CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1641|Reply: 0

Hampir tewaskan Vietnam untuk raih pingat emas

[Copy link]
Post time 8-6-2015 09:11 AM | Show all posts |Read mode

ATLET menembak negara, Jonathan Wong hampir membidik pingat emas dengan perbezaan 2.3 mata dalam acara 10m Air Pistol Lelaki pada Sukan Sea ke-28 di Safra Yishun hari ini.
   
Jonathan memberi tentangan sengit kepada pemenang pingat emas, Tran Quoc Cuong dari Vietnam apabila mendahului bidikan pertama sehingga ke-17 namun beliau gagal meneruskan aksi terbaik pada dua bidikan terakhir dan terpaksa berpuas hati dengan jumlah keseluruhan 195.1 mata.

   
Quoc Cuong mendahului dengan 197.4 mata manakala pingat gangsa menjadi milik rakan sepasukannya Hoang Xuan Vinh dengan 178.2 mata.

   
"Sasaran saya ialah pingat emas, saya memang sudah lama mahu mengalahkan atlet Vietnam itu kerana beliau telah meraih tiket ke Sukan Olimpik dan seorang lagi (Xuan Vinh) pernah menyertai Sukan Olimpik.

   
"Tetapi saya gagal mengatasi Quoc Cuong pada dua tembakan terakhir kerana sorakan penyokong terlalu kuat. Saya sedikit berasa tertekan pada aksi terakhir tadi.   

   
"Selepas ini saya perlu menguatkan mental saya supaya tidak mudah terganggu," kata pemuda berusia 22 tahun itu.

   
Dalam pada itu, dua lagi atlet negara Joseline Cheah dan Bibiana pula gagal meraih kedudukan ketiga terbaik dalam aksi final 10m Air Pistol wanita.

   
Joseline sekadar menamatkan aksi di kedudukan keenam dengan 112.6 mata manakala Bibiana pula ditangga tercorot dengan 74.9 mata. -Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.160924 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list