View: 3186|Reply: 3
|
Jom, Makan Roti Canai Di Kedai Pendekar, Hulubalang Melayu
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Kedainya dalam istana ke? Taklah. Penulis nak kongsikan dengan anda kedai makan yang dikenali kedai Pendekar, hulubalang Melayu yang menjadi tarikan orang ramai bersarapan setiap hari ini.
Apa yang sedap dan istimewanya kedai pendekar ini adalah roti canai yang dijamukan kepada setiap pelanggan.
Bukan itu sahaja, yang menjadikan gerai ini menarik dan membuatkan setiap pelanggannya lebih ceria apabila mereka turut ‘dihidangkan’ dengan si penebar roti canai dan pelayan yang semuanya segak berbusana Melayu asli.
Pendek kata, di gerai yang dibuka sejak 1996 ini, lupakan sahaja akan pekerja kedai makan yang hanya memakai berbaju-T kerana di sini imej mereka tak ubah seperti pendekar atau hulu balang Melayu.
Kedai makan berkonsepkan pakaian tradisi Melayu ini sebagai salah satu usaha untuk memperjuangkan adat dan budaya Melayu asli.
Kedai makan ini telah dibuka sejak 1996 ini terletak di Bukit Cerakah arah Meru dan berhampiran Puncak Alam, Selangor. Nama sebenarnya kedai makan ini adalah Gerai Qawwam. Siapa pernah makan di sini? Jangan lupa datang awal sebab roti canai di sini sangat sedap walaupun hanyalah kedai makan biasa! - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg baju hitam tu dah iras hang kebun dlm cita seniman bujang lapok... |
|
|
|
|
|
|
|
cangkul pun cangkul laaahhh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu ke indon. nampak muka memasing macam indon je |
|
|
|
|
|
|
| |
|