CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3221|Reply: 9

'Saya masih ingat mata lebam ayah selepas pulang istana'

[Copy link]
Post time 26-3-2016 08:42 PM | Show all posts |Read mode
  
Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh sultan Johor pada tahun 1992, Sultan Iskandar pada tahun 1992, menyifatkan tempoh berkenaan sebagai kebangkitan rakyat biasa yang tampil mempertahankan mendiang bapanya.
"Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan,” tulis Brian dalamFacebook miliknya malam semalam.
Ia selepas cucu Sultan Iskandar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengimbas semula sejarah hitam pada 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.
Baginda berkata beliau yang berumur lapan tahun ketika itu masih ingat bagaimana keluarganya dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, termasuk bondanya yang ditahan oleh kastam sewaktu kembali ke Johor dari Singapura.
“Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook, semalam.
Menurut Brian dalam tulisannya, beliau masih ingat apabila bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam.
“Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.
“Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.
Ratusan surat
Menurutnya, berikutan insiden itu, ayahnya menjadi bahan percaturan antara “mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke kuasa”.
Brian berkata ingatannya masih segar bagaimana keluarganya menerima ratusan surat sokongan daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.
“Paling ketara ialah peti surat rumah saya, yang menerima ratusan surat dari semua lapisan rakyat Malaysia; dari orang yang kami tak kenal pun; yang merakamkan sokongan kepada ayah saya.
“Saya masih ingat drebar-drebar teksi sekitar JB, yang untuk bertahun, enggan menerima apa-apa bayaran tambang dari ayah saya,” katanya.
Menurutnya, ketika itu beliau menyedari bahawa kuasa sebenar bukan milik pihak berkuasa tetapi wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah.
“Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada.
“Kuasa sebenar milik rakyat,” kata Brian (atas, kiri).
Lucut kekebalan
Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.
Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.
Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.
Benggang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.
Berikutan itu, satu sesi khas parlimen telah diadakan pada bulan Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dibentang dan diluluskan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama baharu yang lebih panas dengan yang mungkin tidak memihak sedang bermula.

#idontwantpopcorn
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tak betul je bangga war2kan perbuatan memalukan oleh nenek moyang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 10:22 PM | Show all posts
becir replied at 26-3-2016 09:11 PM
Org tak betul je bangga war2kan perbuatan memalukan oleh nenek moyang sendiri.

btul kta sis tuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 26-3-2016 09:11 PM
Org tak betul je bangga war2kan perbuatan memalukan oleh nenek moyang sendiri.

Kan? Ko aje ingat kisah 1992 yer. 1 msia ingat apa tok hang buat tau. Selayaknyalah orang bukak balik kisah 1992 tu bimboy!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 malaikat beduk tak si soltan ni dlm kubur?
Ye le masa hidup dia sibuk je membedal dan memdajalkan org lain...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2016 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga  sorang ni mana pernah salah,dia sentiasa betol baik,dalam bab agama semua org lain yg salah..

Aku pun org johor,tp pelik dgn fanatik yg membabi buta yg kebanyakkan xtahu kisah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 09:27 AM | Show all posts
mse bkuasa tak ingat dunia.. yg jd mangsa ialah raja2 skg. xde kuasa ape. semua pm yg punya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 03:01 PM | Show all posts
kurang ajar dgn sultan memang makan penampor...takkan nak tgk gelak pulak...dah kena belasah tau lak repot polis..tak sedor ke polis tu polis diraja..berkhidmat untuk raja menjaga Negara..buat kecoh pastu mengadu lak...tak nak kena marah, jgn buat perangai macam negeri tu korang yg punya..siapa dia nak bagi arahan kat pegawai persatuan hoki?

ni isu dia balik kepada komunisme...mereka taknak sultan...mereka nak semua orang ada hak sama rata...walaupun yang mati mempertahankan Negara ini dari 1400 sehingga sekarang adalah majority melayu..di mana bangsa2 lain semasa Tanah melayu dijajah dan diserang?? berapa ratus ribu orang melayu yang mati mempertahankan Tanah melayu?? berapa orang bangsa mereka pula mati mempertahankan Tanah melayu? setakat jadi ahli CPM sebab nak lawan Jepun kerana jepun memang bermusuh dgn china takyah lah sebut sebab itu personal antara bangsa jepun dan china...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 05:08 PM | Show all posts
org marah nende hang bersebab. sebabnya dia samseng sgt. tu belum lagi kira yg mati kena penanangan kayu golf. hang tak ingat pulak.

what u give..u get back...

ingat tu bro TMJ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058773 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list