View: 16701|Reply: 28
|
Ilmu hikmat/hikmah & kisah
[Copy link]
|
|
Salam sebelum memulakan,saya hanyalah perantara sahaja,bukan empunya segala penulisan yang saya paparkan disini...setelah dapat izin dari tuan empunya blog untuk sharekan.. Saya hanya pilih random apa yang berkaitan.. Credit kepada blog "tokuban78"...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:07 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Perhatian kepada pembaca yang budiman….
Ilmu-ilmu hikmat yang terpapar dalam blog ini adalah ilmu yang saya tuntut dan pelajari dengan ramai tok-tok guru. Dan kesemua ilmu yang saya terima itu telah saya tapis dan halusi dengan merujuk kepada beberapa orang alim yang ahli dalam bidang agama, ilmu hikmat dan kerohanian. Juga saya merujuk kepada kitab-kitab muktabar ilmu kerohanian samaada kitab jawi atau arab dan juga kepada orang-orang tua yang mempunyai ijazah yang sah daripada alim ulama terdahulu. Mana-mana Ilmu Hikmat yang dibenarkan syara’ untuk mengamalkanya maka saya terima dengan suka hati . Jika ada yang bertentangan dengan agama, cepat-cepat saya ketepikan supaya kelak dapat dijadikan sebagai sempadan. Jikalau ada pembaca yang merasa was-was dengan apa yang saya sajikankan di dalam blog ini, maka tidak ada paksaan untuk menerima dan mempercayainya, terpulanglah pada diri masing-masing. Saya rasa tak sesuai kita nak berdebat dan berkeras keng dalam ilmu-ilmu begini. Jika rasa tak berselera nak makan, maka janganlah dihina-hina makanan tersebut, carilah makanan yang kena dengan selera sendiri..bak kata ‘ lain padang , lain belalangnya. lapangkanlah dada. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rahsia Ilmu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ketahuilah wahai sekelian saudaraku, bahwa Segala ilmu hikmat, amalan, solawat, doa, hizib dan petua yang saya paparkan dalam blog ini adalah sebahagian daripada koleksi ilmu-ilmu yang ada di sekeliling masyarakat melayu. Umumnya hanyalah untuk rujukan dan saling bertukar pendapat di kalangan para pembaca sahaja bukan untuk diamalkan secara langsung kerana ada di antara ilmu yang dipaparkan perlu berguru dan berijazah.
Blog ini sengaja saya wujudkan kerana terfikir, apalah gunanya disimpan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang saya miliki ini sehingga dibawa mati, rasanya lebih baik disebarkan untuk manafaat dan faedah bersama, kerana saya percaya ramai orang yang mencarinya tapi tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya. Untuk makluman pembaca tidak kesemua ilmu yang ada dalam blog ini dapat saya ijazahkan secara online, ada sebahagiannya perlu berijazah dengan cara bersemuka atau bertalaqi dan musyafahah. Kerana begitulah adab orang menuntut ilmu, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan mengorbankan banyak wang ringgit demi untuk mendapatkan sepatah ilmu dari mulut guru. Yang pastinya, ilmu yang diperolehi dengan cara bersemuka dengan guru adalah lebih baik, jelas, faham, terperinci dan ada keberkatannya berbanding dengan cara membaca buku dan melalui internet. Oleh itu di mana ada guru, di situ ada ilmu, carilah dia kerana nikmat ilmu yang kita dapat itu tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit dan harta dunia. Dan jangan pula tersalah pilih guru, besar sekali akibatnya. Carilah guru yang dapat meminpin kita dalam mencari reda Allah Taala di dunia dan akhirat.
Ada pula sebahagian ilmu, saya tidak jelaskan secara terperinci kerana menjaga kerahsiaan ilmu. Kerana sudah maklum di zaman sekarang, ilmu-ilmu sebegini selalu menjadi mangsa kontroversi dan dituduh dengan pelbagai tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Kerahsiaan ilmu terpaksa ditutup kerana mengelakkan fitnah yang lebih besar. Begitulah resam tok-tok guru, mereka lebih rela rahsia itu berkubur di dada dari menjadi fitnah besar yang boleh menjejaskan rahsia ketuhanan. Guru-guru ini hanya akan membuka kerahsiaan ilmunya apabila ada murid yang benar-benar layak untuk menerimanya. Itupun dalam majlis yang hanya dihadiri oleh empat biji mata sahaja. Begitulah tegasnya guru-guru tua menjaga rahsia ilmu. Tidak diturunkan pada sebarangan orang. Mana mungkin rantai emas yang bertatahkan berlian dikalungkan pada leher khinzir…fakir-fikirkan.
Segala maklumat yang ada dalam blog ini, persilakanlah para pembaca menyambut dan menerimanya dengan menaruh sepenuh kepercayaan hanya kepada Allah Taala. Dengan niat yang tulus suci, mudah-mudahan mendapat keberkatan dan keredaaan Allah Taala yang maha luas rahmatNya. Kepada pembaca yang tidak suka atau anti kepada maklumat yang dipaparkan, terpulanglah..mungkin anda belum dipilih atau tidak terpilih untuk mendapat kemuliaan dan kelebihan ilmu Allah Taala ini. Beramal dengan khasiat ayat Al-Quran, doa, selawat bukanlah perkara bidaah yang sesat dan membawa syirik seperti yang dituduh oleh setengah golongan yang mana golongan ini adalah saudara seagama kita sendiri. Insya’ Allah jikalau ada sedikit kesabaran Allah taala akan membuka pintu hati kita semua. Bak kata Hukama’ :
Maksudnya:
Hendaklah kamu belajar sebelum kamu mengkritik dan menyerang orang lain, kerana demikian itu adalah lebih berfaedah dan lebih selamat. Kamu telah mengetahui sesuatu, tetapi masih banyak lagi perkara yang kamu belum ketahui.
Harap penerangan yang ringkas ini dapat menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat dari penularan ilmu hikmah yang saya paparkan. Segala kelemahan saya mohon maaf dan kepada Allah jualah saya memohon keampunan dan perlindungan. Wassalamualaikum |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
PANTANG YANG SELALU DIPANDANG REMEH
Ketika dalam proses mengamalkan amalan ilmu hikmat atau riadhah, ada satu pantang larang yang selalu dilupakan dan dipandang remeh oleh si pengamal. Hal seperti ini banyak juga berlaku dikalangan rakan-rakan saya sendiri. Adakalanya ilmu yang diamalkan itu cepat menjadi dan ada pula sebaliknya. Untuk memastikan ilmu yang dituntut itu cepat mujarab, maka banyaklah adab, peraturan dan syarat-syarat yang mesti dijaga dengan ketat.
Hari ini suka saya kongsikan satu pantang yang selalu dilupakan dan diremehkan oleh para pengamal yang kadang-kadang mereka tidak menyedarinya. yaitu kata-kata “aku dah amalkan ilmu ni tapi tak menjadi”, atau “kalau aku amal ilmu ni belum tentu menjadi” atau yang seumpamanya. perkataan ini adalah pantang yang tidak boleh dilafazkan sebelum atau selepas amalan dilakukan. Syeikh Ali Albuni rahimahullah ada menitipkan pesanan di dalam Syamsyul maarifil kubra dengan katanya (lebih kurang maksudnya) :” beringat-ingatlah kamu dari berkata amalan ini menjadi atau tidak, jika kamu berkata demikian, maka amalan itu tidak akan menjadi sampai bila-bila”. wallahua’lam.
Oleh itu sama-sama kita berhati-hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
ALKISAH SEORANG KAYA RAYA
Ada seorang usahawan yang telah insaf pernah berkata : ‘ dahulu semasa perniagaanku maju, semasa wang dan keuntungan masih senang dicari, langsung tidak terlintas dihatiku untuk menyediakan sebahagian daripada hartaku ke jalan Allah.
Tapi setelah perniagaanku merosot dan hampir merudum, kerugiaan pula mengatasi keuntungan…maka barulah timbul rasa sesal dan insaf dalam diriku. Allah boleh ambil bila2 masa sahaja apa yang dipinjamkan jika tidak bersyukur…terdetik dalam hatiku di saat itu, kalaulah perniagaanku maju seperti dahulu, tentu lebih banyak aku infaqkan hartaku kejalan Allah’.
Ingat wahai semua kawan-kawanku semua. Bahawa amal ibadah itu bukanlah bergantung kepada kekayaan, tetapi ianya bergantung kepada hati kita. Kerana ramai kita lihat orang yang kaya raya, akan tetapi amal ibadatnya itu tidak sama berat timbangannya dengan harta kekayaannya.
Tetapi kalau kita lihat, di sana ada pula orang yang kerjanya hanya menjual burger, mee celup, goreng pisang dll di tepi-tepi jalan. Amal ibadat mereka jauh lebih hebat dan berlipat ganda dari kemampuan yang ada pada orang yang lebih kaya.
Ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sikap kita, jika kita sendiri yang tak mahu berubah. Jika kita orang kaya, maka jadilah orang kaya yang bertakwa dan tahu bersyukur. Jika kita diuji dengan kemiskinan maka jadilah orang miskin yang bertakwa, sabar dan bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
HIKMAT SULIT MELAYU : SENI KERAMAT SENJATA FAQIR
“AKRIAKATIN” – “AKLAMKATIN” – “AKROKARUKIN”
Bismillahirrahmanirrahim – Jika disebut hikmat atau ilmu senjata faqir ianya adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi dikalangan peminat ilmu hikmat.Kalau pada zaman dahulu ia adalah merupakan pakaian rahsia bagi alim ulama, raja, panglima, pendekar dan orang besar2. Bahkan boleh dikatakan tiada ditangan orang awam. Tapi kalau dizaman sekarang ni entahlah saya sendiri pun susah nak jawab. Hanya yang memilikinya sahaja yang dapat jawab.
Rata-rata orang mencarinya. Tapi amat sukar ditemui. Jikalau dapat ditemui sekalipun belum tentu dia layak dan dapat memilikinya. Kenapa amat sukar ditemui? Kenapa guru tua amat merahsiakannya? Jawapan untuk persoalan ini tentulah sukar juga untuk dijawab. Mungkin ada dikalangan pembaca yang sudah dapat meneka jawapannya. Intan berlian bukanlah permainan untuk kanak-kanak atau barang pemberian kepada sufaha dan juhala’.
Ilmu ini juga diketahui mempunyai pelbagai nama dan pelbagai versi mengikut tujuan dan khasiatnya. Seperti nama kipas lanun, doa syatit, kipas nandong, senjata fakir 3 beradik, kipas nandong dalam senandong, anak panah berangkai, qulhu pembinasa, pedang seri sakti, lembing berantai dan lain-lain lagi. Ada seorang guru tua yang sempat saya temui mengatakan bahawa senjata faqir ada kelas-kelasnya. katanya lagi kalau yang kelas A, mangsanya akan terus tumbang menemui ajal ( dgn izin Allah), jika yang kelas B, boleh membawa maut tapi lambat sedikit, kalau yang kelas C pula kesannya teruk juga tapi lambat laun membawa maut. Bacaannya atau ayat-ayatnya pula ada yang berbentuk mentera dan juga terdiri dari gabungan doa dan ayat alquran.
Penangan senjata faqir sangat berbahaya jika tidak segera diubati. Biasanya boleh membawa maut. Sebab itulah ada pesanan dari para ulama supaya berhati-hati menggunakannya. Seperti pesanan dari syeikh Ahmad Addairobi dengan katanya ‘barangsiapa yang membunuh dengan doanya , maka samalah seperti dia membunuh dengan pedangnya’ besar sekali dosanya membunuh orang dengan tanpa hak. Dan lagi seperti pesanan Syeikh Ahmad B ali Albuni, ‘takutlah kamu kepada Allah dan jadilah pemaaf’.
Pernah juga beberapa kali saya bertanyakan perihal ilmu senjata faqir ini kepada orang-orang tua yang saya temui. Rata-ratanya menjawab “ambo ado terima ilmu tu, tapi tak amal…takut saloh guna..berdoso besar tak padan nak tanggung”. Nah begitu cermatnya orang-orang tua kita, patut benar mereka ini kita contohi.
Ada satu versi senjata faqir purba yang saya temui dari seorang tua yang tinggal disempadan negeri Kelantan-Thai yang kini adalah salah seorang guru saya. Beliau diketahui orang ada menyimpan banyak ilmu kebatinan, tetapi sifatnya cukup lemah lembut dan tawaduk.Dia sedikit terkejut bila saya nyatakan hajat ingin menuntut ilmu senjata faqir dengannya. Setelah diam sejenak, dia mula bersuara..”belah mano ambo nak bui ilmu ni ko awe..sebab senjata faqir ni penamat ilmu ambo”.Hajat saya tidak dia hampakan. Setelah sekian tahun berulang alik berguru dengannya, barulah saya di beri ijazah hikmat ini.. Ayatnya berbentuk seperti satu susunan syair melayu kuno yang terkandung beberapa patah perkataan yg amat sukar difahami. Sebagai satu contoh :
“ la ilaha illallah, aku memakai isyarat senjata faqir yang keramat”
Tak dapatlah saya dedahkan semuanya disini kerana sudah resminya ilmu rahsia, hanya sekadar untuk berbual dan berkogsi maklumat pandangan dgn pembaca shj. klu ada hajat dihati datanglah brjumpa dengan saya atau carilah mana2 guru untuk menuntut ilmu. kerana sudah sifatnya ilmu itu adalah didatangi bukan mendatang. kalau hendakkan air, bawalah timba dan carilah periginya. Sama-sama kita penuhkan ilmu di dada. Burulah apa sahaja ilmu yang bermanafaat tak kira dimana tempatnya dan bila sahaja waktunya. Bila ada sahaja peluang dan bertemu dengan ilmu yang kita hajati terus zasss! Yang selebihnya lagi Wallahu a’lam bissowab. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
SYAHADAH TOKKU PALOH…
Ada dikalangan pengunjung blog ini yang bertanyakan tentang syahadah tokku paloh. Tergerak hati saya untuk mencarinya kot2 ada tertera pada lembaran kitab dalam almari agar dapat ditatap dan dibaca oleh saudara yang berhajat. Saya sendiri tidak pernah menerima dan mempelajarinya. Dan saya tidak dapat memastikan adakah paparan di bawah ini Syahadah Tokku Paloh. Jika ianya benar, maka tolong sahkan. Setelah saya belek sebuah kitab lama yang ada dalam simpanan, terbaca pula satu tajuk yang tertera di atasnya “dua kalimat syahadah” terjemahan Al-Sayyid Muhammad Bin Zainal Abidin Al-Idrus Tokku Tuan Besar Terengganu. Saya mengagak bahawa inilah yang sebut orang sebagai syahadah Tokku Paloh. Wallahua’lam. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:41 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebiji Mutiara dari – KITAB TAJUK MULUK
Kitab ini adalah salah satu dari buah tangan para ulama zaman dahulu. Emm..Beberapa hari yang lepas saya ada menelaah kitab jawi tua ‘Tajul Muluk’ ini. Banyak sekali maklumat yang berkaitan dengan ilmu perubatan, hikmat, falak dan petua melayu lama terkarang di dalamnya. Ramai orang-orang di luar sana menuduh kitab ini sesat. Bagi saya, si penuduh itulah yang sebenarnya sesat. Orang yang kata kitab ni sesat tu saya tak pastilah pandai ke tidak dia baca kitab jawi tua. Saya sendiri yang hampir 12 tahun belajar memondok, pun masih ada perkataan jawi lama dari Kitab Tajul Muluk yang saya tak faham. Ada satu petua menarik yang hendak saya kongsikan di sini untuk manfaat kita bersama. Ikutilah petikan dari kitab tersebut dan selamat mencuba :- |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
SENI KERAMAT SENJATA FAQIR 2 – bila beli ibu kunci, jangan lupa anak kuncinya pula.
Oleh kerana tajuk ini hangat dibincangkan, jadi ambonya pada malam ini rasa nak sambunglah sedikit lagi maklumat yang ambo tahu berkaitan tajuk di atas. Dengan harapan makin bertambahlah pengetahuan kita semua dalam
usaha menggali, memelihara dan menghidupkan kembali khazanah para ulama, pahlawan, pendekar dan ilmuan melayu.
Hangat dibicarakan bererti ramailah peminat dan pemburu ilmu ini, dan tak kurang juga yang tahu dan memilikinya. Ilmu warisan yang terpelihara ini memiliki identitinya yang tersendiri, di sana kita lihat ilmu ini ada pelbagai jenis dan versi serta untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Tapi yang famousnya, ilmu ini digunakan untuk mengena dan membinasakan musuh yang zalim. Akan tetapi yang pastinya ilmu ini sukar dimiliki walaupun ramai orang yang tahu. Tak kurang juga yang mendabik dada dan menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa dirinya itu bersenjata faqir. Tuan-tuan, tahu itu tidak bererti dia memiliki. Ramai yang mendakwa dia menyimpan dan tahu ilmu senjata faqir, tapi tak bererti dia “memilikinya”. Kenapa? Sudah hamba katakan ia adalah satu ilmu yang sukar untuk dimiliki dan dikuasai.
Dan ianya amat tidak ngam jika dimiliki oleh orang yang suka mendabik dada dan kerap berkokok dan bertelur dikedai2 kopi. Kita semua tahu bahawa tradisi pengijazahan ilmu ini amat ketat dan hanya diturunkan kepada murid yang terpilih dan mendapat kepercayaan dari sang guru. Ada juga yang jadi pencuri, yaitu mengamalkan ilmu ini tanpa ijazah dan izin dari sang guru. Kebiasaanya ilmu yang diamalkan si pencuri itu tadi tak menjadi, kerana proses kemenjadian ilmu itu ada hubung kaitnya dengan ijazah. Setahu ambo ghalibnya ilmu yang ada kaitan dengan iblis sahaja yang cepat menjadi jika takde ijazah, wallahu a’lam.Yang paling ditakuti dia akan diserang oleh virus Gila isim.
Sudah agak panjang ambo membebel, fokus ambo pada kali ini adalah berkenaan hikmat untuk memerisai diri dari menjadi mangsa sasaran jurus senjata faqir. Sebagaimana yang difahami dari Sabda Junjungan SAW, sebagaimana doa kita untuk membinasakan musuh dimustajabkan, begitu juga akan dimustajabkan juga doa orang lain ke atas kita. Jika ada pedang maka ada perisainya, walau sehebatmana pun ilmu senjata faqir yang kita canangkan itu, tetap ada penangkisnya. Disana para ulama telahpun menyediakan perisai khas untuk menangkis bedilan senjata faqir, bahkan bedilan itu akan melantun dan pulang semula kepada si pembedil. Kerana sudah maklum bahawa dikalangan manusia ini ada orang baik juga ada yang jahat, kot ilmu ini ada pada tangan orang yang jahat, maka disasarkannya sesuka hati, besar balanya.
Sebelum kita disasarkan, ada baiknya kita menyediakan payung sebelum hujan. Sebab itulah orang-orang tua selalu berpesan, belajar ilmu biarlah sampai khatam. Beli ibu kunci jangan lupa minta anak kuncinya. Disamping kita menerima dan mengamalkan ilmu senjata faqir ini, janganlah lupa untuk memohon kepada sang guru akan ilmu penangkisnya pula. Kelalaian kita akan menyebabkan kerugian.
Dengan adanya ilmu penangkis ini, bukan sahaja hantaran senjata faqir dapat kita patahkan, bahkan hantaran lain seperti santau, sihir, ilmu hitam dll dapat kita tepis dan hantar balik kepada tuannya. bila barang hantaran itu dipulangkan balik, bererti kebinasaan dan kecelakaan bakal menimpa. Ya tuan2, dengan itu ilmu senjata faqir ini tak boleh sebarangan diguna. kesilapan dalam mengguna dan membuat keputusan bakal mengundang padah yang amat bahaya. Di akhirat nanti kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan (membunuh tanpa hak).
kenapa perlu dipulangkan balik hantaran itu? susah juga ambo nak jawab. Biasanya jika sasaran yang dituju itu kebal dan berperisai maka tempiasnya akan kena kepada orang yang paling hamper dengan kita, terutamanya anak-anak dan isteri yang tercinta. Emm susah hati kita dibuatnya. kalau isteri sakit tak berasap la dapur ter..haha. Sama-sama kita berhati-hati.
Pesanan buat diri saya dan para pembaca semua, satu lagi hal yang selalu kita buat-buat lupa. Samaada kita betul-betul lupa atau sengaja buat lupa. Yaitu apabila kita ditunjukkan suatu rahsia ketuhanan atau berlaku sesuatu yang pelik dan aneh sewaktu kita beramal atau diluar waktu beramal, maka jagalah seketat-ketatnya amanah yang ditunjukkan itu. Jangan sesekali mendedahkannya kepada sesiapa pun kecuali kepada guru kita sahaja. Tak usahlah dipecahkan rahsia itu kepada orang ramai, teman rapat kat kedai kopi, fesbuk, blog dan lain-lain. Kerana pendedahan itu akan mengundang pelbagai fitnah dan masalah kepada diri kita sendiri. Dalam masa yg sama bibit-bibit ujub, sum’ah dan takbur dah mula menyubur dalam hati. Jadilah kita semua orang yang amanah dalam menjaga rahsianya. Otak, perbuatan, percakapan dan tulisan kita janganlah sentiasa menggambarkan kemistikan diri. Sama-sama kita jadi insan biasa yang normal. – maafkan ambo jika pembaca terasa pedasnya, tapi terpaksa juga ambo sebutkan disini, kerana ramai sangat para pengamal baru diluar sana yang suka menjaja cerita kehebatan diri kesana dan kemari
"Gambar sekadar hiasan" |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
PEWARIS MELAYU
Seorang ‘melayu’ itu tidak harus meninggalkan ilmu lama warisan kemelayuannya, apatah lagi Agamanya..berilah kepada ilmu warisan ini nafas yang baru lagi segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan dipesongkan dan agar tiada lagi ‘jin belaan’ yang akan di gendong dan tiada lagi nafsu serakah yang akan dipertuankan.
Dia juga tidak harus meninggalkan doa untuk moyangnya, kerana mereka adalah orang yang baik-baik. Walaupun mereka sudah lama pergi, akan tetapi mereka tidak lupa untuk menitipkan khazanah ilmu yang amat berharga kepada anak cucunya.. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.
"gambar sekadar hiasan"
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
kepada semua pembaca yang budiman, sekali lagi saya ingatkan, Segala maklumat yang saya paparkan dalam blog ini hanyalah sebagai koleksi ilmu-ilmu hikmah orang melayu. Kesemuanya hanyalah sebagai rujukan dan perkongsian maklumat sahaja dan bukan untuk di amalkan secara langsung . Jikalau tuan-tuan berminat untuk menjadikannya sebagai amalan, mestilah mengadap guru terlebih dahulu. Di mana guru berada? Hendaklah berusaha dan cari sendiri dan pandai-pandailah ambil hati guru. Ada sebahagiannya pula tidak saya terangkan secara terperinci kerana menjaga kerahsiaan ilmu. Kerahsiaan ilmu ini adalah antara adab-adab yang perlu dijaga oleh seseorang pengamal ilmu hikmah kerana kalau diterangkan secara terperinci mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik kepada pembaca yang mengamal tanpa ijazah seorang guru. sekian dimaklumkan… |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2019 10:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Malam nanti saya sambung balik thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
panjangnya tak ada masa lah nak baca. takde sinopsis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
haha alamak..malas la pulak nak buat video
|
|
|
|
|
|
|
|
HIKMAT : PAGAR GHAIB 4 WILAYAH
Ilmu pagar memagar ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Sebelum membaca Alquran pun kita disuruh memagar dahulu. Yaitu dengan membaca istiazah, memohon perlindungan kepada Allah Taala dari gangguan syaitan yang direjam. Kerana urusan menjaga amanah ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Musuh-musuh dari kalangan manusia dan jin akan sentiasa menggangu kelancaran urusan kita dan seterusnya mengagalkannya. Kegagalan itu adalah merupakan satu kejayaan bagi pihak musuh. Oleh itu, sambutlah saranan daripada agama kita agar sentiasa memagar diri dengan berlindung kepada Alla Taala dari syaitan yang direjam. Kerana asal usul kejahatan itu semuanya datang dari syaitan dan talibarutnya nafsu yang jahat. Kekuatan yang kita ada ini semuanya terbatas, maka tawakal lah kepada Allah adalah sebaik-baiknya. Allah Taala adalah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Sebelum memagar benda-benda lain, maka ada baiknya ‘diri sendiri’ dahulu dipagar. Jangan sampai terjadi seperti kepala keretapi yang jatuh kedalam gaung, maka sudah tentulah gerabaknya juga ikut sama ke dalam gaung.
Dikalangan orang melayu dulu-dulu ada berlaku pengamalan terhadap ilmu pagar@benteng diri. Ilmu ini sangat dititik beratkan pengamalannya. Sehinggakan si ayah akan sentiasa memesan dan mengingatkan anak-anaknya agar sentiasa mengamalkan ilmu pagar diri setiap kali selepas waktu solat. Terutamanya kepada anak2 perempuan yang diketahui berjiwa lemah dan selalu terdedah kepada pelbagai gangguan dan ancaman jenayah.
Ilmu pagar diri ini ada yang bersifat khusus, yaitu sekadar melindungi pengamalnya sahaja. Dan ada pula yang bersifat global yaitu melindungi semua yang berada dibawah jagaan kita seperti keluarga, harta benda dan sebagainya. Ilmu ini biasanya akan memberi tindakbalas kawalan bila berlaku pengamalannya. Mudah katanya, kalau tak amal maka tak ada lah pagar kawalan tu. Seperti halnya bateri henpon yang kalau tidak dicas, maka kuasanya akan berkurangan dan seterusnya habis. Begitulah resmi pengamalan ilmu pagar ini, mesti sentiasa dicas barulah powernya sentiasa hidup dan mengawal.
Ilmu pagar diri yang wujud di alam melayu ada pelbagai versi. Ada yang versi jampi mentera dan juga versi dari doa dan ayat-ayat Alquran. Dalam hal ini kita mestilah bijak memilihnya. Mana yang bertentangan dengan ajaran agama maka hendaklah dijauhi. Apa2 pun, versi dari ayat Alquran adalah yang terbaik dan terkuat.
Versi jampi mentera sebagai contohnya doa “malaikat empat”, yang agak masyhur pengamalannya dikalangan orang tua melayu. Petikannya seperti berikut :
Kun fayakun sekelian kun kata Allah,
Umat Muhammad kan diri aku,
Jibrail di kanan ku..
………bla bla bla.
Apa yang hendak saya ketengahkan dalam posting kali ini adalah ilmu pagar diri yang berasaskan ayat Alquran dan bersumberkan Hadis Nabi SAW. Ilmu yang bersumberkan Alquran adalah lebih utama kita pilih dan amalkan berbanding selainnya. Kerana ianya sama sekali tidak mengandungi keraguan. Ringkasnya di dalam Alquran alkarim, ada mengandungi 4 ayat utama dari empat surat yang boleh dijadikan sebagai penghijab atau pemagar diri. Yaitu dari surah Al-an’am, An-nahli, Al-kahfi dan Al-jathiah. Ayat2 ini memang telah dikhususkan untuk pelindung diri. Besar sekali manfaat dan rahsia. Ibarat kata, pengamalnya boleh pergi kemana sahaja tanpa rasa takut dan khuatir.Insyaallah selamat di dalam pengawasan Allah Taala.
4 ayat tersebut dipanggil dengan pelbagai nama mengikut daerah dan negeri. Ada yang menyebutnya ‘pagar Ghaib’, ‘kota ghaib’ dan sebagainya. Soal nama itu terpulanglah kepada diri masing2. Apa yang penting adalah berlaku pengamalan ilmu tersebut secara berdisiplin dan berterusan serta menerimanya secara berijazah dari Sang Guru. Wallahu a’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
ALKESAH : ISIM SI BUYONG
Bulan lepas ambo sempat menziarahi salah seorang dari Tok Guru ambo. Walaupun tetamu yang datang kerumah usangnya itu bertali arus, membawa pelbagai hajat dan masalaah. Ambo tetap mendapat layanan yang baik dari beliau. Melihat senyuman wajahnya yang terpampang dimuka pintu menyambut kehadiran ambo sudah cukup membuahkan perasaan tenang dan bahagia di dalam hati. Terubat sedikit kerinduan kepada Sang Guru. Kadang dijamunya makan nasi dengan lauk dan ulam kampong. Hidangan itu Nampak biasa2 sahaja, tapi nikmatnya luar biasa. Sebab makan sehidangan dengan Sang Guru lah. Walaupun pun dah hampir kekenyangan, belum sempat dipelawa ambo dah tambah lagi nasi. Sebab terkenangkan kisah Imam Syafie Rahimahullah Taala, yang makan agak banyak makanan yang dihidangan oleh Imam malik Rahimahullah Taala. Kerana baginya, hidangan orang yang pemurah itu akan menjadi suatu penawar buat dirinya.
Sambil berbual dan bertanya itu dan ini, dihidangnya pula tea ‘o’ dan beberapa keping biskut tawar. Nampak gayanya perbualan ber’isi’ akan terus dipanjangkan. Jam dinding dah dekat pukul 11.30 malam. Setelah ambo nyatakan hajat. Beliau pun masuk ke dalam bilik penyimpanannya mencari sesuatu. Kemudian keluar dengan membawa sebiji buyong lama yang teramat kusam. Hati agak sedikit terkejut, kerana hajatnya nakkan buyong yang biasa2 sahaja. Ini diberi pula buyong milik peribadinya Alhamdulillah wassyukru Lillah. Rasa sedikit berdebar bila buyong itu di jamah dan di usap2. Ada power barangkalinya, hati sekadar meneka.
Jam dah pukul 12.00 tengah malam. buyong itu ambo bungkus dan letak dalam raga motosikal kapcai Yamaha lc 135. Sewaktu perjalanan pulang meredah kegelapan malam, fikiran sedikit mengelamun. Debaran kembali berdup dup. Kerana buyong pemberian Tok Sidi itu mula nak bertegur sapa dengan ambo. Diberinya salam perkenalan ‘ting’ dan ‘ting’ dan ‘ting’. Bunyi seperti sudu besi berlaga. Ambo berdiam diri sahaja, sebab tak memahami bahasa sibuyong itu. Zikir ‘ting’ ‘ting’ itu berterusan sehinggalah ambo sampai kerumah. Ia pun diamlah sediam diamnya. Alhamdulillah. Setelah 3 malam berendamkan air asam jawa dan disental segala mala dakinya, maka barulah berubah dan berseri wajahnya si buyong ini.
Pesan Sidi Guru, Isim buyong ini jangan dibuat main-main kerna boleh membawa umur. Wallahua’lam |
|
|
|
|
|
|
|
EDISI AHLI JILSAH : KERAMAT 7 PETALA
Hizib Keramat Kota 7 petala ini adalah merupakan salah satu khazanah berharga yang telah dipusakakan oleh Sayyidul Kaunaini Almusthofa Rasulullah saw. Juga masyhur pengamalannya dikalangan para Ulama. Hizib ini mengandungi banyak rahsia, hikmat, kesaktian dan khasiat yang tersembunyi. Semakin lama mujahadah dan pengamalan doa ini dilakukan, maka sedikit demi sedikit akan terbuka pintu rahsianya. Maka kelak dapatlah kita lihat dan rasa rahsia-rahsianya itu. Dengan syarat amalan itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta dengan niat yang ikhlas dan sabar serta mematuhi disiplin, syarat dan petua yang telah ditetapkan oleh Sang Guru. Sepanjang pengamalan doa ini, banyak sekali aura positif yang muncul dalam diri saya. Terutama dalam masa kesusahan dan ketakutan. Malah ada salah seorang dari kalangan tokoh ulama Kelantan menyifatkan ayat ini sebagai “Lesen Hidup”, kerana pengamal ayat ini akan dikurniakan umur yang panjang, dan pula diberi alamat bila tiba saat kematiannya, wallahua’lam.
Sudah tentu kita semua berminat dan ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsianya. Paling kurang ‘tahu’ itu akan menjadi pembakar semangat untuk kita mengamalkan amalan ini. Secoret khasiat doa 7 petala yang sempat saya zahirkan dari kitab tua “Khazinatul Asrar” karangan Syeikh Muhammad Haqqi Annazili Rahimahullah Taala, adalah seperti yang tersebut di bawah. Khasiat ini hanya akan diraih oleh orang yang sabar dan istiqamah mengamalkannya. ‘barangsiapa yang sentiasa membacanya sebanyak 7 kali selepas solat 5 waktu, maka :
1- Allah Taala akan melindunginya dari sekelian mara bahaya, musuh, binatang buas, sihir, santau, gangguan jin dan lain-lain.
2- Jika dia seorang yang berjiwa lemah, maka dia akan jadi seorang yang bersemangat kental dan kuat.
3- Atau dia seorang yang hina, maka akan jadi orang yang mulia.
4- Atau dia seorang yang selalu kalah dan gagal, maka dia akan jadi pemenang dan berjaya.
5- Jika sempit rezeki dan susah hidupnya maka Allah Taala akan luaskan rezeki dan memudahkan urusannya.
6- Jika dia banyak hutang, maka akan terbayar segala hutangnya.
7- Jika dia berada dalam kesedihan dan dukacita, maka akan hilanglah dukacitanya.
8- Jika dia ‘tertutup’, maka akan dibuka pintu-pintu penutup dan kusyufat.
9- Jika dia terpenjara, maka hendaklah sentiasa membaca doa ini 41 kali setiap hari. Nescaya keluar dia dari penjara dengan kemulian dan kemurahan Allah Taala dan berkat doa ini.
10- Jika dia sentiasa membaca doa ini sebanyak 41 kali setiap hari, maka akan zahirlah baginya beberapa rahsia yang ajaib.
11- Dia tidak akan mati pada hari itu.
12- Kebal yakni dia tidak akan dicederakan oleh sebarang jenis senjata besi.
13- Panjang umurnya.
14- Wallahu a’lam.
Hizib ini moleklah dijadikan sebagai pakaian ‘Hak’ diri kepada mereka yang belum lagi berpakaian. Berpayunglah sebelum turunnya hujan. Mohonlah ijazahnya dari Mana-mana Guru yang mengetahui dan memilikinya. Jadikanlah hizib ini sebagai satu wasilah dampingan untuk bertaqorrub diri kepada Sang Khaliqul Makhluqaat. Besar manfaat dan keuntungan yang akan kita dapat nanti insyaallah.
Ada juga pengamalnya yang mengadu, dah agak lama beramal tapi ilmu masih lagi belum menjadi. Susah juga ambo nak menjawabnya. Sebab jadi tak jadi ni adalah urusan Allah. Cuma kita perlu menyemak kembali amalan yang dilakukan itu. Jika ada berlaku kesilapan hendaklah diperbetulkan. Patuhilah peraturan pengamalannya, jaga pantang larangnya itu betul- betul. Garam akan tetap masin rasanya walaupun ada orang yang tidak mempercayai dan mempertikai akan kemasinannya. Wallahu a’lam.
Sudah Resmi ajian Rahsia,
Ilmu langka dato paduka,
Andhika datang berbudi bichara,
Manira beri barangnya pinta. |
|
|
|
|
|
|
|
ILMU : PENGASIH GLOBAL – jika anda ingin dicintai masyarakat
salam wahai saudaraku sekeliannya. Alhamdulillah setelah sekian lama tak menulis, hari ini diberi sedikit luang dan ruang oleh Allah Taala untuk menyurat kembali sedikit lagi ilmu dan faedah yang masih tersisa di dalam catatan shudur, sebagai tatapan dan maklumat untuk para pembaca sekelian. Tajuk ini diberi sedikit pembaharuan yang mana dulu2 nya ia disebut sebagai ilmu pengasih sekampong@umum.
pengasih di alam melayu ni ada berbagai2 versinya. ada yang berbentuk jampi mentera dan ada yang mengandungi doa serta ayat2 alquran. ilmu ini juga biasanya dipusakakan secara turun temurun oleh nenek moyang kita. Ada juga yang menyebutnya sebagai ilmu keturunan. Ia tidak diajar kepada orang lain, hanya tertentu kepada ahli keluarga sahaja. tradisi ini masih lagi diamalkan dan diteruskan oleh segelintir orang melayu kita. Ambo sendiri pun tidaklah meneruskan tradisi ini atas dasar mahu ilmu ini dimanfaatkan oleh semua orang untuk tujuan kebaikkan. Pun begitu, ambo tetap pemilih orangnya. Yang datang dengan layak dan selayaknya , maka ambo pun berilah ilmu ini kepadanya.
ilmu pengasih global ini diamalkan adalah bertujuan untuk menarik hati dan minat orang2 yang ada disekeliling kita agar segala hajat@ urusan yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Samaada urusan perniagaan, nikah kawin atau urusan kira bicara. Mudah katanya setiap mata yang memandang wajah pengamal ILMU PENGASIH GLOBAL ini akan cepat jatuh hati.Rupa wajahnya akan terpahat diingatan, Kata-katanya akan terngiang-ngiang kedengaran. Barang yang dijualnya cepat laku. Cepat bertemu jodoh insyaallah. Begitu juga dengan pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga, insyaallah akan cepat berbaik2 dua laki bini.
Tuan puan yang berminat dengan ilmu ini tak perlu risau. ilmu ini bukannya ilmu hitam/salah/sesat/syirik dan sebagainya. Ayat Bacaan ilmu pengasih ini bukannya jampi serapah/ mentera, Bahkan ianya terdiri dari ayat2 Alquran dan doa2 yang terpilih. ianya adalah satu ilmu yang telah dipusakakan dari khazanah para ulama dan auliya’. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti malam saya sambung lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekitar tahun 2010-2012 dulu selalu jugak baca blog tokuban78 ni atau nama ownernya abe wan kalau tak silap. Pernah contact abe wan nak jumpa utk tuntut ilmu...tapi tak kesampaian. Selalu ada kekangan masa.
Ilmu2 abe wan ni seronok baca. Tapi maaf TT, berpinau pulak mata ni nak baca kat sini bila tak ada perenggan Tolong edit balik TT buat perenggan. Tak letih sikit mata nak baca |
|
|
|
|
|
|
| |
|