CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5904|Reply: 16

Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”

[Copy link]
Post time 18-4-2016 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”

Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita.

Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka.

Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat penenang Xanax.

Doktor mengatakan saya mengalami axiety attactk. Ini mungkin disebabkan saya mengalami stress akibat ujian dari Allah. Ia adalah tempoh yg paling kritikal utk saya. Mak saya mengalami batuk yang tidak berhenti. Beliau dimasukkan ke hospital sebab tak lalu makan. Setelah berpuluh-puluh ujian, doktor  mengesahkan mak menghidapi kanser paru paru Tahap 4. Ini amat menyedihkan saya.

Saya ambil cuti tanpa gaji sebulan dan tinggal di hospital selama tiga minggu untuk menjaga mak saya di hospital demi kasih sayang saya kepada emak (saya anak tunggal perempuan). Hospital menjadi rumah kedua saya dan saya membawa anak kecil saya yg berumur 4 tahun sebagai teman.

Setiap kali solat saya menangis dan mengadu kepada Allah dan berdoa untuk kesejahteraan emak saya. Saya amat sedih dan tak sanggup kehilangan emak…

Hinggalah satu hari tu saya diserang simptom yg mcm saya sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian, hinggalah ibu saya meninggal dunia pada 23 Februari tahun lepas..

Saya ingin bertanya adakah ianya merbahaya dan sekarang saya menyedari jika saya stress, tangan saya mudah berasa kebas…”

Saya amat simpati dan mengharapkan beliau sabar menerima ujian dari Allah dengan hati yang redha.

Masalah emosi seperti ini adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan (anxiety) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan pula boleh menyebabkan pesakit terfikir untuk membunuh diri.

Satu kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk ”Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam” menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.

Kedua-dua gangguan emosi ini pada mulanya tidak merbahaya, namun ia adalah permulaan bagi masalahanxiety disorder. Kebimbangan dan ketakutan trauma adalah masalah yang dirasai oleh pesakit itu sendiri, sedangkan anxiety disorder adalah masalah yang didiagnosa oleh doktor dan mempunyai beberapa simptom yang tersendiri.

Saya percaya incidence bagi gangguan  dan masalah emosi ini semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Ibarat ’tip of iceberg’, bilangan pesakit yang mendapat rawatan di hospital dan didaftarkan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

”Saya rasa saya ada anxiety disorder, tapi belum jumpa doktor lagi. Saya bimbanglah kalau tidak lulus exam..”

Kebimbangan tidak lulus exam dihadapi oleh semua pelajar. Ia merupakan salah satu dari naluri manusia seperti mana setiap manusia berasa haus dan lapar. Ia tidak perlu dirisaukan.

Kebimbangan yang serius adalah kebimbangan yang mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini yang dinamakan sebagai anxiety disorder dan apabila tekanannya memuncak, seorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan, atau tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga hilang rasa malu dan takut.

Nervous breakdown harus dibezakan dengan panic attack, kerana pesakit panic attack akan berasa seolah-olah diserang sakit jantung (heart attack) seperti sukar bernafas, jantung bergedup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati.

Namun ada juga pesakit yang mengalami panic attack terkeliru diserang asthma kerana pesakit mengalami sukar bernafas dan bernafas dengan laju di samping rasa kebas dan loya.

Ada pakar perubatan yang menyamakan nervous breakdown dan panic attack, tetapi saya berpendapat ianya hanya perselisihan yang bersifat akademik.

”Macam mana saya nak tahu yang saya ini benar-benar mengalami masalah ini, doktor?”

Soalan pendek, tetapi jawapannya agak panjang. Namun bagus juga bertanya, jangan mengagak-agak saja dan mendiagnosa diri sendiri.

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi anxiety disorder.

Pesakit selalunya mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil. Sebagai contoh pesakit terlalu berfikir dan bimbang tentang lauk yang hendak dimasak sehingga pesakit tidak memasak langsung.

Pesakit juga kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan berlaku dalam kehidupannya. Contohnya pesakit memikirkan suaminya akan menceraikannya jika dia memasak masakan yang tidak sedap.

Pesakit juga merasa sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya. Contohnya pesakit tidak dapat melupakan kata-kata yang mungkin melukakan hati mertuanya sehingga dia tidak boleh tidur sepanjang malam.

“Saya sudah berusaha berjumpa dengan perubatan alternatif, namun ia mengecewakan saya. Saya takut makan ubat-ubat hospital. Apa akan jadi jika saya tidak dirawat? Adakah saya harus dirawat di Hospital Bahagia?”

Ramai yang telah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorders. Mereka mendapat kelegaan yang cepat dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat-ubat itu akan mengurangkan masalah ketegangan akibat nervous breakdown atau panic attack.

Oleh itu janganlah takut untuk memakan ubat  tetapi haruslah mengikut preskripsi yang diberikan. Jangan memakan ubat mengikut kehendak sendiri kerana ada setengah ubat boleh menyebabkan ketagihan.

Saya pernah membekalkan seorang pesakit dengan tujuh biji ubat penenang untuk dimakan selama seminggu, namun beliau telah menelannya kesemua sekali. Alasannya sebiji ubat penenang tidak berfungsi sebagai penenang. Dia harus menelan kesemua tujuh biji untuk mendapatkan kelegaan dan meminta diberikan sepuluh biji lagi. Saya meolak permintaannya dengan baik.

”Kalau begitu, bahaya ubat-ubat ini..”

Sememangnya ubat-ubat ini merbahaya jika disalahgunakan. Seperti yang saya katakan tadi ianya boleh menyebabkan ketagihan. Ramai penagih yang datang ke Pusat Kesihatan meminta ubat penenang ini dengan alasan tidak boleh tidur dan mereka tidak malu untuk bertengkar dengan doktor jika tidak diberikan ubat itu.

Ubat-ubat moden haruslah bersifat sementara. Kecuali jika masalah emosi anxiety disorder telah menjadi bertukar menjadi simptom depression. Masalah emosi depression lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang lebih serius.

Ubat-ubat moden ini harus disertakan dengan rawatan sampingan seperti psychotherapy danCognitive Behavioral Therapy (CBT). Tanpa rawatan yang betul dan sempurna anxiety disorder akan menyebabkan kemurungan (depression). Keadaan pesakit akan bertambah serius.

Teruk sangatkah pesakit yang mengalami depression?”

Jika tidak dirawat, pesakit yang mengalami anxiety disorder akan mengalami masalah kemurungan pula. Ini yang mahu kita elakkan.

Pesakit yang mengalami depression akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Doktor akan mendiagnosa seseorang itu mengalami depression jika simptom-simptom ini berlangsung selama dua minggu.

“Selain dari memakan ubat-ubatan dari hospital, apa saya perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian [i%

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
penyakit ni yang serang tony. stark dalan ironman 3
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 08:37 AM | Show all posts
hanya org yg tahu mcmne susahnya ade anxiety yg paham.. kalau org tak paham mesti cakap "ala itu pun ko pk.. takkanlah itu pun jd mslh besar?"
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:24 AM | Show all posts
aku tak sure aku ada ke tak.. tapi awal2 aku masuk kerja dulu aku selalu risau.. last2 g doctor check bp 160/100 ko..

pastu doctor ckp awk stress ke.. aku rasa xde cuma aku risau.. aku mmg ade anxiety kot..sbb aku akan fikir byk2 sampai kadang2 aku jadi pening/heartbeat laju sebab byk sgt fikir
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 12:15 PM | Show all posts
ye, kena jumpa psikitrik dan amik ubat xanax
hanya yang mengalami akan tahu macam mana perasaan bila jadi
macam kena serangan stroke - mild stroke.

alhamdulillah boleh dikawal
bukan penyakit berbahaya cuma menganggu hidup seharian
jika asik berfikir yang bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 04:47 PM | Show all posts
kuchenta_81 replied at 19-4-2016 12:15 PM
ye, kena jumpa psikitrik dan amik ubat xanax
hanya yang mengalami akan tahu macam mana perasaan bil ...

Owh..ko Ada penyakit ni Ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2016 04:49 PM | Show all posts
sipendiam replied at 19-4-2016 09:24 AM
aku tak sure aku ada ke tak.. tapi awal2 aku masuk kerja dulu aku selalu risau.. last2 g doctor chec ...

Kalau jumpa Mira filzah mungkin berlaku serangan penyakit tu x?

Aku pulak Kalau takut berkenaan trauma aku,berdegup Kencang jantung,nak muntah,pening.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 04:50 PM | Show all posts
Edited by fire_place at 19-4-2016 04:53 PM
chinta89 replied at 19-4-2016 08:37 AM
hanya org yg tahu mcmne susahnya ade anxiety yg paham.. kalau org tak paham mesti cakap "ala itu pun ...

Chinta pun Ada Ke? Dia biasanya Sebab trauma Ke apa ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 04:50 PM | Show all posts
fire_place replied at 19-4-2016 04:47 PM
Owh..ko Ada penyakit ni Ke?

ye. ehh macam kenal jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 04:52 PM | Show all posts

Kalau Kenal ,kenal Kat mana?

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 04:58 PM | Show all posts
fire_place replied at 19-4-2016 04:50 PM
China pun Ada Ke? Dia biasanya Sebab trauma Ke apa ya?

u nk tulis Chinta ke China?

trauma tu x pastilah. cuma setahu iols la kan, ia tjadi dengan sendirinya. iols x tahu ia sejenis penyakit lama2 tu baru tahu owh ni penyakit jugak rupanya (sb dh tbiasa kalau sebut penyakit ni, refer yg parah2 kat spital tu ken...).

ade org xleh tempat ramai org (mcm shopping mall), xleh naik lif, xleh naik bangunan tinggi/tempat yg menggayatkan, xleh naik flight, xleh g hospital (melawat org sakit cth nya)..bila blaku pkra2 gtu seseorang tu akan jd ketar2, rse darah tsirap kat kepala, rase sesak nafas tetiba, gemuruh etc like that.

kesian tau dgn org yg alami benda2 mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 05:06 PM | Show all posts
chinta89 replied at 19-4-2016 04:58 PM
u nk tulis Chinta ke China?

trauma tu x pastilah. cuma setahu iols la kan, ia tjadi denga ...

Haha...Chinta lah..tu cepat2 edit..

Erm..mungkin gaknya Ada kejadian yg jdkan dia sedemikian erk..
Mcm masa sekolah arwah Kawan aku ni takut longkang.darjah 3, dia jatuh Dlm longkang Beso
Kat sekolah,tinggi tau.dia dok rehat atas tembok tu,banyak gila darah Dlm tu.
Lepas Dari tu ko bayangkan longkang Kecik mcm Kat Umah tu pun dia takut hingga menggigil pejam mata,
Masa mula masuk sekolah menangis2 nak lintas longkang depan kelas yg Kecik tu.
Tp lps 3,4 bulan dr peristiwa tu dia meninggal..sbb Ada masalah pendarahan Dlm kepala xsilap,
Tp aku xtahu lah..masalah ketakutan sgt2 nak lintas longkang ni berkaitan x dgn anxiety disorder ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 05:29 PM | Show all posts
fire_place replied at 19-4-2016 05:06 PM
Haha...Chinta lah..tu cepat2 edit..

Erm..mungkin gaknya Ada kejadian yg jdkan dia sedem ...

iols x leh bawak kete.. bila nk g kije dh start kete, iols gegeh jalan kaki jua.. hahaha.. 4 tahun beli kete, x sampai 10 kali bawak okeh..

skg dh ok da.. lawan perasaan tu. yelah susah kan nk gerak mana2 xde kete.. huhu. kekadang mai gak bpeluh2, takut, rse kecik je kepala, darah gemuruh, rse bserabut tiba2 bila nk gerak kete tp wat x reti je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 19-4-2016 05:29 PM
iols x leh bawak kete.. bila nk g kije dh start kete, iols gegeh jalan kaki jua.. hahaha.. 4 tahun ...

Hurm..susah juga masalah ni erk..ko knp gitu dulu? Ada pengalaman eksiden ke apa ke yg jdkan kau takut nak bawak kete tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:45 AM | Show all posts
fire_place replied at 19-4-2016 04:49 PM
Kalau jumpa Mira filzah mungkin berlaku serangan penyakit tu x?

Aku pulak Kalau takut berkena ...

gile x.. dulu2 zaman cinta mati kat heliza, jumpa dekat MIHAS terus terpaku jantung macam nak meletup.. hehe last2 x amek gambar just my sis je pergi... balik kena bahan sebab starstruck hahahaha


sama la..aku takut petir.. bila petir berpeluh2, nafas turun naik, takleh tidur, rasa cam nak pitam..

and kalau nervous pon selalu jadi camtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:59 AM | Show all posts
fire_place replied at 19-4-2016 05:32 PM
Hurm..susah juga masalah ni erk..ko knp gitu dulu? Ada pengalaman eksiden ke apa ke yg jdkan kau t ...

x penah pun eksiden ngn kete. mcmne nk eksiden kalau x drive hehehe.. n pengalaman eksiden spnjg jd penumpang pun xde. alih2 x leh bawak kete lak jd nebes x tentu pasal.
i rempit sejati (rempit tipu2 je hihihi) n skg da x merempit bila dh blh bwk kete.

susah nk ckp penyakit mcm ni. org lain myb sb taruma. mcm aku, semulajadiiiii gtu~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sipendiam replied at 20-4-2016 07:45 AM
gile x.. dulu2 zaman cinta mati kat heliza, jumpa dekat MIHAS terus terpaku jantung macam nak mele ...

Haha..lawak gila ko ni..jgn bersanding kang pengsan..tak pun akad nikah kang berkali pulak.kihkih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056411 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list