View: 1629|Reply: 0
|
6 Sudut Positif Ibu Bekerja Perlu Tahu
[Copy link]
|
|
Apa yang selalu terlintas di fikiran seorang ibu berkerjaya adalah soal tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada keluarga tersayang. Mungkin benar harta benda tidak boleh membayar harga sebuah kasih sayang. Namun jika wanita ada peluang untuk terus kembangkan kerjaya dan ilmu, kenapa perlu berhenti langkah untuk mengejar impian yang sudah terbuka luas? Cuba ibu-ibu berkerjaya melihat sesuatu yang telah dibina dalam dunia kerjaya dari sudut positif seperti ini...
1. Gembira dengan cara berbeza Walaupun jadual padat, letih emosi dan tekanan yang selalu muncul, anda tetap punya jalan gembira di penghujung setiap bulan. Malah apa yang anda mahu, mampu dimiliki dengan mudah tanpa perlu menunggu sebuah pemberian daripada orang lain. Lagi seronok apabila kestabilan kewangan dalam keluarga anda mampu dikongsi dengan adik-beradik dan orang sekeliling dengan mudah. Cukup berbaloi, bukan?
2. Jangan banding soal pilihan kehidupan
"Perbandingan adalah pencuri kegembiraan." - Theodore Roosevelt
Lupakan soal perbandingan dengan kehidupan suri rumah sepenuh masa. Ya, ada sesetengah ibu selalu berkongsi yang nampak menarik dan terlalu istimewa dapat fokus anak-anak di rumah. Tetapi adakah anda pernah terfikir 'pahit' kehidupan yang tidak dikongsi di media sosial. Anda tinggal di 'planet' yang berbeza, jadi tidak ada gunanya jika terus membandingkan kehidupan dengan orang lain. Lagi pun, rezeki bahagia itu berbeza-beza.
3. Ambil yang positif Ya, anak mungkin kena tinggal dan dikatakan tidak cukup kasih sayang, namun keperluan dan kehendak anak-anak yang masih kecil anda mampu ditunaikan. Kadang untuk menghantar anak ke sekolah juga, pasti ibu-ibu mahukan yang terbaik. Jadi semua itu satu bonus bagi ibu yang berkerja, mampu memilih yang terbaik walau terpaksa keluar mencari rezeki.
4. Hargai masa yang ada Ibu bekerja masih mampu mencurah kasih sayang setelah pulang dari pejabat, layan emosi anak-anak dan suami sebaik mungkin tanpa pilih kasih. Jangan sesekali membawa pulang ke rumah hal kerja kerana anda sendiri tahu 'hutang' masa anda dengan anak sentiasa ada. Jadi gunakan masa yang ada untuk membelai mereka walau penat membalut diri.
Tidak sepenuhnya masa dengan anak-anak memang benar, tetapi suatu masa mereka juga akan ke sekolah. Malah menjadi suri rumah sepenuh masa juga penuh dengan kerja harian, jadi kenapa perlu jadikan alasan penat bekerja menyebabkan anda tidak boleh manjakan anak-anak.
5. Anak boleh berdikari Percayalah apabila anda berada di tempat kerja, anak-anak dengan sendiri akan mengambil beberapa tanggungjawab uruskan rumah dan lebih seronok melihat anak yang masih kecil mula pandai bergaul dengan rakan sebayanya. Dari segi kerja rumah, mereka akan saling tolong menolong dengan adik-beradik walaupun akan ada banyak pergaduhan dan hujah.
6. Sokongan insan terdekat Sudah tentu anda tidak boleh melakukan semuanya dengan satu tangan. Cukup bernasib baik jika anda mempunyai keluarga dan pasangan yang memahami serta saling membantu menguruskan hal rumah tangga. Ada keluarga terdekat yang sanggup luangkan masa dengan anak-anak anda. Namun, jangan pula ambil kesempatan. Jika sudah berdepan dengan anak-anak dan suami, seeloknya anda perlu mengambil alih selesaikan apa yang patut. Sentiasa pikat keluarga dengan air tangan sendiri walau menu yang dihidang paling ringkas dan tidak banyak pilihan.
Akan sentiasa ada orang-orang yang datang mengkritik dan mempersoalkan tentang keselamatan meninggalkan anak-anak dengan orang lain. Tetapi ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa kehidupan hari ini memerlukan satu pengorbanan jika mahu ke depan dan lebih selesa. Sekali pun mahu fokus dengan menjaga anak sendiri, anda masih boleh membantu kewangan keluarga dengan bekerja dari rumah. Segalanya menjadi mudah jika anda sentiasa tolak tepi apa yang orang lain akan fikir.
mingguan wanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|