View: 10631|Reply: 77
|
Mahkamah tolak permohonan injunksi ex-parte Fasha Sandha terhadap Jejai
[Copy link]
|
|
Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab sebaliknya mengarahkan agar permohonan injunksi tersebut didengar antara pihak-pihak bagi memberi pe-luang kepada yang terlibat untuk menjawab semua dakwaan.
Hakim tersebut memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan eksibit (bahan bukti) yang dikemukakan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hasan, 33, selaku pemohon dalam permohonan itu.
“Bagi permohonan injunksi (tegahan) ini, saya berpuas hati dengan eksibit yang dikemukakan, bagaimana pun mahkamah berpegang kepada suatu bukti, dakwaan itu adalah lebih adil sekiranya pihak satu lagi diberi peluang untuk menjawab segala yang dibangkitkan,” katanya. Fasha yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan permohonan injunksi itu pada 13 Mac lalu selepas Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai didakwa mengganggu privasinya antaranya menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Dalam prosiding yang sama, mahkamah itu membenarkan satu lagi permohonan, notis tunjuk sebab pelakon Lara Aishah terhadap Jejai kerana didakwa melanggar perintah mahkamah berhu-bung salah satu per-kara dalam perjanjian persetujuan antara mereka me-libatkan sebuah rumah di Ampang. Notis tersebut difailkan Fasha selepas Jejai enggan, cuai dan gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pelantikannya selaku pemegang ama-nah bagi sebahagian daripada hartanah tersebut yang telah dipersetujui untuk diserahkan kepada dua anak mereka walaupun selepas setahun perkara tersebut dipersetujui. “Dari sudut keadilan, melihat kepada tempoh tersebut, campur tangan mahkamah adalah diperlukan bagi membolehkan persetujuan itu dilaksanakan apatah lagi perkara tersebut te-lah dipersetujui oleh ke-dua-dua pihak sebelum ini,” kata hakim Muhamad Abdul Karim sebelum menetapkan 17 April ini untuk pende-ngaran bagi Jejai menjawab kedua-dua perkara tersebut. Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2. Jejai pula sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish, 34, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 serta dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 9.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke petik nama Nowa Danish sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
lorrr.. ingatkan Fasha sekadar upkan dalam IG jer..
rupanya Fasha dah hire LOYER, eh, LAWYER pasal bukti2 10 tahun tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
aldilla_zahraa replied at 28-3-2017 04:39 PM
Perlu ke petik nama Nowa Danish sekali?
sib baek xmasuk skali bakal laki nora |
|
|
|
|
|
|
|
padan la Fasha tak upkan dalam IG..rupanya untuk kegunaan mahkamah..
ok, aku tgu next update pasal kes Fasha-Jejai ni, |
|
|
|
|
|
|
|
Makan bermulalah perang antara fanz.... |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh yg nak dapatkan hak tuh..pasal rumah ler yer...tuk anak2x..dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
suh pasah kawen ngan sajat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Notis tersebut difailkan Fasha selepas Jejai enggan, cuai dan gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pelantikannya selaku pemegang ama-nah bagi sebahagian daripada hartanah tersebut yang telah dipersetujui untuk diserahkan kepada dua anak mereka walaupun selepas setahun perkara tersebut dipersetujui. aku tak berapa paham yg ni
kalo jejai xnak sign, hartanah tu tetap anak dia dapat jugak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
wow! shes serious about it rupanya.
semoga yg benar akan ditegakkan |
|
|
|
|
|
|
|
bukan rumah fasha ker??? umah jejai ker?? memati ingt umah fasha beli sendri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemegang amanah. Kalau kanak2 bawah umur ni mmg kena ada pemegang amanah. Kenapa berita lain kata dia dpt 50%. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai sebenarnya tak faham dengan berita ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
tak juga nok...klu x silap, selagi bbdk tu cukup umur, belum selamat lagi kot..
entah2 jj letak nama family dia ke sebagai pemegang amanah..
fasha takut kemudian hari ada kes seleweng la tu kot..
nnt x dapat kat anak2 dia pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupanya fasha fail 2 permohonan. Satu pasal jejai ganggu privacy dia, satu lg pasal jejai xmo sign perjanjian yg menyatakan fasha sebagai pemegang amanah untuk rumah yg dia ngan anak2 duduk skrg.
Mahkamah tolak permohonan injunksi ex-parte Fasha Sandha
KUALA LUMPUR 27 Mac – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan injunksi ex-parte (se-belah pihak) yang dikemukakan pelakon Fasha Sandha bagi menghalang bekas suaminya, Rizal Ash-ram Ramli yang didakwa masih mengganggunya.
Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab sebaliknya mengarahkan agar permohonan injunksi tersebut didengar antara pihak-pihak bagi memberi pe-luang kepada yang terlibat untuk menjawab semua dakwaan.
Hakim tersebut memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan eksibit (bahan bukti) yang dikemukakan Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hasan, 33, selaku pemohon dalam permohonan itu.
“Bagi permohonan injunksi (tegahan) ini, saya berpuas hati dengan eksibit yang dikemukakan, bagaimana pun mahkamah berpegang kepada suatu bukti, dakwaan itu adalah lebih adil sekiranya pihak satu lagi diberi peluang untuk menjawab segala yang dibangkitkan,” katanya.
Fasha yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan permohonan injunksi itu pada 13 Mac lalu selepas Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai didakwa mengganggu privasinya antaranya menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam prosiding yang sama, mahkamah itu membenarkan satu lagi permohonan, notis tunjuk sebab pelakon Lara Aishah terhadap Jejai kerana didakwa melanggar perintah mahkamah berhu-bung salah satu per-kara dalam perjanjian persetujuan antara mereka me-libatkan sebuah rumah di Ampang.
Notis tersebut difailkan Fasha selepas Jejai enggan, cuai dan gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pelantikannya selaku pemegang ama-nah bagi sebahagian daripada hartanah tersebut yang telah dipersetujui untuk diserahkan kepada dua anak mereka walaupun selepas setahun perkara tersebut dipersetujui.
“Dari sudut keadilan, melihat kepada tempoh tersebut, campur tangan mahkamah adalah diperlukan bagi membolehkan persetujuan itu dilaksanakan apatah lagi perkara tersebut te-lah dipersetujui oleh ke-dua-dua pihak sebelum ini,” kata hakim Muhamad Abdul Karim sebelum menetapkan 17 April ini untuk pende-ngaran bagi Jejai menjawab kedua-dua perkara tersebut.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.
Jejai pula sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish, 34, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 serta dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 9.
Sumber: Utusan Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn....x perlu nak berperang kat IG..
terus failkan mcm ni..terbukti Fasha tak propa..
sebelum ni, Fasha x pernah pun war2kan pasal kes ni masuk mahkamahkan??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada la sebab kenapa dia mintak jejai sign setuju dia sbg pemegang amanah anak2. Huuuuuu i smell something fishy hanyir2 tengik gitu. Ada tangan2 ghaib ke nak susahkan hidup dia dgn anak2?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi dah ade bunga2 macam nak hire lawyer..
Fasha ngaku die dulu blaja law jugak.. gitulah
|
|
|
|
|
|
|
|
Maybe property tu asal memang JJ punye and JJ jugaklah pemegang amanah kepada anak2 nye.. Tapi JJ ade anak lain jugak.
So tak nak bahagi kepada 3. biar 2 saja....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|