View: 1307|Reply: 0
|
Serius, 20 Perkara Ini Bahaya Untuk Bayi Anda!
[Copy link]
|
|
Jangan pandang remeh, anak yang anda nampak tidur nyeyak di katil boleh bangun tetiba bermain sesuatu yang anda tak jangka. Sekelip mata macam-macam boleh berlaku, kalau anda terlepas pandang.
Jadi, berikut beberapa perkara yang harus anda lakukan untuk mencegah risiko yang mungkin terjadi pada bayi:
1. Pastikan lantai rumah anda bersih dari objek-objek kecil yang mungkin menarik perhatian bayi, seperti blok permainan, potongan kertas dan lain-lain.
2. Letakkan magnet peti sejuk pada bahagian atas, tidaklah senang sangat bayi nak capai dan masuk mulut.
3. Jauhkan beg plastik atau beg kertas daripada jangkauan bayi.
4. Letakkan lapisan anti slip di bawah pelapik kaki atau karpet di seluruh penjuru rumah.
5. Pindahkan bingkai foto ke tempat yang lebih tinggi. Jika foto atau lukisan tergantung di dinding, pastikan tak ada cangkuk yang hampir tertanggal.
6. Pilih kotak mainan yang tak bertutup atau memiliki petutup yang ringan.
7. Kalau ada tanaman di dalam rumah, pastikan tanaman tersebut tak berbahaya atau beracun.
8. Buang permainan yang catnya sudah mengelupas, berkarat, sangat berdebu atau rosak.
9. Cek bateri pada mainan. Jika berkarat, segera ganti dengan yang baru.
10. Jauhkan bayi dari belon berbahan lateks. Jangan tak tahu, lateks bahan paling berbahaya untuk bayi jika masuk ke dalam mulut.
11. Pastikan tak ada laci atau almari berisi peralatan dapur mahupun makanan yang terbuka atau mudah dibuka oleh anak.
12. Ketika menyapu, jangan abaikan bawah kerusi, ruang kosong di bawah meja atau di balik permaidani kerana di situlah biasanya terdapat sampah kecil tersorok.
13. Pastikan pintu bilik mandi selalu dalam keadaan tertutup.
14. Letakkan pelapik anti slip di lantai bilik mandi dan dalam tab mandi.
15. Kalau menggunakan pemanas air, atur agar suhu air yang dikeluarkan tidak lebih dari 45 darjah Celsius.
16. Pasang penyendal keselamatan di setiap pintu untuk mencegah kemungkinan anak tersepit jari.
17. Bila anak tidur bersama anda, letakkan tilam nipis di bawah sebagai alas jika bayi terjatuh.
18. Letakkan dompet, kotak ubat, gunting kuku, gula-gula, alat tulis, kosmetik dan lain-lain yang mungkin mengandung bahan berbahaya di tempat yang tinggi.
19. Pastikan tidak ada kerusi, tangga atau apa pun untuk dipanjat anak di sekitar lokasi tempat anda menyimpan benda-benda yang berbahaya.
20. Jangan biarkan bayi anda berdua saja dengan haiwan peliharaan. Risau dicakar atau lebih dasyat, anak cekik binatang.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|