CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1197|Reply: 0

KEBERKATAN BAGAIKAN MULA HILANG

[Copy link]
Post time 15-6-2015 08:00 AM | Show all posts |Read mode
DrMAZA.com
9 hrs · Edited ·

KEBERKATAN BAGAIKAN MULA HILANG

Sejak satu tempoh negara kita bagaikan ada yang tidak kena. Tiga kapal terbang menjadi trajedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain.

'Seakan' daratan, udara dan lautan tidak serasi lagi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta.

Betapa kita semua perlu memohon agar Allah terus memberkati negara kita. Hendaklah kita semua sekelian warga negara, khususnya para penguasa menyemak apa yang telah mereka dan 'anak isteri' mereka lakukan agar tidak zahir kemurkaan ar-Rahman di udara, lautan dan daratan.

Dalam sejarah zaman yang diberkati Tuhan seperti di bawah pentadbiran khalifah-khalifah soleh; bumi menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian diakur.

Marilah kita sentiasa berdoa dan berusaha mengubah punca-punca yang boleh menyebabkan bala turun kepada negara.

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153450912202990
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.171258 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list