View: 301147|Reply: 1628
|
[DRAMA MELAYU]
[MEGA DRAMA] CHANDELIER - BEN AMIR, MIMI LANA, SHASHA ABEDUL, AISAR KHALEDD
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 11-2-2020 01:39 PM
Drama Chandelier
Terbitan Astro
di slot Mega Drama
PENGARAH:
MICHAEL ANG
BARISAN PELAKON:
BEN AMIR,
MIMI LANA,
SHASHA ABEDUL,
AISAR KHALEDD
IG Para Pelakon
@benamirr - Kaef
@missmimilana - Keisha
@nynaaharizal_ - Khalida (adik Kaef)
@lailanasirofficial - Puan Maryam (umi Kaef)
@nadyasyahera - Ajwa (staff Kaef)
@shashaabedul - Syuhada (staff Kaef/stalker/adik angkat/admirer)
@aisar_khaledd - Iskandar (Keisha pernah kikis dia, tuntut hutang RM30K sampai Keisha terpaksa meminjam dari Tan Sri Emran)
@sharifahshahora - tak pasti watak apa. Macam mak Syuhada
Adaptasi daripada novel Aciklana
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2020 03:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Tunan at 5-1-2020 03:28 PM
NOVEL CHANDELIER
SINOPSIS
Dirimu laksana Chandelier , Paling menyerlah ,
paling cantik dan memukau perhatian ...
Tapi sayang dikau hanya sekadar perhiasan .
Chandelier satu lagi novel baru Acik Lana. Saya beli masa PBAKL bulan mei yang lepas. baru berkesempatan untuk mengkhatamnya . Tiada kata- kata yang mampu yang saya berikan , novel ni memang "best gila". Ada perkara yang menyentuh perasaan saya bila membaca novel ini. Pada pendapat saya novel ini cukup rencah.
Novel terbitan kakinovel ini boleh dibeli secara online dan mana-mana kedai buku berdekatan. Novel yang mempunyai 814 muka surat ini memgupas kisah cinta Kaef dan Kiesha yang penuh dugaan. Jom ikuti kisah mereka yang saya sediakan.
Kiesha mengunakan kecantikan paras rupa dan bentuk tubuh yang mengoda memikat Dato dan Tan Sri untuk hidup mewah. Kiesha juga digelar gold digger. Selain orang yang berkedudukan Keisha juga mencari anak - anak jutawan turut menjadi mangsa tetapi perkara yang Kiesha pegang adalah satu , bukan melayan hingga kebilik tidur. Maruah diri perlu dijaga dan hanya lelaki yang bergelar suami sahaja yang berhak keatasnya. Perkenalan dengan Datuk Eusoff selama dua tahun membuatkan Kiesha memuntut haknya untuk dijadikan isteri. Walaupun kemewahan yang dicurahkan tidak memberi apa makna lagi. Cinta Datuk Eusoff pada Kiesha sering terhalang bila anak Datuk Eusoff , Edora menghalang keras perhubungan mereka. Datuk Eusoff terus berjanji akan mengahwini Keisha walaupun edora menghalangnya.
Kaef seorang lelaki yang baru berjinak - jinak dalam perniagaan terpesona bila bertemu di Syarikat Datuk Eusoff. Ketika itu Kaef berjumpa Malik yang menguruskan pinjaman kedai peralatan sukan Kaef. Pertemuan kedua bila Kaef terlanggar Kiesha hingga Kiesha terpijak file Kaef. Kesombongan Kiesha membuatkan Kaef ingin tahu siapa Kiesha sebenarnya.
Suatu hari Edora yang ternampak Dato Eusoff bersama Kiesha , Edora tidak puas hati lalu menyerang Kiesha di restoran Hotel membuatkan Kiesha lari dan terlanggar kereta Kaef. Dato Eusoff berjanji dengan Edora tidak akan menghubungi lagi Kiesha demi keluarganya. Tetapi cinta Dato Eusoff pada Kiesha semakin menebal hingga Dato Eusoff sanggup memberi Kondo , Butik dan kereta . Kaef dengan panik menolong dan membawa Kiesha ke klinik. Kiesha yang kecewa melihat Dato Eusoff lebih memyebelahi anaknya . Kaef menawarkan diri untuk mengajak Kiesha kerumah demi keselamatan Kiesha dari diganggu oleh Dato Eusoff. Umie dan Khalida ( Adik Kaef ) terkejut bila melihat kehadiran Kiesha.
Selepas kejadian itu Dato Eusoff berjanji akan walau apa pun terjadi Dato Eusoff akan berkahwin dengan Kiesha dalam masa 1 bulan. Kiesha gembira kerana impiannya berkahwin dengan Dato Eusoff. Pejam celik pejam celik hari yang ditunggu tiba. Perasaan berdebar menanti waktu bergelar seorang isteri. Saat Dato Eusoff ingin berjabat tangan dengan kadi , Dato Eusoff mendapat panggilan dari isterinya mengatakan Edora mengelar tangannya cubaan membunuh diri. Dato Eusoff yang terus pergi meninggalkan majlis untuk melihat keadaan Edora yang koma dihospital .
Kiesha kecewa dan marah dengan sikap Dato Eusoff kerana meninggalkan majlis pernikahan mereka. Walaupun dipujuk selepas itu hati Kiesha menjadi keras. Puas bergabung dengan perasaan kecewa , Kiesha keluar mencari ketenangan. Disana Kiesha bertemu dengan Tan sri Emran, seorang duda kaya . Hubungan mereka semakin rapat selepas pertemuan dulu. Tan Sri Emran juga menjanjikan kemewahan lebih dari Dato Eusoff. Dalam keasyikan Kiesha melayari keseronokan bersama Tan Sri satu insiden berlaku di depan kedai Kaef. Seorang lelaki menyerang Kiesha hingga berlakunya kecacatan dimuka Kiesha. Ini semua angkara Dato Eusoff yang terlalu marah pada Kiesha kerana menolak cintanya selepas kejadian majlis pernikahan dibatalkan.
Kiesha tidak boleh menerima kecacatan pada wajahnya. Dia meninggalkan Tan Sri Emran dan menyorok di rumah Kaef. Kehidupan berubah selepas tinggal dirumah Kaef. Dengan adanya Umi dan Khalida Kiesha lebih menerima hidup seadanya. Umi yang menganggap Kiesha sebagai anaknya berharap akan menjadi menantunya. Kaef dipandang dari sudut ke ikhlasan. Kiesha merasakan Kaef adalah penyelamat dan cinta pertamanya.
Melayari cinta bersama Kaef , Kiesha diduga lagi dengan kekilafan semalam. Iskandar menuntut hutangnya 30 ribu dan kaef pula disaman 150,000 kerana meniru rekaan t-shirt sukan. Keadaan Kaef semakin sukar bila pinjaman tidak diluluskan dan Iskandar terus akan mengancam Kaef. Bila keadaan terdesak Kiesha mencuba nasib untuk meminta pertolongan Tan Sri Emran. Pinjaman yang dibuat memerlukan syarat. Syarat yang memaksa dirinya meninggalkan cinta hatinya. Tan Sri Emran menawarkan Kiesha agar menjadi isterinya.
Apa pilihan yang Kiesha ada dengan bersetuju dengan syarat Tan Sri Emran. Demi Kaef , Kiesha berkorban walaupun dia terpaksa cemuhan dari Kaef kerana pentingkan harta keduniaan. Kiesha meminjam 200,000 . Dengan duit itu Kiesha meminta 150,000 membayar saman Kaef , 30,000 membayar hutang Iskandar dan 20,000 lagi membeli barang di kedai peralatan sukan agar ketiadaan Kiesha , kaef akan hidup senang. Kiesha terpaksa membuat Kaef membencinya agar Kiesha mudah keluar dari rumah Kaef. Pelbagai tuduhan dibuat oleh Kaef bila Kiesha berpaling tadah hanya naluri seorang ibu Puan Maryam tahu pasti bersebab Kiesha berubah.
Perkahwinan Kiesha dengan Tan Sri Emran mengecewakan Kaef.Tetapi hubungan Puan maryam dan Khalida sangat rapat. Kiesha turut mengundang Kaef sekeluarga. Oleh kerana Khalida sangat rapat dengan Khiesha , Khalida membongkar rahsia Kiesha siapa yang membayar saman Kaef walaupun yang di hebahkan Syarikat tersebut menarik balik saman. Itu semua tidak benar. Kiesha terpaksa mengaku yang dia berkahwin dengan Tan Sri Emran adalah kerana saman Kaef. Kiesha menyuruh Khalida merahsiakan hal itu tetapi terbongkar juga di telinga Kaef. Kaef kesal dengan tuduhan melulu pada Kiesha.
perkahwinan tanpa cinta adalah satu derita pada Kiesha. Memandangkan Tan Sri Emran sangat sayang pada Kiesha yang mampu menerima anak-anaknya Kiesha dilayan umpama menatang minyak yang penuh. Menguruskan anak-anak kembar Tan Sri Emran , Dani dan Laila menceriakan hidup Kiesha dan dapat melupakan kekecewaan pada awal perkahwinan. Tan Sri Emran bahagia kerna memilih Kiesha sebagai isteri. Tan Sri juga berharap Kiesha akan menjadi mummy pada Dani dan Laila.
Disangka panas hingga ke petang tetai hujan ditengah hari , Tan Sri Emran terlibat dalam kemalangan kapal terbang. Saat Kiesha dapat menerima cinta dari Tan Sri Emran , Tan Sri Emran pergi buat selamanya. Dani dan Laila dalam jagaan Kiesha seperti mana wasiat yang ditinggalkan oleh Tan Sri Emran. 2 tahun berlalu kini Kiesya berjaya dengan fesyen dan butik. Melalui majalah yang Khalida beri pada Puan Maryam tentang kejayaan Kiesha. Kaef mencari Kiesha untuk melamar Kiesha menjadi suri hatinya. Kaef tidak mahu kehilangan Kiesha lagi dan tidak mahu melepaskan peluang untuk kali kedua. Dani dan Laila menerima Kaef sebagai daddy barunya. Memandangkan mereka masih kecik yang memerlukan kasih sayang seorang ayah.
https://eizzara-eizzaty.blogspot.com
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2020 03:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2020 03:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tunan replied at 5-1-2020 03:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2020 03:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
lina21 replied at 5-1-2020 03:39 PM
Check in....
Dah boleh masuk ke nih?
boleh dah.. welcomeeeee hehee |
|
|
|
|
|
|
|
Tunan replied at 5-1-2020 03:43 PM
boleh dah.. welcomeeeee hehee
Tq Kaka tuna bukak rumah chandeliar
Ada lah tempat lepak baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepadan betul ben dgn mimi.
Gambar kat ig ben tu, nampak mimi manja sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-1-2020 03:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ok korang
kita releks lepak sini
rajin2 kan share vid, gamba, story okey...
|
|
|
|
|
|
|
|
Check in...
Gemerlapan chandelier.. |
|
|
|
|
|
|
|
Check in! Wowww cantiknyaaa chandelier rumah ni.. hehehehe thanks kakatuna bukak rumah baru. Excited nak tgk citer ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Tunan replied at 5-1-2020 03:56 PM
ok korang
kita releks lepak sini
rajin2 kan share vid, gamba, story okey...
Ok Kaka tuna, nnt Kita sesama tepek update shooting chandelier ok |
|
|
|
|
|
|
|
Waahhh rumah chandelier. Thanks kaka tuna bukak rumah ni. Boleh la nak joyah update drama ni. Heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
46BlueBerry replied at 5-1-2020 04:08 PM
Waahhh rumah chandelier. Thanks kaka tuna bukak rumah ni. Boleh la nak joyah update drama ni. Hehehe ...
wah rumah candelier dah ada, tentu bertingkat2 ni sbb baru shooying dah ada rumah
tahniak kaka tunan kerana buat rumah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
lina21 replied at 5-1-2020 03:53 PM
Tq Kaka tuna bukak rumah chandeliar
Ada lah tempat lepak baru...
ye lah kepak2 kat sini...bila SD raya bersambung.. baru jengok kat rumah SD nun |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks kakatuna bukak rumah chandelier. Sakit mata tgk meghelip naww hero heroin hari ni
Ben dgn mimi ni kalau berlakon jd kembar pon jadik. Tinggi dgn rambut sama dah. Muka pon ala-ala |
|
|
|
|
|
|
|
Hola semua. Thank you kakatuna buka benang chandelier |
|
|
|
|
|
|
|
Teh_90 replied at 5-1-2020 04:19 PM
ye lah kepak2 kat sini...bila SD raya bersambung.. baru jengok kat rumah SD nun
Gitulah Kan...Kita lepak rmh chandelier dulu sbb drama dah shooting
nnt Ada update SD Raya Kita gi rmh sd |
|
|
|
|
|
|
| |
|