CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7059|Reply: 20

Misteri Bunyi Troli

[Copy link]
Post time 19-5-2016 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ex_klia at 19-5-2016 04:59 PM

Assalam to all readers today ex nak share cerita baru tapi kali ni tak ler seseram manapun sebab cerita kali ni ex sendiri yang nengalami semasa ex warded kat hospital sungai buloh awal bulan lepas. Tentu korang masih ingat lagi tread yang ex ade issue dulu pasal ‘Kelibat Budak Menjilat Tumpahan Darah’ yang berlaku kat bangunan blok lama hospital sungai buloh. Masa kejadian tu sepupu ex admit kat bangunan blok lama hospital sungai buloh sebab tengah sakit teruk dan hampir dua bulan  kene stay kat wad hospital itu.

Ex nak memulakan cerita dimana ex kena admit pada 2hb mei 2016 setelah keputusan yang ex terima dari doktor bahawa ex telah menghidap Pneunumonia, dan disebabkan itu ex telah ditempatkan di wad tapi bukan di bangunan blok lama tapi ex ditempatkan dibangunan baru hospital sungai buloh selama tempoh 11 hari. Hari pertama berada wad tiada apa-apa pun perkara pelik pun yang berlaku, tetapi nurse senior yang uruskan pesakit di wad ex ade jugak bukak cerita seram sambil-sambil dia buat daily checkup kat ex.

Cerita yang diceritakan oleh senior nurse tu pasal ‘bunyi troli lepas pukul 12 malam’ tapi bila bunyi tu dah dekat-dekat nak sampai tengok-tengok takde sorang staff pun yang tolak troli tu. Biasanya benda ni berlaku lepas pukul 12 malam, kadang tu pukul berlaku 2,3,4, atau sebelum azan subuh berkumandang. Bunyi orang tolak troli ni sering berlaku bila waktu lepas hujan lebat, tarikh hari atau hari bulan yang ganjil pada setiap bulan, malah ketika selepas bulan mengambang dilitup oleh awan gelap.

Bila ex tanya kat staff nurse tu macamne dia boleh tau pasal tarikh, pasal bulan ngambang, pasal berlaku lepas hujan, dan beberapa perkara yang lain? so she was to explain bahawa semua staff senior kat hospital ni dah tahu, dah boleh agak-agak bila nak jadi sebab hal ni dah bertahun-tahun berlaku dan kakitangan senior yang kerja lebih dari 7 tahun pun dah terbiasa sebab bila tarikh ganjil, lepas pada bulan mengambang, lepas pada perkara yang sekian-sekian mesti bunyi orang tolak troli ni akan muncul.

Pernah ade sorang staff farmasi yang balik lambat pukul 1 pagi lepas buat audit stock ubat-ubatan dengar macam ade orang tolak troli kat lorong koridor forensik menghala ke basement parking. Bunyi tu macam dah nak dekat tapi bila dia toleh kat belakang tak nampak apa-apa pun objek atau kelibat kakitangan yang sedang tolak troli kearah dia. Sebab keseorangan kat lorong koridor forensik itu, pharmacist tu cepat-cepat dia jalan pergi ke tempat parking kereta di level yang sama dengan forensik (basement-staff parking berdepan jabatan forensik).

Selang beberapa hari kemudian sebelum ex nak discharge, sungai buloh hujan lebat pulak tu guruh berdentum-dentum sampai tingkap bergegar-gegar. Lepas pada hujan lebat tu sikit reda, baru ex dapat terlelap sekejap dalam tempoh 40 minit macam tu, dan ex masih ingat pada masa tu pukul 4.38pagi. Tetiba ex terdengar bunyi pintu masuk ke wad (4 beded) tu macam ade orang kuak dan seperti biasa ex berfikir mungkin nurse yang datang buat checkup. Lampu dalam bilik wad x bukak semua hanya 1 lampu aje yang hidup, dan 4 katil tu yang ex tau semua ditutup tirainya.

Ex dengar dari tadi bunyi troli tu tapinya tak sampai-sampai pun sebab bunyi tu tak berenti dekat beberapa minit. Seperti biasa bila ex ingat balik cerita yang senior staff nurse tu cerita ex pun buat-buat lelap dan pejam mata rapat-rapat sambil baring mengiring muka hala ke tingkap. Alhamdulillah,pagi tu pukul 6.30 nurse datang buat check up as usual dan ex cerita kat diayang ex dengar bunyi orang tolak troli tapi tak sampai-sampai. So nurse tu cakap kat ex buat tak reti dan tidur jer sebab kalau kita layan nanti macam-macam benda boleh jadi.

Bila dah 4 hari discharge ex wasap sepupu ex yang pernah admit kat sungai buloh hospital tahun lepas pasal ex alami kejadian misteri kat wad bangunan baru tu.Sepupu ex sengih-sengih je sebab dia cakap sebelum ex bukak cerita kat dia pasal kelibat budak jilat darah tumpah bawah katil dia, dia sebenarnya dah nampak dulu tapi dia buat-buat senyap jer.

Inilah ler kisah yang ex dapat share setakat ini….

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 03:37 PM | Show all posts
mesti ada sejarah pasal troli, tarikh, bulan mengambang tu..
kalau tak, takkan pada tarikh tertentu, bulan mengambang, lepas hujan..bunyi troli ditolak
yang hantu jilat darah tu..memang scary..

jadi betullah hospital sg buloh ni angker...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 03:55 PM | Show all posts
scaryy nya.. dulu kakak i duduk sana dekat 4 bulan.. nasib baik x kena kat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 03:57 PM | Show all posts
haha..pernah masa kecik2 dulu melawat sedara kat hospital sg,buloh..masa tu blok lama lagi..dgn tak sengaja berdiri hampir dgn bilik mayat spital tu..masa tu sorg pakcik meols keje driver ambulan.. dia boleh bgtau ko sandar la kat situ tak nampak bilik apa tu? terus mencicit lari.. dah la waktu mlm..tapi mmg seram klu time mlm..sunyi jah..

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 04:31 PM | Show all posts
Hospital mana2 pun ada cerita angker kan? Mmg angker ke sbb kta fikir dia angker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:35 PM | Show all posts
Dulu aku kurang percaya cerita hantu2 ni. Orang2 dulu saja2 reka untuk tujuan tertentu. Tak bagi orang muda keluar malam, jangan buat bising tengah malam dan macam2 lagi lah.

Tapi bila aku sendiri ternampak wajah makhluk ni kat pinggir hutan (masa aku dalam perjalanan balik ke kampung).........aku sekarang dah jadi percaya sangat.

Harap2 aku tak jumpa lagi makhluk macam ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2016 09:59 AM | Show all posts
Ipo replied at 19-5-2016 03:37 PM
mesti ada sejarah pasal troli, tarikh, bulan mengambang tu..
kalau tak, takkan pada tarikh terten ...

Betul tu..sebab staff senior kan dorang tahu apa cerita sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 10:00 AM | Show all posts
ramaramu replied at 19-5-2016 03:55 PM
scaryy nya.. dulu kakak i duduk sana dekat 4 bulan.. nasib baik x kena kat dia...

Biasa ikut nasib-nasib rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2016 10:00 AM | Show all posts
AraBellaJuan87 replied at 19-5-2016 04:31 PM
Hospital mana2 pun ada cerita angker kan? Mmg angker ke sbb kta fikir dia angker?

tempat darah, kematian, dan benda2 kotor....that y ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 10:02 AM | Show all posts
myakayina replied at 19-5-2016 03:57 PM
haha..pernah masa kecik2 dulu melawat sedara kat hospital sg,buloh..masa tu blok lama lagi..dgn tak  ...

Ni rumah mayat yang kat blok depan tu yer....yang kat paking ambulan blok lama tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 12:06 PM | Show all posts
ada tak nurse yg penakut
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 02:06 PM | Show all posts
ex_klia replied at 20-5-2016 10:02 AM
Ni rumah mayat yang kat blok depan tu yer....yang kat paking ambulan blok lama tu ke?

yer sis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 02:16 PM | Show all posts

Ntah ader le agaknye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 02:19 PM | Show all posts

Semuanya ade lebih 20 blok single storey, tapi hanya 8 sahaja yang masih digunakan hari ini, itu pun sebab wad kat bangunan baru tak cukup katil. Rasanya kalau wad baru kat sana tu cukup katil tak guna dah bangunan lama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 02:32 PM | Show all posts
ex_klia replied at 20-5-2016 02:19 PM
Semuanya ade lebih 20 blok single storey, tapi hanya 8 sahaja yang masih digunakan hari ini, itu p ...

pesakit ramai..nak tak nak kena pakai jgk la blok lama.. tak silap ada wad lama dulu kan separuh kayu dgn batu.. klu pegi hospital ni malam mmg sunyi je dulu.. pakcik dan atuk sedara saya pernah bertugas kat sana dulu masa di blok lama..tahun awal 90an dulu la..cuma tak pernah nampak pesakit kusta secara live la masa tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 20-5-2016 02:32 PM
pesakit ramai..nak tak nak kena pakai jgk la blok lama.. tak silap ada wad lama dulu kan separuh k ...

Blok sepital lama tu dengan sepital kusta berjiran jer...patern bangunan tu pun sama jer. Kalau pergi PKKN boleh tengok bagunan dia tingkap daun kayu dan tinggi tingkap tu dari siling sampai ke lantai. Masih digunakan lagi bangunan tu, sama macam sepital lama banyak blok yang dah tutup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2016 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pnh teman mak aku masa die wad icu kt spital kpj..ble mlm pas kui 11 pntu wad icu akn di tutup.duk lh aku sorang2 kat lua..tp yg aku plik ble waktu pagi mesti pintu kt toilet akn di tutup n di bukak kuat2..plik sbb tkde pun nmpk org.wktu tkde lh pk mcm2 tp ble dh mak aku kua icu br aku tpk sape lh yg maen pintu awl2 pagik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 03:08 PM | Show all posts
aku pernah berumahtangga di kpj, jaga mak aku yg baru lps operation jantung . aku ambik syif menjaga waktu malam sampai pagi. sbb sebelah siang aku keje. so, sebelah siang, ayah aku ler yg ambik syif.

tp Alhamdulillah lah... selama sebulan aku bermalam kat sana.. tak penah kena apa2 gangguan... bunyi troli tu mmg ada... dan adalah manusia yg menolaknya... aku malas nak layan.. memekak je.. udah ler aku penat, siang keje.. mlm plak tido sepital.. ataih kusi malas lak tu... mau tak sakit2 badan aku... di sebabkan nurse suka dtg setiap 3-4 jam, aku geram, aku tido selubung... jadi pocong lak sebelah katil mak aku... nurse pulak yg terperanjat tgk aku...

walaupun aku tak kena, jgn tak caya... ayah aku rupanya yg kena....
pernah satu pagi tu, dia dtg utk start syif menjaga mak aku, padahal dia mmg dah kat depan pintu wad..., bila dia jengah nak masuk, dia tgk, dlam tu, semua staff pejabat yg tengah buat keje2 pejabat...  dia pun pelik dan pegi semula kat lif utk pastikan yg dia tak sesat.. dia tgk betul2, kat lif tu, mmg betul ada signboard dan nombor bilik2 wad. takde langsung tulis arah nak ke pejabat. Lama gak lah dia termanggu kat lobi lif tu... bila ada orang kuar dr lif nak ke wad, ayah aku pun follow lah orang tu... haa.. baru jumpa wad mak aku... padahal itu lah sebenarnya wad yg dia tinjau mula2 tadi....

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ex_klia replied at 20-5-2016 10:00 AM
tempat darah, kematian, dan benda2 kotor....that y ler

Haah kan. Logik jugak tu. Baiklah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 03:16 PM | Show all posts
seramnya,masa lawat makcik kat sana mmg tegak lah bulu roma lg2 time maghrib n time mlm2..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.345586 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list