CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6647|Reply: 39

Cuti sekolah, apa aktiviti dgn anak? (+ tips)

[Copy link]
Post time 13-11-2006 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Manfaat cuti sekolah anak dengan aktiviti
Oleh Halina Mohd Noor


Ibu bapa perlu bijak susun perancangan, kegiatan tak menjemukan bagi penuhi masa lapang pelajar


BERIADAH: Membawa anak mengenali alam
semula jadi mampu memberikan pendidikan dan
pengalaman baru.

MINGGU ketiga ini bermula cuti penggal akhir persekolahan sehingga penghujung tahun. Tempoh percutian selama lebih sebulan ini adalah saat yang dinantikan semua pelajar di seluruh negara. Inilah masanya untuk berehat selepas sepanjang tahun bergelumang dengan buku dan nota.

Berbeza pula dengan ibu bapa yang kebanyakannya pening kepala memikirkan mengenai anak setiap kali tiba cuti penghujung tahun. Cuti panjang ini membuatkan sesetengah ibu bapa risau melihat anak melepak, makan dan tidur sepanjang hari tanpa sebarang aktiviti.

Lebih membimbangkan, apabila anak yang semakin remaja sudah pandai keluar rumah tanpa hala tuju. Tahu-tahu ada saja khabar kurang menyenangkan singgah di telinga. Tentu saja kita tidak mahu mendengar berita sedih seperti yang pernah berlaku sepanjang cuti sekolah yang lepas di mana ada saja pelajar yang mati lemas kerana berkelah, hilang di dalam hutan, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Justeru, jangan biarkan anak bercuti tanpa sebarang perancangan. Membawa anak bercuti mungkin kedengaran menarik tetapi ramai juga yang mengeluh mengenai kos terutama apabila terpaksa berjimat selepas musim perayaan. Tambahan pula lebih banyak wang diperlukan sebaik masuk tahun baru kerana pada masa inilah bajet yang ada diperlukan untuk membuat persiapan memasuki sesi persekolahan baru.

Pakar Motivasi, Dr HM Tuah Iskandar, berkata ibu bapa perlu bijak mengisi percutian anak dengan melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada mereka. Antara cara paling murah ialah dengan berjalan meneroka keindahan alam bersama ahli keluarga.

揗embawa anak dan keluarga menjelajah ke tempat menarik adalah satu program motivasi terbaik yang bukan saja memberi manfaat kepada anak tetapi seluruh ahli keluarga lain. Bawalah mereka keluar daripada kawasan tempat tinggal seperti pulang ke kampung atau ke tempat menarik yang jauh. Paling lama mungkin seminggu, itupun bergantung kepada bajet anda.

Semasa dalam perjalanan, banyak perkara serta pengalaman baru yang boleh dikutip anak. Percutian seperti ini mungkin tidak memerlukan perancangan seperti tinggal di hotel mewah dan sebagainya. Lebih menarik dan mencabar sekiranya ia dibuat secara spontan iaitu berhenti di perhentian yang sesuai atau makan di mana saja yang tergerak mengikut hati,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 03:34 PM | Show all posts
Aktiviti cuti sekolah ni memang dah plan dah..macam2 acara diatur tapi kena tengok cuaca dulu..tambah2 lani asyik memanjang je hujan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 03:38 PM | Show all posts
cuti sekolah ni..den nyer planning balik kampunggg...heheh
bawa anak2 balik kg...dok kampung sampai tahun depan..bestnyaa...

p/s:ahai ibu dia lak yang sonok sakan..wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by matakucing at 13-11-2006 03:38 PM
cuti sekolah ni..den nyer planning balik kampunggg...heheh
bawa anak2 balik kg...dok kampung sampai tahun depan..bestnyaa...

p/s:ahai ibu dia lak yang sonok sakan..wakaka

a ah..cam suka je anak dok kat kampung..takpe lah bagi diorang kenai sikit suasana kampung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 07:05 PM | Show all posts
cuti sekolah ni kami semua akan balik kampung...3 minggu di kampung saya dan 3 minggu lagi di kampung suami....mmg balik lama sikit sebab balik kampung pon cumer setahun sekali..... dok jauh macam ni laa.....

woh..lupa nak bagi tahu.....esok nyer kami nak fly balik nyer..! yeeeeeehaaaaaa!  :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 11:42 PM | Show all posts
bawak anak2 pergi library berdekatan..sekurang2 nya tak luput ilmu2 ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2006 09:00 AM | Show all posts
cuti sekolah? anak mac akan masuk klinik bowling seminggu, mac also akan startkan mereka join  chess group, kakak sulung pergi computer class, yang lain pergi art class... swimming class start balik in december for the younger kids.... younger kids pun baru start gi smart reader english..... apa lagi ye..... oooo..... kasi chanla mereka mengadap computer dan TV ...... sessi mengaji kena full blast.... anak no2 kena tuition sbb I'm not happy with her exam results walaupun merosot sikit aje....

kali ni kami holiday dekat2 aje kut sebab tak dapat cuti......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:41 AM | Show all posts
4-8/12 pi cuti cuti mesia cherating.....
ahaks......
tak sabar nyer...... :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by iconglu at 13-11-2006 03:40 PM

a ah..cam suka je anak dok kat kampung..takpe lah bagi diorang kenai sikit suasana kampung..



ha`ah memang suka sesangat..maklumlah setahun sekali balik...raya pun tak balik....
maklumlah tok dia kat kg. tu  rindu sangat ngan cucu dorang...
kita pun rindu gak masakan mak kita tu...ahakss:love:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 05:58 PM | Show all posts
I am soooo happy that at last my son wants to go back tu my mum's house during the school holiday.. kalau tak punya la susaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh sgt.. I like it that he is close to my parents/parents in law.. reminds me of my younger days:love::love:

before that, my two children and their cousins will attend an interactive classical concert dulu.. but this is a one-day affair sempena world children day...

lepas balik kampung, i donno what will be the plan.. let them play aje kot sbb next year my eldest nak sit for UPSR... no play2 for him.. so this school holiday is for him to let loose!!! heheheeheheh:nerd::nerd::nerd:

[ Last edited by  putumayam at 14-11-2006 06:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 11:43 AM | Show all posts
Awal-awal cuti ni biar diorang melompat dulu...namanya pun cuti kan...
My eldest nak join intensive arabic language course untuk tiga minggu.  
Rest dah register untuk holiday programme dengan Khalifah Shop.
Bila dah done dengan semua tu insyAllah nak gi jalan-jalan makan angin.
Lepas tu barulah time untuk jenguk-jenguk text book untuk next year...buat preparation sikit so taklah blur masuk class nanti.
My 6 yo kena prepare lebih sikitlah sebab he will skip year 1 next year, terus masuk year 2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:00 AM | Show all posts
Saya bawak diaorang balik kampungla...macam-macam aktiviti ada kat kampung. Cuma belum spesifikkan lagi..berjalan rumah saudara mara dah tentulah..nak bagi diaorang kenal adik beradik..yang lain tak fikir lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by nadjaba at 23-11-2006 11:00 AM
Saya bawak diaorang balik kampungla...macam-macam aktiviti ada kat kampung. Cuma belum spesifikkan lagi..berjalan rumah saudara mara dah tentulah..nak bagi diaorang kenal adik beradik..yang lain ta ...


Kalau ada kampung memang best budak-budak spend cuti sekolah.  Banyak aktiviti menarik boleh buat, terjun sungai, meredah semak, kejar ayam itik, main masak-masak/pondok-pondok dan banyak lagi adventure dan action.  Tapi anak-anak akak tak ada kampung.  Kampung diorang di bandar...so aktiviti-aktiviti sama je cam kat rumah.  Ada plan nak bawak diorang gi homestay kat kampung mana-mana.  Biar diorang rasa suasana kat kampung.  They dont know what they are missing..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 03:18 PM | Show all posts
Teringat cerita member jihah pasal anak dia, about 2thn
Sbb jarang2 balik kg, anak dia takut dengar bunyi ayam berkokok..???  :hmm:
Pelik gak, tp katanya anak dia tu meraung sampai pagi. Pastu lari bila nampak ayam
Anak jihah plak panggil kambing - dog.. Sabaau je la.    :gila:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 03:21 PM | Show all posts
Lagi, member jihah yg kat tempat keje. Umur dh 29thn.
Bleh xkenal beza pokok tebu ngan pokok lalang..
Hai.. time anak2 kita nnt xtau la lagu mana plak..   :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by jihah at 23-11-2006 03:18 PM
Teringat cerita member jihah pasal anak dia, about 2thn
Sbb jarang2 balik kg, anak dia takut dengar bunyi ayam berkokok..???  :hmm:
Pelik gak, tp katanya anak dia tu meraung sampai pagi. Pastu la ...


heh..heh...lebih kuranglah anak akak sorang.  Bawak gi rumah tok sedara kat kampung ada dusun, ada sungai..."wahh...bestnya JUNGLE ni ummi".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 12:35 AM | Show all posts
Mungkin ke Genting Highland..Banyak permainan kanak2 disana..masa  yg baik untuk distress kan mereka.:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 11:25 AM | Show all posts
Jihah dh bawak pi tgk movie 'Happy Feet', gi horse riding kt titiwangsa (murah giler! org dewasa, 1round rm1.50 jer..).
Lagi gi taman kat bukit kiara, shopping barang sekolah dia, gi pasar.. hehehe

Ha.. ada mana2 class xkat area ttdi. nk antar english class la. Ada sape2 tahu???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 09:21 AM | Show all posts
Last week dah bawak anak2 gi naik kuda di tasik...
minggu ni nak gi manala pulak ya ?

Anak2 dah mengadu boring duduk rumah...
Bawa pergi National library lah baca buku..
sambil2 tu boleh la maknye pinjam novel jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by yantisa at 1-12-2006 09:21 AM
Bawa pergi National library lah baca buku..
sambil2 tu boleh la m ...



minat plak dgn posting nih.

mcm mana caranya ek?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076948 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list