CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15468|Reply: 22

Isteri Tak Tahan Bapa Mertua Sering Selak Kainnya Time Suami Keluar, Akhirnya Is

[Copy link]
Post time 21-9-2017 09:37 AM | Show all posts |Read mode


Menjalani kehidupan rumah tangga di rumah ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dalam hidup pasangan suami isteri.

Si menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu, mengikut acuan yang telah terbentuk sejak sekian lama di rumah ibu dan bapa mertua.

Meskipun berada dalam rumah, menantu perempuan khususnya perlu tahu menjaga batas dan adab, serta aurat terhadap adik-beradik dan ibu bapa mertua.

Di bilik tidurlah merupakan satu-satunya privasi bagi kita, di mana kita bebas berbuat apa sahaja dan berpakaian ‘ikut suka’.

Namun lain ceritanya bagi seorang wanita yang tidak mahu dikenali, yang mengakui tertekan dengan sikap bapa mertua yang gemar ‘menceroboh’ masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

“Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun. Sekarang saya tinggal di rumah mertua saya. Saya ada masalah di mana ayah mertua suka sangat masuk bilik saya. Bilik saya baru siap dibuat, pintu tak dipasang lagi.
“Suami sibuk, tak sempat nak beli pintu, jadi saya hanya pasang langsir untuk tutup bilik. Yang saya tak suka, mertua suka sangat selak langsir suka-suka tanpa beri salam terlebih dahulu,” luahnya seperti yang dipetik menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga, hari ini.
Menurutnya, setiap kali langsir diselak, bapa mertuanya sering memberi alasan untuk mengambil anak yang berada di pegangannya.
“Kadang-kadang dia dah nampak saya baru lepas mandi, dia tetap akan selak langsir semata-mata mahu ambil anak. Situasi begini sudah berlaku banyak kali. Pagi-pagi pun dia akan masuk ke dalam bilik dengan alasan mahu tengok cucu,” katanya lagi.

Tidak tahan dengan situasi sedemikian, dia menyuarakan hasrat untuk hidup ‘berpisah’ daripada keluarga suaminya.

Namun hasratnya itu ditentang ibu mertua yang menghidap pelbagai jenis penyakit.

“Kalau saya keluar, tak ada sesiapa yang akan jaga ibu mertua pula. Sekarang saya mengandung anak kedua dengan usia kandungan lapan bulan dan saya mengalami alahan yang teruk.
“Bila tengah hari, saya akan duduk dalam bilik sebab saya cepat pitam. Bapa mertua pula suka selak langsir bilik semata-mata mahu tahu apa yang saya buat dalam bilik.
Saya rasa malu bila orang tengok saya berkemban,” ujarnya lagi.


Katanya lagi, perkara itu sering diajak berbincang bersama suami, namun apa yang balasan jawapan yang diterima agak kurang memuaskan.

“Saya tanya banyak kali pada suami, kenapa ayahnya buat begitu, suami hanya balas ayahnya anggap saya seperti anaknya. Tapi saya tak suka. Kami selalu bergaduh tentang isu sama,” katanya lagi.

Letih dan tertekan dengan kerenah mertua, dia akhirnya nekad mahu meninggalkan rumah mertua dan memulakan hidup di rumah sendiri setelah bersalin dan habis berpantang.

Namun dia bimbang yang ibu mertua atau bapa mertuanya akan berterusan menyatakan bantahan terhadap hasratnya.

“Ibu mertua pula suka masuk campur hal rumah tangga kami.Letih sungguh saya sampaikan hari-hari menangis. Apa patut saya buat?” soalnya buntu.

Sementara itu, menurut kenyataan yang diterbitkan Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor, syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu suami, ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa dan juga bapa mertua.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.



sumber: krt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 09:40 AM | Show all posts
mcm penah baca tapi kat mana ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:40 AM | Show all posts
apa benda yg dia buat smpai suami terduduk tu?
suspen je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:45 AM | Show all posts
citer tak habis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 09:59 AM | Show all posts
tajuk tak seiring dgn cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:11 AM | Show all posts
kesiannyaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2017 10:44 AM | Show all posts
dlu dh ade thread ni kan

motif tt suke up kisah2 dalam kain  mcm ni???
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 10:54 AM | Show all posts
Byk btul kisah2 umahtangga yg dicedok dr krt

fb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 11:23 AM | Show all posts
cerita tergantung ke??
team makcik bawang sila siasat
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:26 PM | Show all posts
kak hasanah lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:29 PM | Show all posts
baca cerita akak terbayang bapak mertua perempuan ni muka macam gambar tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 12:40 PM | Show all posts
lorr...buang karen je aku baca...potong stim betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 01:09 PM | Show all posts
APO BONDO LA
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp2 ai xdpt in law pelik2 gni...tp mcm x best lgsg sbb privacy kena kacao cmtu..dah ler ai ni jenis reserved je..lau bilik xde pintu gtu,haruslah ai rase x selesa to the max..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Title selak kainnya
Tp sebenenarnya selak kain langsir
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni tak penah lagu dengar kes bapa mertua rogol menantu...klu ada tapi x direport,mungkin la...x mustahil pun kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2017 04:34 PM | Show all posts
malang bagi seorang isteri apabila si suami yg sepatutnya menjaid pelindung kini menjadi  bakal perogol bersiri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Selak kain langsir je pun...ayyooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca citer yg sama tpi last2 cerita dia ehem2 dgn bapa mertua dia..  mmg bapa mertua xtahan terus terkam menantu..

Pastu sedap pulak kot pak mertua punya service mmg terus2 duk buat dgn pak mertua bila hb xde..pak mertua pulak maknya sakit so lama tak dapat... mmg menantu jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 22-9-2017 06:24 PM
Selak kain langsir je pun...ayyooo


Kain langsir time lepas mandi tgh2 berkemban..apa maksudnya..
Xde masa lain ke nak selak?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.163915 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list