View: 11248|Reply: 47
|
Gadis berpurdah tunggang , RXZ, Kawasaki 150RR
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x614. |
Farhah (kanan) bersama rakannya dan gambar Farhah menunggang RXZ yang ‘viral’ sebelum ini. FOTO ihsan Farhah
Kuala Lumpur: Pakai topi keledar Shoei, RXZ ‘sarung’ sport rim dan penunggangnya gadis berpurdah. ‘Harus’ ia menjadi ‘viral’ apabila gambar berkenaan dimuat naik di Facebook (FB) dan Harian Metro (HM) dapat menghubungi empunya diri, sekali gus membongkar kisahnya.
Farhah Aimuni Ahmad Fauzi, 18, yang menetap di Temerloh, Pahang berkata, gambar itu dimuat naik ibunya di FB.
“Beberapa jam selepas ibu muat naik gambar saya di FB akaun miliknya, ramai kawan menelefon saya memberitahu ia menjadi ‘viral’.
“Sejak itu, apabila saya ke kedai ada orang nak bergambar. Saya jadi malu dan tidak selesa,” katanya.
Menurut Farhah, dia ada sebab tersendiri berpurdah.
Katanya, akibat diganggu ‘Mat Motor’ ketika menunggang motosikal kesayangannya itu membuat dia mengambil keputusan berkenaan.
“Sebelum berpurdah saya pernah dikacau ‘Mat Motor’. Saya tidak selesa dan tidak mahu nampak seperti gadis bermasalah sosial.
“Justeru, saya pakai purdah supaya tidak dipandang negatif,” katanya.
Farhah berkata, ramai juga yang memberi reaksi negatif di FB selepas gambarnya tersebar tetapi dia tidak menghiraukannya,
“Terpulang kepada masyarakat nak menilai saya kerana mereka mempunyai pendapat masing-masing dan ada yang tidak dapat menerima cara saya.
“Bagaimanapun, yang penting niat saya nak melindungi diri daripada diganggu,” katanya.
Menurut anak sulung dari dua beradik itu, dia amat meminati motosikal dan mengumpul wang derngan bekerja sebelum mampu membeli RXZ.
“Minat terhadap motosikal bermula apabila saya sering membantu arwah ayah membaiki motosikal dan dia mengajar saya menunggang motosikal.
"Saya bekerja di kedai kosmetik untuk kumpul RM3,000 dan selepas enam bulan saya berjaya beli motosikal idaman saya(Yamaha RXZ)," katanya.
Menurut Farhah, kini dia menunggang motosikal Kawasaki Ninja 150RR kerana RXZ kesayangannya hilang.
"Beberapa bulan lalu, motosikal saya hilang ketika saya pulang ke Seremban untuk menziarahi kubur arwah ayah," katanya yang memiliki sijil dalam bidang Teknologi Motosikal GIATMARA Kuala Kurau, Perak.
http://www.hmetro.com.my/node/170042
|
|
|
|
|
|
|
|
itu pon nak viral ke?
next tred
"lelaki boroi tunggang modenas kriss"
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi
Apa masalahnya??
Nexxxxttttt :zz |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la naik moto pakai purdah...byk habuk kot |
|
|
|
|
|
|
|
Isu semasa ke...
Next....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah terbalik pulak di Malaysia. Orang berpurdah pulak dapat perhatian orang ramai hingga minta bergambar lagi. Bukankah ini defeat purpose pemakaian purdah itu sendiri? Yang masyarakat menyibuk sangat ni kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
Gadis berhijab pun Ada berkonkek dlm semak. Apahal dek? |
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 29-9-2016 06:45 AM
itu pon nak viral ke?
next tred
Lelaki boroi tunggang aprilia parking perut atas tank..tgn xleh capai handle. |
|
|
|
|
|
|
|
Gedik ah..sangap sgt nak viral |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah tu ..
bukan buat jahat pun
|
|
|
|
|
|
|
|
salah kan mak dia
Farhah Aimuni Ahmad Fauzi, 18, yang menetap di Temerloh, Pahang berkata, gambar itu dimuat naik ibunya di FB.
“Beberapa jam selepas ibu muat naik gambar saya di FB akaun miliknya, ramai kawan menelefon saya memberitahu ia menjadi ‘viral’.
“Sejak itu, apabila saya ke kedai ada orang nak bergambar. Saya jadi malu dan tidak selesa,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kehkehkeh dekk.. berapa tahun ko berkelebung dek.. gaya berita pakai macam 20tahun dan bikers tegar.Ada je acik yg berpiluh tahun relax2 rempit dgn honda cub mata bolat dia berkibar2 kelubung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hek eleh...
Pakai je la face mask korea tu..
Ada ke mat motor kacau org? Perasan je.. puih |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 29-9-2016 07:24 AM
salah kan mak dia
Ok ..rephrase balik
Gedik ah mak dia..sangap sgt nak viralkan anak |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia sanggup anak jadi perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
Bwk moto elok2 ye dik |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 29-9-2016 07:24 AM
salah kan mak dia
Bahaya kan skang ni.tujuan nk sharing tp laih2 malaun yg x jujur pi viralkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|