CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4235|Reply: 0

5 Pesanan Untuk Ibu Hamil Yang Menunggu Hari

[Copy link]
Post time 24-7-2015 06:03 PM | Show all posts |Read mode

                        Adakah anda sedang menunggu hari untuk melahirkan si comel? Dalam kesibukan menanti kedatangan Syawal yang tinggal lagi beberapa hari ini, jangan abaikan keselamatan diri dan anak dalam kandungan.
        Walaupun sudah sarat mengandung tentu sahaja anda mahu juga pulang ke kampung berhari raya. Anda masih boleh pulang ke kampung tetapi pastikan sudah berbincang dan mendapat keizinan daripada doktor sakit puan yang memantau kehamilan anda.
        Sekiranya usia kandungan anda sudah masuk 36 minggu, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan jika hendak pulang ke kampung berhari raya.
  •                 Jangan Lupa Buku Merah
        Pastikan buku merah atau buku pemeriksaan antenatal  yang dilakukan di Klinik Kesihatan sentiasa berada di dalam beg tangan yang dibawa bersama. Ini kerana sekiranya anda tiba-tiba mengalami sakit kontraksi ketika di kampung, bawa buku merah tersebut ke wad bersalin hospital kerajaan yang paling hampir dengan kampung anda. Segala rekod kesihatan kehamilan yang dicatatkan di situ memudahkan doktor hospital tersebut mengambil tindakan.
  •                 Beg Keperluan Ibu Dan Bayi
        Satu beg yang lengkap dengan barang keperluan ibu dan bayi seperti pakaian bayi, sarung tangan, sarung kaki, tuala, lampin pakai buang, barut,  kain batik, baju menyusu, pad pakai buang bersalin, coli menyusu, stoking perlu diletakkan di dalam bonet kereta supaya mudah apabila perlu ke hospital.
  •                 Jangan Lasak Sangat
        Membuat persiapan hari raya sudah tentu memerlukan penggunaan banyak tenaga untuk memasak juadah raya, mengemas rumah dan sebagainya. Namun, ibu mengandung tak perlulah terlalu lasak dan rajin hendak membuat semua perkara tersebut. Di akhir kehamilan anda perlu banyak berehat untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
  •                 Awas Apa Yang Dimakan
        Ada ibu hamil yang memang target untuk makan banyak juadah raya sebelum bersalin dengan alasan bila sudah berpantang tidak boleh makan makanan tersebut. Bagi ibu hamil yang ada diabetes atau darah tinggi, awas dengan apa yang dimakan kerana bimbang ia boleh menyebabkan kandungan gula naik seterusnya memberi risiko kepada ibu dan anak dalam kandungan. Bukan tak boleh makan tapi cukuplah merasa dalam kuantiti yang sedikit.
  •                 Kurangkan Berjalan Jauh
        Cukuplah anda melalui perjalanan jauh pulang ke kampung dengan menaiki kereta. Di hari raya nanti kalau boleh tak perlu ikut rombongan ahli keluarga lain berjalan jauh untuk berhari raya ke rumah sanak saudara. Selain membuatkan anda cepat penat, bimbang kalau tiba-tiba sakit kontraksi datang ‘menyerang’ dan anda berada di kawasan yang jauh dari hospital. Tentu kelam kabut dibuatnya nanti.
        Dalam keseronokan hendak menyambut Aidil Fitri, pastikan ibu hamil utamakan keselamatan diri dan anak dalam kandungan. Selamat menyambut hari raya dan selamat menanti hari melahirkan anak.

            
pama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.132316 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list