|
The Lima sambut Ramadan di MekahOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
The Lima
JANJI anggota kumpulan The Lima, andai menjuarai pertandingan TV realiti, Gang Starz adalah untuk menunaikan umrah. Namun, setelah hampir dua bulan menjuarai pertandingan tersebut, tidak kedengaran sebarang rancangan mereka untuk menunaikan janji itu.
Rupanya anggota kumpulan itu yang terdiri daripada C. Taufani Rahadian, Bony Adam dan Arif Topan Sanjaya, mempunyai perancangan tersendiri menjelang bulan Ramadan nanti.
揝udah pasti kami akan menunaikan nazar kami iaitu menunaikan umrah seandainya kami menjuarai pertandingan Gang Starz dan jika tiada aral melintang, kami akan melaksanakan umrah pada bulan puasa ini, |
|
|
|
|
|
|
|
bes gak lagu separuh masa ni...tp minat lagu je lah orgnyer xminat... |
|
|
|
|
|
|
idiot_malay This user has been deleted
|
Kasih saja status PR kepada the Lima .... lumayan untuk nambah stock penyanyi di Malaysia ini ... |
|
|
|
|
|
|
|
The Lima kecewa tidak dikenali di Indonesia?
15-05-2008 12:05:24 PM
oleh WAHIDA ASRANI
SUDAH setahun kumpulan trio yang terdiri daripada tiga anak muda dari Indonesia ini mengharungi kehidupan sebagai 'selebriti' sebaik dinobatkan sebagai juara program pencarian bakat terbitan TV3, Gang Starz.
Bony Adam (Bony), Taurani Rahadian (Taura) dan Arif Topan Sanjaya (Arif) yang menggelarkan diri mereka The Lima cukup bertuah kerana hasil kemenangan tersebut mereka bukan saja berjaya merangkul wang tunai AS$100,000 (RM350,000), tetapi juga menerima kontrak sebagai artis rakaman di bawah label KRU Music Group.
Menerusi single pertama mereka ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim berjudul Separuh Masa yang pernah mencetuskan sedikit kontroversi berikutan tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap mesej lirik lagu tersebut, The Lima mula berjaya mengukir nama di persada muzik Malaysia.
Meskipun nama mereka kini bukan lagi asing di negara ini, The Lima bagaimanapun masih belum meraih populariti di negara kelahiran mereka sendiri.
Mengakui perkara tersebut, kata mereka, bagaimanapun itu tidak langsung melemahkan semangat kumpulan ini untuk terus cuba mencipta nama di sana.
The Lima gembira album sulung mereka kini sudah berada di pasaran
(Foto The Star oleh Victor Ng)
"Kami tidak kecewa dengan perkara ini kerana sewaktu sertai Gang Starz, sambutan lebih banyak dilihat di Malaysia kerana ia terbitan negara ini. Jika mereka di sana mengenali kami pun mungkin dengan nama 'Lima' kerana sewaktu ujibakat kami menggunakan nama tersebut.
"Tetapi sememangnya amat sukar untuk menghasilkan album yang berkonsepkan boyband di Indonesia kerana di sana industri muzik lebih dipelopori oleh band-band rock dan sebagainya.
"Kami agak khuatir juga dengan penerimaan mereka kelak terhadap album sulung kami yang bakal dipasarkan di sana tidak lama lagi, tetapi apapun kami yakin dengan khidmat KRU di dalam album ini di samping usaha kami juga.
"Tidak dikenali di sana bagaimanapun bukan bermaksud kami lebih senang jalani karier seni kami di Malaysia. Kami selesa di kedua-dua buah negara, malah tidak lama lagi album kami juga akan dipasarkan di Singapura," kata Bony yang ditemui pada majlis pelancaran album mereka di Planet Hollywood, baru-baru ini.
Bercerita mengenai album sulung mereka yang sudah pun di pasarkan di Malaysia pada 30 April lalu, kata Bony lagi, mereka amat gembira penantian selama setahun akhirnya berhasil jua dengan kelahiran album berkonsepkan pop komersiol itu.
The Lima bersama dengan penerbit album mereka, Edry Abdul Halim
"Kami sedar bukan senang untuk menghasilkan album, tambahan pula dengan pasaran yang agak lembab ketika ini. Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan KRU dan disebabkan itu keyakinan kami terhadap album ini cukup tinggi.
"Edry juga memberi peluang kepada kami untuk menyumbangkan idea di dalam album ini.
"Malah, dia turut membenarkan kami terjemahkan lirik ke dalam bahasa Indonesia yang mudah difahami bukan saja oleh pendengar di Indonesia, tetapi Malaysia dan Singapura juga," tutur Bony yang juga merupakan seorang DJ di sebuah stesen radio di Bandung.
Proses rakaman album sulung mereka itu telah dijalankan Level Studio Bandung, Indonesia selama lebih kurang dua minggu yang mana keseluruhan proses gubahan dan adunan pula dilakukan di Studio KRU Music Group sendiri.
Sebanyak 10 buah lagu dimuatkan di dalam album ini. Selain Edry, antara komposer lain yang turut menyumbangkan lagu adalah Neves dan komposer Indonesia, Puja.
Album ini juga akan mula dipasarkan di Indonesia dan Singapura tidak lama lagi.
Selain Separuh Masa, antara lagu lain yang dijangka hits ialah Kau Ada Dia yang merupakan soundtrack untuk filem Sepi dan Buronan Cinta yang akan menjadi single ketiga mereka.
"Banyak perkara baru yang kami pelajari sepanjang rakaman album itu. Kami juga turut mendapatkan khidmat pengarah vokal terkenal Indonesia, Irvan Natidingrat yang pernah bekerja dengan '3 Diva' dan Acha.
"Sengaja kami gunakan khidmat Irvan untuk tiga buah lagu agar dapat tampilkan kelainan dari segi vokal," kata trio yang telah mengerjakan umrah akhir tahun lepas sebaik proses rakaman album itu siap sekitar penghujung September lalu.
Dari segi promosi pula, KRU Music ketika ini telah menyusun aktiviti bagi tujuan tersebut selama tiga minggu. Dua buah klip video mereka, Separuh Masa dan Kau Ada Dia yang dihasilkan di Indonesia juga sudah mula diedarkan di stesen televisyen.
Manakala klip video ketiga mereka, Buronan Cinta akan mula menjalani penggambaran tidak lama lagi dan bakal diarahkan oleh Edry sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
nyampah tul aku
manjang suar warna merah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak terjemah ke Bahasa Indonesia? Tak sama ke bahasa dorang ngan Bahasa Malaysia. Perkataan2 apa yang nak diterjemah tu? Bisa? Kerna? Kapan? |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg x bkenan tul dgn artis indon. myemak jer kat malaysia ni. :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
"Malah, dia turut membenarkan kami terjemahkan lirik ke dalam bahasa Indonesia yang mudah difahami bukan saja oleh pendengar di Indonesia, tetapi Malaysia dan Singapura juga," tutur Bony yang juga merupakan seorang DJ di sebuah stesen radio di Bandung.
susah sgt ke bahasa Malaysia yer?xpaham aku.kalo nak pasarkan ke luar negara perlu ke tukar bahasa segalanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khoirulfatihin at 16-5-2008 10:06 AM
aku mmg x bkenan tul dgn artis indon. myemak jer kat malaysia ni. :@ :@ :@
WA SOKONG 300%.............. |
|
|
|
|
|
|
|
aku start suka dengan group nie bila diorang nyanyi Seindah Biasa dalam Juara Lagu...
lagipun musim boyband dan girlband dah takde...kena hidupkan balik... |
|
|
|
|
|
|
|
buat ape la naekkan nama dan berikan kesenangan kat artis luar
mang la tv3 yg lahirkan dorg
tapi better if depa lahirkan artis org yg bewarganegarekan malaysia
bukan murah nak lahirkan org lua ni
ngan penerbangan dorg
tmpt tggl lg
kenderaan lagi sepanjang dorang ade kat sni
haih tak paam aku |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg mencik sgt dgn artis2 INDON.....erk...bukan artis jer...sumer rakyat INDON yg bersepah2 lah kat Mesia ni....nyemak jer...jahat lak tu....ish ntah napa makin hari aku makin meluat dgn INDON ni.....perangai cam sampah.... |
|
|
|
|
|
|
|
den suko buronan cinta
tp nape edry wat lagu in indon erk..
katanya the lima udah pandai dialek mesia? |
|
|
|
|
|
|
|
buronan cinta best ... tp dah mcm lagu kru .... trademark x tinggal .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|