempunyai banyak kisah misteri yang beliau boleh kongsi bersama. Encik Hashim juga merupakan salah seorang pekerja yang terlibat secara langsung dalam pembinaan "Jambatan Korea" yang mula beroperasi pada tahun 1985. Sebelum kisah beliau dipaparkan di laman ini, ada juga baiknya para pembaca dinasihatkan bersedia dengan pen atau pensil berserta kertas untuk mencatat beberapa perkara yang perlu dilakukan sebagai "pelindung" seandainya "semangat tiang" tersebut marah dengan apa yang bakal diceritakan dan menjadikan anda sebagai mangsa...itu adalah pesan Encik Hashim kepada penulis, benar atau tidak, wallahu'alam. Kata beliau lagi, "semangat" tersebut tak pernah pulang dan beliau adalah sebahagian daripadanya...
Bersediakah anda..??
[ Last edited by AILIOMLELE at 25-4-2008 12:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
seram gak skit |
|
|
|
|
|
|
|
seram gak ek.. tp kadang2 bila lalu jambatan pulau pinang ni, tiba2 seram sejuk.. meremang bulu roma je rasa. tu pasal aku prefer lagi naik feri |
|
|
|
|
|
|
|
huuh..semangat laut tu boleh p kat darat ke??macam cuak gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syarat-syarat utama..
1. Pembaca tidak boleh membaca sambil minum atau makan.
2. Pembaca tidak dibenarkan membaca kisah di antara jam 7 petang sehingga 7 pagi kecuali hari Sabtu.
3. Pembaca perlu mengelakkan dari menyebut nombor 56 ketika membaca kisah ini.
4. Pembaca tidak boleh memakai pakaian yang mempunyai warna merah dan hitam walaupun sedikit.
5. Pembaca di nasihatkan meletakkan kertas putih di bawah telapak tangan kiri ketika membaca.
6. Pembaca dinasihatkan membaca bersendirian.
7. Pembaca diwajibkan menziarahi Tugu Peringatan Jambatan Pulau Pinang sekali dalam seumur hidup dan melepaskan kertas putih yang ditulis nombor 56 ke dalam laut.
7 sahaja syaratnya..kata Hashim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|