View: 1722|Reply: 0
|
5 Cara Elakkan SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
[Copy link]
|
|

Kalau sudah bergelar papa dan mama kenalah prihatin tentang keselamatan anak. Pernahkah anda mendengar tentang Sudden Infant Death Syndrome(SIDS)?
Ia adalah kematian yg berlaku secara mengejut pada baby. Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur. Ketahui cara boleh mengelakkan bayi daripada diserang SIDS.
1. Pastikan pencahayaan dan sistenm peredaran udara dalam bilik berada dlm keadaan sesuai.Elakkan daripada terlalu banyak hiasan kerana boleh mengumpul habuk yang mengganggu pernafasan bayi.
2. Jangan tidurkan bayi dalam posisi meniarap kerana ia berisiko diserang SIDS berbanding tidur terlentang. Tidur meniarap akan membuatkan bayi sukar bernafas dan akhirnya menyebabkan kematian. Apatah lagi jika hidungnya tertindih dengan bantal.
3. Pastikan tiada sebarang sisa minuman dalam mulut bayi ketika tidur. Jangan biarkan bayi tidur dengan botol susu di mulutnya. Jika bayi tersedak akibat minum susu, ia mengganggu sistem pernafasan. Pastikan anda telah sendawakan bayi sebelum tidur untuk mengelakkan dia termuntah susu semasa tidur.
4. Ada baiknya bayi tidur beasingan dengan ibu ayah dalam bilik yang sama untuk mengelakkan risiko terhimpit.
5. Jangan letak terlalu banyak bantal dan permainan dalam katil bayi. Ia boleh menyebabkan bayi lemas tanpa disedari. Gunakan sedikit sahaja batal (atau lebih baik tanpa bantal langsung) supaya bayi selesa ketika tidur.
pama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|