CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3509|Reply: 16

Para Suami, Isteri Bukan Ceti Anda!

[Copy link]
Post time 1-2-2016 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA





Selalunya isteri masa ini memang dikatakan gemar membantu suami dalam hal kewangan. Maklumlah, mereka ini memikirkan ekonomi yang seolah tak menentu.


Berkongsi pendapatan dengan suami, dianggapnya sebagai satu cara untuk tidak menyusahkan suami.

Adakah cara ini betul dalam hubungan berumah tangga?


Menjawab persoalan ini, ada status di laman sosial yang menarik perhatian penulis.


Isteri kini dilihat sebagai ceti buat para suami. Kalau bahasa modennya, ibarat bank yang tunggu masa sahaja untuk dikeluarkan duitnya.


Isteri bekerja dilihat terpaksa membantu perbelanjaan bulanan, hinggakan ada peringkat nak membeli baju  atau tudung sendiri pun terpaksa guna duit simpanan.


Seharusnya ia menjadi tanggungjawab suami, namun dengan alasan tak mahu menyusahkan si suami yang terbeban dengan macam-macam tanggungjawab, si isteri relakan jua.



Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)





Berbalik kepada sang suami, jangan sesekali lupa menghargai isteri yang telah banyak berkorban untuk anda, rumah tangga dan anak-anak.


Tidak kiralah isteri mempunyai pendapatan sendiri atau tidak, belikanlah hadiah untuk mereka. Sesekali belikan barang yang mereka suka dan impikan, apa salahnya.


Jangan seperti kata netizen ini, bila ada duit lebih, sportrims dan spoiler kereta sahaja yang didahulukan. - CARI Infonet






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 03:45 PM | Show all posts
dah kawen sama2 share ler.. kalu masa bercinton bukn main lagi sharing is caring... tp yg pnting nak laki yg tahu tanggungjawab dia.. bab duit utk brg mekap n brg2 yg xpnting, guna sndri pun okesss...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:47 PM | Show all posts
hahahaaaa....kan...Alhamdulillah rezeki Allah bagi dengan berkatNya kita akan sentiasa rase cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 03:52 PM | Show all posts
hakak xkisah pun jd ceti..tp kne byr blik la...tu jah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 05:29 PM | Show all posts
tak kesah jadi ceti, buku 555 kan ado...

hubby iols mmg akan elak kan meminjam duit iols, sebabnyer akan ku tuntut selagi tak bayor
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:44 PM | Show all posts
sepanjang 6 tahun kawen ni alhamdulillah laki aku tak pernah mintak2 duit aku. bil kongsi2 sebab kitaorang kerja.keje rumah pun kongsi2.kalau baik hati time tu aku dengan rela hati bagi rm20 ke,rm10 ke letak kat wallet dia. walaupun tak pernah belikan baju aku asalkan duit nafkah bagi pun iols dah bersyukur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2016 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Phuii lelaki pondan makan duit perempuan

pondan pondan pondan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 05:04 PM | Show all posts
saling melengkapi antara satu sama lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 06:34 PM | Show all posts
Nafkah pun pinjam bini pastu verangan nak poligami. Poodah. Itula lelaki zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 07:56 PM | Show all posts
sepupu aku ,suaminya sgt sygkan anak , anak ada 2

sesekali aku bertemu dgn dia pun boleh rasa betapa kasih-syg suaminya kpd anak2 tu mcm  aura kasih syg tu terbau-bau...

dgn sepupu aku nampak mcm practical loving couple ,tp dgn anak2 sgt sgt syg

duit hengget anak2 mmg xpernah luak kata nya

saja teringat hal sepupu aku...ada juga suami yg mcm ini

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah pun share duit asalkan tak curang. Tapi lagi bagus biar laki ni tau tanggungjawab sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:45 AM | Show all posts
Biar la sama2 susah n senang. Pastu jgn kedekut sgt. Lg2 dpt bini yg suka berjalan or shopping. Sentap hokehhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 02:17 PM | Show all posts
somiku ceti aku haha..ga salah mau berkongsi kan perkahwinan ni satu perkongsian juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 03:14 PM | Show all posts
mmm... pandai2la nk hidup... bkn semua org sama..


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak selesa bergaya (upload fb insta show off) share2 la. Klu x somi wajib sediakan yg basic2 aje.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 11:37 AM | Show all posts
bodoh, orng citer pasal isteri dia citer pasal laki..

dah ko tu mencaras, mengikis..xyah sebut la trisna oii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 11:39 AM | Show all posts
isteri xkisah share pendapatan dgn suami..

tapi biasanya suami yg begini dia akan balas dengan share pompuan lain  dgn isteri dia..
dia dah terbiasa senang..xcukup isteri cover..so cari pompuan lain utk disara atau dikikis juga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067967 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list