Bace thread ni teringat ex aku dulu, dia cite dia mimpi nampak aku tidur, dan dia bleh describe keadaan sekitar bilik aku dan baju yg aku pakai malam dia mimpi tu, kebetulan mmg sama. Masa tu rasa pelik jugak la, tapi x tanya apa2 pasal tu..mungkin astral projection ye? Aku tak pernah tau benda ni bleh dikawal, aku ingat terjadi secara x sengaja je.
Post time 22-7-2015 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
unoryah replied at 22-7-2015 01:03 PM
kaki DVD ke apa
aku suka baca cerita2 mcm ni
Sebab tu posting sebelum nie aku cakap teruskan "berkarya..." Pasal ade org yg suka cerita2 mcm ni.. Mcm baca novel la.. Jgn tabsub sgt sudah... Teruskan la "berkarya"...heheheheheeeeee....
benda ni kata astral projection ni boleh terjadi secara tak sengaja dan ianya macam mimpi yg boleh dikawal dan dalam separuh sedar....kemungkinan kita semua pernah buat benda ni secara tak sengaja...
Author|Post time 23-7-2015 10:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
azrain98 replied at 22-7-2015 09:05 AM
cer korang tngok ni...baca ni faham skit
Documentary ni sangat bagus dan dah jelaskan hampir semuanya...bab reincarnation ku xambil kisah sbb itu bukan kepercayaan kita..Dan apa yang kartun tu tunjukkan sama dengan apa yang ku alami..thanks a lot...
Dan benda ni sama juga dengan sesiapa yang ada mata batin...ada tahap2 tersendiri...siapa yang masih di tahap rendah akan selalu nampak bertembung benda yang tak elok misalnya hantu, suara2 ghaib jahat, nampak warna atau bayangan pelik dan sebagainya...
Bagi yang telah meningkat tahap kebersihan mata batin akan datang anugerah kebesaran YME..menyingkap berbagai rahsia alam...untuk capai tahap ini perlu bersihkan hati.
Jadi jika hati kotor, suka menyindir orang, tak hormat sesama makhluk, agak mustahil untuk hidup kita diredhai.
Tujuan thread ini dibuka hanya sekadar berkongsi pengalaman sesama forumer dan kita boleh berkongsi serba sedikit ilmu..bukan untuk menyindir, menggelakkan forumer lain atau memandang rendah orang lain. Perbuatan ini sama sekali tidak beradab terutama sekali bila kita datang singgah ke rumah orang dan mentertawakan tuan rumah serta tetamu yang lain..
Lakukannya dengan sopan untuk menegur.
Apa-apapun tak perlulah kita terlalu meminta dan berdoa supaya menjadi luar biasa..kerana perbuatan itu lebih kepada keinginan nafsu semata2..lakukan segala ibadah dengan ikhlas untuk mndekatkan dengan YME, dan ketahui tujuan hidup..Dan ku maafkan pada sesiapa yang ada terkasar bahasa di sini
Salam...terbuka lah pula cari forum ni selepas berbulan x masuk..mcm bro kita ckp tu, just hati2 dalam topik sensitif seperti ni, kat mana alam pun selain syurga pasti akan ada syaitan menghencap, kalau saudara nak baca perbincangan tentang topik astral projection ni, leh rujuk thread lama kat forum ni jugak... Bz sangat sampai x penah update thread tu dah..apapun tetap doa kan TT yang terbaik...
Hehe...nak update pun susah jugak, dulu sy lama x pakai internet sbb fokus dengan kerja dan keluarga..skg ni sy rasa belum ada keperluan nak hupdate thread tu..kalau saudara nak bantu update boleh jugak..hehe, sebenarnya kadang2 online tpi jadi silent reader jer...x sampai hati nak ketik2 hp ikut berporum
Saya pernah ada pengalaman AP ni...masa tu umur 17 tahun...20 tahun dulu, tua daa...bayangkan saya boleh rasa lihat dan nampak roh saya keluar dari badan...yang paling menakutkan roh saya pernah menangis bila lihat jasad saya sedang baring tido dengan nyenyak..rasa nak masuk balik dalam jasad tapi tak boleh! akhirnya roh saya berjalan..
Saya nampak ahli keluarga lain yang sedang tido..even kucing-kucing saya pun saya nampak...saya terus berjalan dan jalan..makin laju keluar dari umah ke suatu tempat yang saya tak pasti tapi suasana gelap..sehingga saya rasakan saya balik semula ke rumah dan masuk semula ke dalam badan...
Demi Allah ini pengalaman saya sendiri yang tak minta pun untuk jadi atau nak merasakan pengalaman seperti itu...percayalah sungguh menakutkan! bila sudah kerap sangat kena saya sampai jadi fobia nak tido...
Satu perkara yang menarik...pernah sewaktu saya berjalan dan nampak kucing-kucing saya tu..ada antaranya yang sedang tido terus sedar dan menoleh ke arah saya....ada yang terus berdiri mengiau seperti menegur...sukar nak jelaskan tapi itu lah kuasa Allah...
Perkara AP ni berlarutan agak lama...saya cuba nak syer nak luahkan kat adik beradik tapi tak tau nak cerita...almaklumla kita ni budak sekolah...saya pernah sekali terbuka mulut nak start cerita kat kakak..belum apa-apa dia da gelak kan saya...mengarut katanya!...so pendamkan aje la...
Akhirnya AP tu hilang dengan sendirinya...saya tak ada amalkan apa-apa cuma setiap kali nak tido saya cuma baca ayat kursi dan mengucap dua kalimah syahadah...almaklumlah sape tak takut...buatnya roh tak dapat balik ke jasad sekurang-kurangnya saya sempat mengucap
Pengalaman ni saya simpan sampai la tengok sendiri movie Insidious...masa tu Tuhan aje yang tahu rasa meghemang bulu roma sebab apa yang ditunjukkan sama dengan apa yang saya alami masa remaja dulu...
astral projection ni aku xtau la macam mana.. tp benda ni pernah terjadi kat aku..
1. aku boleh control mimpi kadang2..
2. kadang2 aku tahu aku dalam alam mimpi
3. kadang2 aku pernah nampak jasad aku sedang tidur...
pasal perkara no.3 menakutkan sedikit sbb aku pernah nampak jasad aku tidur.. masa tu aku bangun.. sebelah tu cermin.. so aku nampak aku tgh tidur.. byk lg pengalaman nampak diri sendiri tidur
setahun lepas tu.. hampir setiap saat aku tidur... aku akan di cekik oleh satu benda yg aku pun tak pasti.. lemas... sampai satu tahap aku phobia utk tidur.. masa ni aku tak mengerti apa pasal kena himpit ke pasal paranormal.. tp tu la yg aku rasa..
bila umur aku 20 tahun.. benda2 mistik ni hilang sikit2 sampai sekarang aku tak ada alami ape2 mistik dah... tp aku perasan.. aku kerap mimpi benda yg aku fikir or nampak at glance masa siang hari... kerap mimpi sampai penat... sering rasa tak cukup tidur tp bukan jenis kuat tidur..
Aku pulak setakat jaga dalam mimpi aku sedar tapi tak boleh nak bangun takut sangat masa tu, keliling aku gelap dan ada macam kelibat2 yang bergerak, aku nak menjerit tapi tak kluar suara bergerak pon bagai diikat masa tu dah cuak gila... sampai terfikir mati ke aku ni? Mujur dalam struggle tu aku tertendang penghadang sofa terus terjaga, bersyukur gila masatu hahahahaha