“Bila dah bersuami, tiada lagi istilah adik dan abang angkat.” demikianlan kata-kata isteri kepada abang angkatnya.
Isteri mana yang tak marah bila ada perempuan lain yang cuba menghampiri suaminya? Alasan adik angkat dan angkat-angkat yang sewaktu dengannya hanyalah alasan sahaja yang kemudian akan terlanjur ke arah yang tidak baik.
Namun confessor ini entah di mana tahap kewarasannya sehingga memikirkan tindakannya itu tidak salah. Apakah dia pernah terfikir jika apa yang dilakukannya itu berlaku pada suaminya sendiri?
SALAM admin, tolong hide Facebook saya ye. Saya nak tanya pendapat anda semua mengenai cerita saya ini. Saya isteri dan mempunyai dua orang anak. Saya tiada masalah dengan suami. Dia sayang saya dan baik orangnya. Cuma baru-baru ini terjadi satu peristiwa yang menganggu hidup saya. Saya tiba-tiba teringat pada abang angkat saya semasa sekolah dulu. Dia memang handsome orangnya. Lalu saya pun cari nama dia di Facebook dan terjumpa. Saya pun add dan menghubungi dia melalui Messenger. Permintaan saya untuk menjadi rakannya diterima. Katanya dia sudah berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Dari situlah kami bermula bertukar nombor telefon dan sering bermesej melalui WhatsApp.
Siang malam kami WhatsApp. Tak adalah bercinta pun, cuma berbual kosong sahaja. Saya tanya, isteri dia tak apa ke kalau saya bermesej dengan dia. Katanya, isteri dia tahu dan okay. Sudah dia kata begitu, kami pun berterusan seperti itu siang malam. Dia nak ke mana pun dia akan cerita pada saya. Bercuti ke, ke mana sekali pun dia mesti akan maklumkan pada saya dulu.
Dia suruh saya add isteri dia di Facebook dan saya akur saja permintaan abang angkat. Tetapi bila saya komen di gambar isterinya, tak pernah dibalas. Saya rasa isteri dia sombong, lalu saya terus unfriend. “Jaga maruah awak sebagai isteri orang. Keluar rumah berjumpa dengan lelaki lain apatah lagi suami orang. Bila dah bersuami, tiada lagi istilah adik dan abang angkat.”
Rupa-rupanya isteri dia yang balas. Baru saya tahu, rupanya abang angkat saya kantoi ketika kami berjumpa tempoh hari. Tetapi persoalan saya, salah ke saya nak jumpa abang angkat saya itu?
The Reporter
|