View: 8619|Reply: 0
|
ZULFAHMI PECUT 11 PELUMBA DUDUKI TEMPAT KE-20
[Copy link]
|
|
Jaguh lumba motosikal Malaysia Zulfahmi Khairuddin menamatkan 18 pusingan pelumbaan di tempat ke-20 selepas jenteranya terbabas pada Grand Prix Motosikal Red Bull US (MotoGP) di Circuit of Americas, Texas, pada Ahad.
Pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan namun terpaksa bekerja keras untuk mengatasi masa yang hilang itu dan usahanya itu berbalas apabila berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok 20 teratas setelah ketinggalan di tempat ke-31 selepas terbabas pada pusingan kedua.
"Saya tidak bermula dengan agak baik hari ini. Daripada pusingan kedua saya cuba memotong penunggang di hadapan saya dan pada selekoh ketujuh saya terbabas. Saya dirikan motosikal dan teruskan perlumbaan dan selepas itu saya berada di tempat tercorot.
"Saya kemudian cuba membina momentum saya semula dan saya berjaya mendapatnya kembali," katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh pasukan itu.
Zulfahmi berkata beliau dan rakan sepasukannya Jakub Kornfeil akan lebih kompetitif pada pusingan akan datang di Argentina.
sumber:www,stadiumastro.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|