Laman pasti akan lebih berseri andai anda suntikkan elemen ceria. Tidak perlu banyak dengan membuat sedikit perubahan pada tali menggantung pasu seperti ini sudah memadai memberikan impak pada laman anda. Tunggu apa lagi. Jom cuba.
Bahan:
Tali jut atau riben
Cincin besi (untuk tujuan menyangkut)
Gunting
Tanaman dan pasu
Langkah-langkahnya:
1. Potongkan tali sepanjang 1.5 meter setiap satu sebanyak empat utas. Kemudian masukkan ke dalam cincin besi yang akan digunakan untuk menyangkut. Pastikan hujung tali sama rata. Simpulkan tali tersebut supaya menghasilkan lapan utas tali berjuntaian. 2.Seterusnya, daripada jarak 15cm dari cincin besi, rapatkan dua utas tali lalu simpulkan, kemudian ulang langkah tersebut pada tali yang lain seperti yang ditunjukkan pada gambar. 3. Ulangi langkah yang sama sehingga anda berpuas hati dengan panjang tali penggantung pasu yang diingini. 4.Setelah itu, ikat bahagian paling hujung tali supaya pasu dapat berdiri dengan baik. 5.Sementara itu, masukkan tanaman di dalam pasu yang telah disediakan. 6. Akhir sekali, letakkan pasu ke dalam simpulan tali dan tanaman gantung ini boleh diletakkan di tempat yang digemari
Info!
Projek ini sesuai untuk kegunaan sementara sahaja kerana menggunakan material tali yang boleh mereput. Jika anda ingin gunakan untuk jangka masa panjang pastikan tanaman gantung ini diletakkan di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan hujan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan material tali yang lebih tahan lama seperti plastik atau getah. Pakaian lusuh juga boleh digunakan dengan cara mengguntingkannya membentuk utas-utas tali. Selamat mencuba!
dairishare
|