View: 1657|Reply: 2
|
Ayah Lebih 'Macho' Bila Hebat Jaga Anak
[Copy link]
|
|
"Hello, Joe jom lepak teh tarik kat mamak malam ni."
"Eh sorry la beb, aku kena jaga anak kejap, wife keja pulak weekend ni sampai malam," jawab Joe kepada kawan yang mengajak.
Kebanyakan ayah akan memberitahu kawan yang mereka perlu menjaga anak kerana isteri ada urusan yang perlu dilakukan. Minta maaf ayah. Anda tidak sepatutnya memberitahu yang anda 'kena jaga' anak kerana isteri tiada di rumah. Kalau anda memang seorang ayah kandung kepada si anak, maka tidak sepatutnya 'babysitting' anak. Ini kerana maksud 'menjaga anak' yang dimaksudkan seolah-olah menjaga seorang anak ketika ibu bapanya tiada di rumah.
Mana mungkin seorang ayah menjaga seketika anaknya sendiri kerana si ibu tiada di rumah. Masa yang dihabiskan oleh ayah untuk bermain dengan si anak, membersihkan najisnya, menukar lampin, memberi susu, memandikan anak dan bermacam lagi tugas menguruskan anak adalah sebahagian tanggungjawab keibubapaan yang memang wajib digalas sebaik bergelar ayah atau ibu.
Baiklah ayah sekalian, selepas ini sila ubah persepsi anda mengenai tanggungjawab mengasuh anak. Tugas tersebut bukan hanya digalas oleh isteri anda sebaliknya ia tanggungjawab bersama. Jadi, selepas ini tiada lagi istilah terpaksa jaga anak sebab isteri ada urusan di luar. Walhal sebenarnya ia memang tanggungjawab anda juga tidak kira sama ada isteri ada di rumah atau tiada.
Menjaga seketika anak dilakukan dalam masa yang tertentu sama ada sejam, satu malam atau hujung minggu.Bagaimanapun keibubapaan, adalah tugas yang bermula sebaik sahaja anak anda lahir ke dunia dan berakhir apabila anda sudah tiada lagi di dunia ini.
Percayalah, ayah yang tidak berkira tanggungjawab menguruskan keperluan anak adalah lebih 'macho' berbanding ayah yang langsung tidak ambil tahu urusan menguruskan si kecil.
pama
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah....
suami saya begitu.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|