CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3849|Reply: 22

[Tempatan] Suami orang Melaka, isteri orang Sarawak. Dodol kawin Gula Apong = Dodol Gula Ap

[Copy link]
Post time 7-5-2020 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Dodol gula apong satukan citarasa Sarawak dan Melaka
Mei 07, 2020 12:38 MYT



KUCHING: Jika Melaka cukup dikenali dengan dodol, gula apong begitu sinonim dengan Sarawak. Gabungan kedua-duanya menghasilkan produk baru iaitu dodol gula apong.

Idea itu dicetuskan sekitar 10 tahun lalu oleh Azmi Ahmad Shukri dari Melaka yang berkahwin dengan wanita Bumi Kenyalang, Fatemah Omar.


Bercerita lanjut Azmi berkata resepi dodol diwarisi turun-temurun daripada ibunya.

Jika mengikut resepi asal ia menggunakan gula melaka sebagai bahan utamanya tetapi bagi menyesuaikan dengan citarasa tempatan ia digantikan dengan gula apong.
“Apabila dipadankan dengan gula apong rasa dia lebih sedap. Apong (nipah) tumbuh di paya air masin jadi rasanya macam lemak sikit dan lebih sedap,” jelas Azmi.

Sementara itu Fatemah berkongsi pengalamannya mengusahakan dodol gula apong di bawah jenama Azfa Success Enterprise.
“Saya mula mengusahakan dodol ini pada 2010 dan permintaannya memang hangat terutamanya pada bulan puasa untuk hidangan raya.

“Kami juga menyertai beberapa expo dan sambutannya amat menggalakan terutamanya daripada orang luar”, ujarnya.

Perniagaan suami isteri ini turut dibantu anak-anak mereka yang terlibat dalam proses pembungkusan, pemasaran dalam talian.

Malah mereka turut menghantar sendiri produk jualan kepada pelanggan terdekat terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Penghasilan dodol gula apong ini memakan masa sehingga 3 ke 4 jam sebelum dipek dan sedia untuk dijual. Ia boleh didapati  dalam tiga variasi, iaitu dalam  bekas, kiub dan gulung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je rasa gula apong dgn gula melaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:01 PM | Show all posts


Baguslah ada pengusha baru - yang di Melaka (keluaran sykt kaum cina) dah semakin mahal reganya pulak tu rasa dah bertukar tak sesedap dulu. Sebatang dodol mcm dlm gambar dia orang jual $19. lebih!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 7-5-2020 02:11 PM
KIM.K replied at 7-5-2020 01:55 PM
Sama je rasa gula apong dgn gula melaka


Tak sama. Gula apong autentik rasanya lain. Ada rasa manis, pahit sikiiiiitttttt dan siiiikiiiiiiit rasa asam/bau fermented. Bau tu mengingatkan aiol dengan sejenis minuman beralkohol pribumi Borneo Sabah iaitu bahar yang dibuat daripada nira kelapa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:11 PM | Show all posts
mana best...


gula apong... nise ... gula melaka...gula merah..?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 7-5-2020 02:15 PM
budaktua replied at 7-5-2020 02:11 PM
mana best...




Gula apong sebab bau dengan rasa sharp.

Tapi beli yang autentik la. Cari yang Cina buat. Versi halal dah tone down banyak bau dan rasa, terutama yang jual dalam kontena plastik tu (akak syak dah dicampur gula putih). Yang non Cina buat juga takda bau fermented.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2020 02:21 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 7-5-2020 03:30 PM

melaka + nogori = dodol gula enau/kabong

lagi sedap dari dodol yang biasa guna gula melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tertipooo. Ingatkan bam @dodolgemok dah kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2020 02:26 PM | Show all posts
Gula Melaka





Gula Apong

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-5-2020 02:08 PM
Tak sama. Gula apong autentik rasanya lain. Ada rasa manis, pahit sikiiiiitttttt dan siiiikiiiii ...

Mungkin sudah lupa rasanya. Iols selalu buat kuih buah melaka pakai gula apong tu. Buka gerai breakfast.

Tapi saya sudah lupa kot rasa dia or takpandai appreciate flavor. Air nira memang addictive susah cari my fav juga





Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-5-2020 02:13 PM
Gula apong sebab bau dengan rasa sharp.

Tapi beli yang autentik la. Cari yang Cina buat. :lol ...

Knp cinz buat lebih sedap?....
Dorang ada letak bahan rahsia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 7-5-2020 02:51 PM
Knp cinz buat lebih sedap?....
Dorang ada letak bahan rahsia ke?

Karna deyol buat lagik terer kot?

Rasa nira tu ada bila makan gula apong jenama Cina. Pehtu gula dia rasa pekat, likat. Bila makan gula apong takda jenama boh dalam kontena plastik, alahai. Jauh beda. Rasa nira takda, warna pun tak gelap pekat. Tu yang ai syak dah campo gula putih.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 7-5-2020 03:03 PM
jazaa100 replied at 7-5-2020 02:51 PM
Knp cinz buat lebih sedap?....
Dorang ada letak bahan rahsia ke?


Btw, kawan aiol urang Sarawak pernah bagitau, jangan beli gula apong dalam kontena plastik. Beli yang dalam plastik bungkus, lebih sedap.

Masalahnya, bila beli dalam plastik bungkus, kemain leceh nak guna untuk masak kecuali pindahkan dalam bekas bertutup.

Gula apong ni, bila tambah dalam masakan, rasanya lebih sedap banding guna gula melaka. Dia hada depth of flavour yang takda pada gula melaka komersil.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 7-5-2020 03:12 PM
dua_chzy replied at 7-5-2020 03:01 PM
Btw, kawan aiol urang Sarawak pernah bagitau, jangan beli gula apong dalam kontena plastik. Beli ...


Ooo...tq cikgu...

Akk ada nmpak gula apong ni & dah masukkn dlm cart pun...tapi tu lah...selalu lupa je bila bukak shopee....beli brg lain pulak.....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Gula apong ke gula biasa ke....
I tak suka makan dodol dari kecik..
Lepas tu terus tak pernah makan sampai skrg..
Saja bagi tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2020 04:04 PM | Show all posts
susah-susah sgt nk dptkan stok, pakai je gula merah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2020 07:56 AM | Show all posts
capiloton replied at 7-5-2020 02:21 PM
melaka + nogori = dodol gula enau/kabong

lagi sedap dari dodol yang biasa guna gula melaka.

Yes, gula kabong.  Emak guna untuk sira kuih keria & inti ondeh-ondeh juga.  Rasanya berbeza, sangat sedap.

Rindunya nak balik Melaka

Kalau tak ada yang balik kampung, maknanya tak adalah yang kacau dodol..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 12:22 PM | Show all posts
belilies replied at 7-5-2020 02:22 PM
Iols tertipooo. Ingatkan bam @dodolgemok dah kawen

Xpasal2 femes dodol yah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 01:32 PM | Show all posts
Ok ler tu sambil2 promosikan gula apong buat mereka yang belum tahu mengenainya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 7-5-2020 01:55 PM
Sama je rasa gula apong dgn gula melaka

lain.... guka melaka tak sedap berbanding gula apong

pernah haritu awal ramadhan adik cairkan gula melaka nak cicah dgn pulut.. sudahnya tak sedap dan pahit... pastu tukar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.131648 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list