View: 19094|Reply: 119
|
[MERGED]ALL ABOUT ROH TAK TENTERAM ETC
[Copy link]
|
|
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=283&Itemid=91
Hantu & Bolehkah Roh Kembali ?
SOALAN
Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?
Jawapan Ust Zaharuddin (Diterbitkan di Majalah-i)
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-慉qidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (慽lliyyin) di langit ketujuh dan Kafir di 慡ijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya." (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di 慽lliyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam 慡ijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
[ Last edited by BabeYSHa at 28-5-2009 10:32 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Satu maklumat yang bagus, tapi orang2 kita ni tak boleh buat apa dah, itulah benda yang dia paling percaya sekali, mayat balik tengok rumah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kita yang perlu takut Allah s.w.t.. bukan takut dengan mende lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
roh ganggu
Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya
selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun
tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka
dia pun bercerita...
As usual kekadang org cina nih suka masuk kubur dgn harta diaorg. So,
abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikut masuk. Dgn harapan abg
dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga
tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai
la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia
rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal
takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia
takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap
semua tuh mimpi karut jer.
Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan
ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi
org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari
tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.
Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan
tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor
abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata
mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.
Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?" Kata kawanku.
"Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak....." |
|
|
|
|
|
|
|
Lor! ku ingatkan kisah betolll!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm salah benang jer nih? |
|
|
|
|
|
|
|
hampeh....!!:@
laen kali,tanam skali ngan charger..pas2 ade supply skali kt lobang kubor tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa... lawak rupo eee....... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru la terkena...kalau letak kat joke mesti org dh tau ini joke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduss....silap benang ni...apasal kat MPS pun leh selit ngan joke skali.... |
|
|
|
|
|
|
|
kin panas..ingatkan btul2 lar...:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
sengal..ko salah bod la makcik.. |
|
|
|
|
|
|
|
hampeh.........aku cam kesian jerk biler hantu tu call adik dier.....siot....!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkkkk ?! |
|
|
|
|
|
|
|
heh~tersentap kegerunan akak tau |
|
|
|
|
|
|
|
nasib aku rasa mcm penah baca |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh kreatip tuan umah ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|