CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 7

Abang kahwinlah seorang lagi....

 Close [Copy link]
Post time 9-12-2014 12:31 PM | Show all posts |Read mode
BEBERAPA minggu lepas, ada suatu kisah yang disebarkan melalui laman-laman sosial berkaitan asal-usul perkataan bahlul. Bahlul merupakan nama jolokan bagi seorang hakim dan ilmuwan Islam pada zaman Khalifah Harun al-Rashid yang bernama Wahab ibn Amr.

Kemungkinan pada masa itu ada seorang ibu menggelar anaknya yang nakal sebagai 'bahlul' kerana berharap agar anaknya menjadi orang yang mulia seperti Wahab ibn Amr atau Bahlul ini. Nampaknya ujaran itu berlawanan sama sekali dengan maksud yang dikehendaki.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana dalam bahasa Melayu juga sering menggunakan sesuatu perkataan yang berlawanan dengan maksud yang dikehendaki, contohnya seorang ibu menegur anaknya, “Bertuah betul anak ibu ini, habis duit ibu dikebasnya”. Seorang ibu menggunakan perkataan 'bertuah' untuk anaknya walaupun telah mengebas duitnya.

Ragam bahasa yang menggambarkan situasi-situasi di atas dikenali sebagai bahasa terbalik. Bahasa terbalik merupakan satu cabang ragam bahasa dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan terbalik daripada maksud dikehendaki dan orang yang dilawan bercakap itu faham akan maksudnya. Ragam bahasa terbalik ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unsur ini jarang-jarang terdapat dalam bahasa lain di dunia.

Kalau diimbas kembali ketika masih kecil, tentu kita teringat beberapa bahasa terbalik yang digunakan oleh ibu kita. Tentu kita faham akan maksud ibu jika menggunakan ujaran-ujaran di bawah:

(i) “Eloklah, main lagi dengan pisau itu”.
(ii) “Habiskan semua lauk itu, biar orang lain tidak dapat makan”.

Kedua-dua contoh ujaran di atas amat kita fahami maksudnya, iaitu ibu melarang kita daripada bermain dengan pisau kerana bimbang akan membahayakan diri dan ibu melarang kita daripada menghabiskan lauk yang disediakan kerana lauk itu juga disediakan untuk orang lain.

Orang Melayu dan Islam percaya bahawa kata-kata ibu umpama doa terutama jika diujarkan kepada anaknya, justeru ibu sering menggunakan perkataan yang baik untuk ditujukan kepada anaknya walaupun hakikatnya sifat anaknya itu bertentangan dengan apa-apa yang dikatakan. Cuba kita lihat ujaran-ujaran contoh di bawah:

(i) “Anak bertuah ini, tidur memanjang sahaja sampai lupa pergi kerja”.
(ii) “Berbudi bahasa sungguh anak aku ini”.

Kedua-dua ujaran contoh di atas menggambarkan kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang nyata berlawanan dengan maksud yang dikehendaki.

Dalam situasi lain, ada bahasa terbalik yang menggunakan ujaran negatif tetapi sebenarnya cuba menggambarkan sesuatu yang positif. Ujaran ini biasanya ditujukan kepada kanak-kanak yang masih kecil. Cuba lihat ujaran-ujaran contoh di bawah:

(i) “Alahai, anak abah yang busuk ini!”
(ii) “Hodohnya anak ibu yang kecil ini”.

Tidak mungkin seorang ibu atau bapa akan mengatakan bahawa anaknya busuk dan hodoh walaupun hakikatnya begitu. Bahasa terbalik yang digunakan dalam konteks ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dan cuba menggambarkan perasaan sayang yang amat sangat terhadap anaknya.

Walaupun bahasa terbalik ini sering digunakan oleh ibu terhadap anaknya, namun boleh juga digunakan oleh pihak-pihak lain, contohnya isteri kepada suaminya. Walau bagaimanapun suami perlu berhati-hati jika isterinya berkata, “Kahwinlah seorang lagi kalau abang mahu,” kerana ternyata bahasa yang digunakan itu ialah bahasa terbalik. Kita perlu memahami bahasa terbalik yang digunakan berdasarkan mimik muka, nada suara, jelingan mata dan tanda-tanda lain supaya tidak timbul sebarang kesulitan nanti.

Penggunaan ragam bahasa terbalik menunjukkan keunikan bahasa Melayu yang jarang-jarang dimiliki oleh bahasa lain. Sesungguhnya, bahasa mempunyai pengaruh besar untuk mengubah sikap seseorang dan ragam bahasa terbalik merupakan antara cara untuk mencapai matlamat tersebut. Walaupun begitu, kita perlu berhati-hati menggunakan bahasa terbalik kerana kegagalan sesetengah orang memahami bahasa terbalik menyebabkan usaha menyampaikan sesuatu maksud itu gagal akibat silap faham. - Muhammad Daud


* Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur



Last edited by Cluster77 on 9-12-2014 12:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:18 PM | Show all posts
ingatkan masalah apa tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 01:44 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 9-12-2014 01:18 PM
ingatkan masalah apa tadi

mana boleh terkena sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:29 PM | Show all posts
apa ni wei?????
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:13 PM | Show all posts
grrrrrr...
rasa mcm rimau malaya plak dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 09:34 PM | Show all posts
tajuk dgn isi tak tally..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 10:38 PM | Show all posts
eh apebendenyer nih?? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:39 AM | Show all posts
salam tt. this thread tak da kena mengena dengan bod ni. saya tutup ya. thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.070128 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list