|
Contoh terbaik daripada murid tahun satu
Siti Nor Hidayatidayu Razali
[email protected]
Muhamad Haziq menunaikan solat sunat Dhuha di surau sekolahnya. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Kota Bharu: Walaupun usianya baru tujuh tahun, aktivitinya pada waktu rehat ketika sekolah adalah menunaikan solat sunat Dhuha.
Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, di sini, Muhamad Haziq Amsyar Ahmad Mustamam berkata, waktu rehatnya tidak disia-siakan begitu saja dan dia akan menunaikan sunat Dhuha yang diamalkan sejak Januari lalu.
Katanya, ibunya, Tengku Nor Adlina Raja Hussin dan bapanya, Ahmad Mustamam Ahlang Ahmad yang menggalakkannya berbuat demikian.
"Saya diajar menunaikan solat ketika kecil lagi dan sejak usia lima tahun saya tidak meninggalkan solat lima waktu.
"Selepas solat, saya akan berdoa supaya dimurahkan rezeki, dimudahkan belajar dan berharap ibu dan ayah dapat menunaikan haji di Makkah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Gambar Muhamad Haziq menunaikan solat sunat Dhuha ‘viral’ sejak semalam sehingga mendapat perhatian ramai.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 3:27 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/115452 |
|