View: 2220|Reply: 5
|
Adakah Islam Boleh Kahwin Dengan Kristian?
[Copy link]
|
|
Hukum Perkahwinan Dengan Wanita Ahli Kitab
Tarikh Keputusan:
1 Jun, 2010
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis Bil. 2/2010 yang bersidang pada 1 Jun 2010 / 18 Jamadilakhir 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Perkahwinan Dengan Wanita Ahli Kitab. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Hukum perkahwinan lelaki Muslim dengan wanita Ahli Kitab pada dasarnya adalah HARUS’.
Keterangan/Hujah:
PENJELASAN
Walau bagaimanapun, hendaklah mengambil kira beberapa perkara berikut sebagai pertimbangan :
1) Hendaklah wanita itu benar-benar seorang Ahli Kitab beragama Yahudi atau Nasrani, bukan Atheis yang tidak mempercayai Tuhan kerana golongan ini terkeluar daripada mafhum Ahli Kitab.
2) Hendaklah wanita Ahli Kitab itu bukan dari golongan kafir harbi (yang wajib diperangi). Ini adalah kerana bimbang kehidupan anak di negara kafir harbi dan keadaan wanita itu sering berurusan dengan benda haram seperti arak dan babi.
3) Hendaklah wanita itu seorang yang muhsanah (menjaga kehormatan diri) sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya) :
‘Dan dihalalkan mengahwini) wanita yang menjaga kehormatan daripada kalangan wanita beriman dan wanita yang menjaga kehormatan daripada golongan yang diberi Kitab sebelum kamu’.
4) Hendaklah wanita itu tunduk kepada konsep qiwamah ar-rijal (keketuaan lelaki) dalam rumah tangga. Syarat ini diambil daripada hikmah di sebalik pengharaman perkahwinan antara muslim dengan lelaki Ahli Kitab. Kerana keketuaan dalam keluarga adalah milik suami, justeru isteri perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga; dan
Mesyuarat juga bersetuju bahawa maksud Ahli Kitab secara umum ialah ‘orang-orang yang masih berpegang kepada Kitab Taurat dan Injil walaupun kitab itu sudah diselewengkan sebelum Al-Quran diturunkan’. Tetapi Al-Quran masih menganggap mereka itu Ahli Kitab.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-perkahwinan-dengan-wanita-ahli-kitab
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul...tepat sekali...
agama kristian ni ada banyak...
Kristian yg mengamalkan ajaran Kitab Injil ni 99% mcm Islam...cuma cara berpakaian yg berbeza sikit..
doa,pemakanan halal haram almost 100% sama.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Kafirun -109
1). Katakanlah: Hai orang-orang kafir
2). Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
3). Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
4). Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
5). Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
6). Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku
|
|
|
|
|
|
|
|
pada yg memberitahu padaku, yg sebenar benar ahli kitab ni hanyalah yahudi...
tgk dlm hadis nabi....byk yg beri hidangan, sembelihan yg dimakan nabi, yg menjemput kenduri waktu rombongan nabi di kala kecil....tu semua yahudi ahli kitab...
termasuklah yg meracuni nabi pun yahudi juga...
tak penah jupa pula dlm mana mana rujukan kitab atau hadis, nabi ada terima masakan org nasrani....
kan, penah terfikir?atau ada mana mana rujukan kitab hadis yg sedikit sebanyak menceritakan perihal nasrani romawi ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
org india bukan ahlul kitab.
eh boleh aje kawen dgn org Christian dan org yahudi
takde salah nye |
|
|
|
|
|
|
| |
|