Hutan Lipur Lenggeng merupakan salah satu tempat riadah yang dikenali di Negeri Sembilan. Terletak di Daerah Seremban, kawasan istirehat dengan sungai dan air terjun ini boleh diakses dari Jalanraya Seremban – Kg. Pantai.
Kredit Gambar: hamydy.wordpress.com
Bagi penduduk tempatan, hutan lipur ini bukanlah tempat liburan semata-mata. Banyak kisah dan insiden menyeramkan berlaku di kawasan riadah yang agak terpencil ini.
Menurut seorang peminat paranormal, Rynn, dia pernah datang ke Hutan Lipur Lenggeng pada waktu malam untuk melihat sendiri keunikan kawasan itu dari sudut mistik. Ketika kedatangannya, dia terlihat makhluk seakan pocong tergantung pada sebatang pokok yang agak rendah.
Dia juga mendapati satu daripada tandas yang disediakan untuk orang awam berkunci tanpa sebab dan tiada sesiapa pula di dalamnya. Bau yang sangat busuk seakan bangkai juga dapat dihidu dengan jelas di ruangan sekitar sedangkan setelah diperiksa, Rynn tidak pula terjumpa sebarang haiwan mati di kawasan berhampiran.
Menurut seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Putri, Hutan Lipur Lenggeng dan kawasan sekitarnya memang terkenal sebagai sebuah kawasan yang berpuaka. Pernah suatu ketika, semasa sekumpulan askar berkhemah di tapak perkhemahan di situ, mereka telah diganggu oleh sosok lembaga wanita tanpa kepala.
"Lembaga wanita tanpa kepala tu sebenarnya dikaitkan dengan kejadian rogol dan bunuh yang pernah berlaku di situ," ujar Putri, yang turut mengakui kawasan itu memberikan perasan seram dan meremang walaupun dikunjungi pada waktu siang.
Merujuk kepada seorang YouTuber Paranormal, Faizal Rozi, kehadirannya pada waktu malam untuk membuat rakaman video selama tiga jam memperdengarkan suara wanita mendayu-dayu telah direkodkan di kawasan hadapan sekitar tandas awam.
Menurut seorang blogger, Idan melalui laman blognya, dia pernah tersesat ke Hutan Lipur Lenggeng selepas menghantar anaknya ke Sek. Men. Tuanku Jaafar. Dia sekeluarga pada asalnya berhajat melihat Empangan Hulu Jelebu, namun akhirnya tiba di Hutan Lipur Lenggeng setelah melalui jalan yang agak sunyi dan berliku-liku.
Menurut Idan, walaupun keluarganya tiba di situ pada jam 6 petang, keadaan begitu lengang kerana ketiadaan pengunjung dan suasana begitu menyeramkan. Firasatnya memberi gambaran yang tidak baik mengenai tempat itu dan setelah memandu satu pusingan untuk melihat-lihat kawasan, dia terus keluar kerana anak lelakinya sudah berasa 'tidak sedap hati'.
Kredit Gambar: hamydy.wordpress.com
Melalui pembacaan di internet, barulah Idan mengetahui bahawa di sekitar jalanraya di situ sering berlaku kemalangan, dan tidak kurang juga gangguan-gangguan mistik berlaku kepada pemandu serta pengunjung.
Walaupun Jabatan Hutan Negeri Sembilan telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk surau, tapak perkhemahan, tandas, tempat rehat dan sebagainya, Hutan Lipur Lenggeng terus ditinggal sepi tanpa pengunjung seakan terbiar. Mungkin kerana lokasinya yang agak terpencil, atau mungkin juga auranya begitu kuat membuatkan pengunjung tidak mahu mendekati. - CARI
kat high way pun species ni bersepah
apa lg kat hutan
itulah tempat deme bersuka ria
terigt ms aktiviti panjang gunung kat gunung ledang
juga ms hiking ke bukit broga
igtkan itu manusia rerupanya species yg sajer nak menyakat
mmg hare
Post time 27-12-2019 04:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hutan lipur lenggeng ni banyak org asli.apsal org asli tak cakap pernah kena kacau ke jumpa makhluk halus ke? bukan kat sini je, kat tempat lain sekali sbb org asli kan duduk dlm hutan
Post time 27-12-2019 10:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Geng kami masa skolah dulu penah sesat dalam hutan kat Pertak, KKB dulu. Semalaman tak jumpa jalan keluar.
Berkumpul kami ramai2 kat area air terjun.
Time tu, tak sempat nak rasa seram.. Sebab semua lapar dan penat.
Bila igt2 balik... Baca title thread ni.. Tiber nak seram pulak..
Post time 28-12-2019 08:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2019 10:46 PM
Salah satu sebab sy x suka jln jauh mlm2..hahahaha
Bkn aje mlm2 Sarah awal pg seblm subuh pun deme bergentayangan, terigt ms akak otw ke kuantan awal pg dgn arwah suami, blh plk cik pon tu dok bertenggek kat side mirror
Post time 29-12-2019 12:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
keh keh keh
wa nak gelak pun ada baca ini cerita..
memperbesarkan perkara sahaja mereka ini..
7 tahun sudah ulang alik ini jalan..
ironinya..paling hebat wa jumpa seekor tapir ditepi jalan di siang hari..
waktu malam lansung tak jumpa apa apa..kecuali 2 malam lepas..pukul 2 pagi..
adalah nampak seekor burung hantu besar terbang dari tepi jalan..
hebatnya jalan ini..lu lalu pukul 8 malam kah..pukul 10 malam kah..pukul 2 pagi kah..pukul 4 pagi kah..suasananya sama sahaja..
tetap lu sorang sorang sahaja yg lalu..
dlm tahun 2016 kaka naik broga dgn bbrp kawan
kami ada kat sana awal pg, dlm pkl 5 lbh camtu
disbbkan kami yg pompuan ni semua piyed maka kami dah start dulu
yg lelaki tunggu utk solat dulu br naik
so ms nak naik tu kaka dah get ready dgn sebtg kayu sbb nak senang kot rs terhuyung hayang cam last panjat tu
waalu blm pkl 6 pg tp dah ramai gak yg naik
ms dekat nk azan subuh tu ada kain putih mengibar2 kat tepi kaka
so kaka ni dok tepis, makin ditepis makin ler bendalah tu ghairah mengibo
bengang kaka mrh dan ckp, "ko memain ek dgn aku, kang kejap lg azan mmg hanguslah ko kat situ"
x lama lps tu dia gie lalu bebtul kat depan muka kaka
nsb baik kaka x terjatuh, hah ms tu mmg kaka bebetul maki dan mencarut
semua perkataan keluar
kwn2 kaka semua mrh kat kaka sbb deme kata mulut kaka celupar, yealah kan kami tgh piyed
then ada sorg uncle ni kata, itu pontianak ke
dan kami cam, terus tepuk dahi
suasana gelap tu klu x ramai org mmg cam seram gak kat broga tu
tp sbb ramai org so mmg xde apa
cuma cik ponti tu x beragak nk usik, org tgh ramai dan hampir nk msk waktu subuh dia leh lak sakat camtu
Post time 31-12-2019 01:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Each time nak balik kg kat Jelebu mesti lalu hutan lipur lenggeng ni..siang atau malam..Alhamdulillah takde gangguan apa2...cuma kalau sorang2 tu seram terserempak dgn orang jahat...tapi berpuluh2 tahun lalu sini Alhamdulillah aman2 jer...bukan iol sorang..my family & friends pun ikut jalan ni jugak..xde misteri nusantara mana pun..kat dalam hutan tu ada orang asli duduk dlm tu..kadang2 dorang meniaga petai & madu kat tepi jalan...
Post time 31-12-2019 08:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
takayama replied at 31-12-2019 01:09 PM
dlm tahun 2016 kaka naik broga dgn bbrp kawan
kami ada kat sana awal pg, dlm pkl 5 lbh camtu
dis ...
hari chu ....
i hiking dengan mantan laki i, abang jalil JKR kat gunung Angsi.masa chu weols tiba pada altitude 700 meter dari aras laut.i like teruja sangat2 lantas mencium periuk kera, selfie atas bunga pakma, petik tiger balm leaf sapu2 kat celah pelipat ex laki i, kacau monyet tengah mengawan, buruk2 kan ghimau belang depan beruang matahari dan selak2 katalog avon (last page) kat atas sana.
suddenly syushta i tersadar ex i tu hilang, i dah nebes lalu my armpits kebasahan.merata2 i cari abang jalil i.and u know what .... i jumpa abang jalil bawah pokok neobalanocarpus heimii, dia sedang enak dibuai mimpi di dalam dakapan hantu kopek kelas F.i was like mengucap panjanglah kan .... i kan islam syushta.hantu kopek tu ketawa mengilai sambil jari dia tunjuk kat dada i.
i panas syushta, i pungut lima ketul batu hutan, i recalled petua moyang i.kalau terserempak hantu kopek, baling batu kat kopek kiri dia diikuti satu bacaan mantera madura:
doko kaaaa
niiii hisomu bikkuri niiii aitai karaaa
cha la head cha laaaa ....
i pun baling sekuat2 hati syushta, satu batu je kena hantu kopek berikut.4 batu lagi kena abang jalil.
sampai sekarang abang jalil kena batu, sebab tu i ceraikan dia.jantan tagunaaaaaa!!!i is kenot lah bila flash back cerita2 sedih like this.rasa tonyok sesangat.