CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 0

Padah Takutkan Si Kecil. Elok Jangan Mula!

[Copy link]
Post time 17-11-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode


Tanpa sedar ibu bapa menggunakan pendekatan menakutkan anak untuk mendapatkan perhatian mereka.Konon nak suruh anak ikut arahan anda, tapi sebenarnya cara ini salah, ya! Mungkin ada yang betul-betul bahaya, cuba selidik info ini. Ikuti kaedah terbaik untuk mendapatkan perhatian anak...



1. Takutkan dengan haiwan
Ada perkara yang ditakutkan kepada anak-anak ini boleh memberi kesan yang baik. Misalnya, ibu bapa menakutkan anak-anak tentang ular atau harimau yang bergigi taring.

Pendekatan sebegini dilakukan dengan tujuan untuk mengingatkan kepada anak tentang bahaya ular atau harimau. Tapi kalau perkara yang ditakutkan itu berkaitan dengan hantu atau gambaran yang menakutkan, sangat tidak digalakkan.



2. Cerita hal sebanar
Ibu bapa perlu memberi ingatan yang sebenar kepada anak-anaknya. Misalnya, waktu Maghrib tak elok keluar rumah kerana syaitan berkeliaran pada waktu senja. Sebaiknya anak-anak digalakkan duduk di dalam rumah untuk bersolat atau mengaji.



3. Buat si kecil hilang keyakinan diri
Ibu bapa yang menakutkan anak-anak, dalam jangka masa panjang akan menyebabkan anak-anaknya itu menjadi  penakut. Cara ini boleh menyebabkan anak mengalami hilang keyakinan dalam diri mereka. Kesan buruknya, walau ke mana saja mereka pergi pasti mereka mahu berteman.



4. Fahami fitrah anak-anak
Sejak bayi lagi sebenarnya kanak-kanak sudah ada rasa takut. Ini boleh dilihat apabila ada orang asing mahu mendekati atau mahu mengambilnya daripada ibu atau ayah, anak ini akan menangis. Ada juga yang menangis kerana ditinggalkan ibu dan ayah di taska.


Kenal pasti apa yang ditakutinya, sama ada takutkan suasana gelap, takutkan orang asing atau perkara-perkara seumpamanya yang menyebabkan ketakutan kepada anak kecil itu.



5. Tukar takutkan kepada ganjaran
Pendekatan ganjaran atau pemberian hadiah atau pujian setiap kali mereka mendengar kata juga boleh dipraktikkan. Ibu bapa berikan kata pujian melalui pelukan dan sekali sekala dengan hadiah dalam bentuk material.



Boleh juga menggunakan teknik jadual ganjaran. Misalnya setiap kali menengar kata, mereka akan mendapat 1 bintang. Kalau mereka dapat 20 bintang dalam seminggu, mereka akan mendapat ganjaran. Lama kelamaan, mereka dengan sendiri akan menurut apa yang dikatakan oleh ibu bapa. Kemudian, ibu bapa boleh mengurangkan ganjaran itu sedikit demi sedikit.


mingguanwanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.115151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list